Terkini | New

Kemeriahan Di Ekstravaganza Perayaan Kentang U.S.Bengkel Krismas Jingle U.S.

Kemeriahan Di Ekstravaganza Perayaan Kentang U.S.Bengkel Krismas Jingle U.S. 


Potatoes All The Way, sebuah acara kuliner unik yang merayakan kepelbagaian guna dan rasa kentang U.S , membawa para tetamu dan pempengaruh melalui pengalaman menyeluruh ke dalam dunia kentang. Acara ini yang diadakan di FunFun Event Space berlangsung dari 10:30AM hingga 2PM, dengan pelbagai aktiviti, demonstrasi memasak dan bengkel interaktif.



Tetamu dapat menikmati Taman Krismas Kentang yang mempamerkan pelbagai jenis kentang segar U.S. seperti Russet, Merah, dan Ungu, serta pelbagai potongan kentang beku U.S. dan campuran kentang lenyek segera U.S.




Acara yang penuh keseronokan ini juga memupuk semangat kemesraan dan penglibatan melalui beberapa aktiviti dan permainan, dengan peserta yang berjaya diberikan pelbagai hadiah istimewa dan cenderahati percuma.


Para tetamu ke acara utama, sebagai permulaan kepada sebuah hari yang menyeronokkan. En. Eddie Saw, yang merupakan Wakil Negara bagi Potatoes USA, menyampaikan ucapan yang memberi pencerahan tentang sejarah dan kepentingan kentang U.S.



Chef terkenal ZieZie kemudiannya memikat hati para hadirin dengan mendemonstrasikan cara menyediakan Kentang U.S. Bakar dengan Keju, diikuti oleh bengkel memasak dengan ciptaannya ‘Twinkle U.S. Potatoes Stars', sebuah hidangan kentang yang menggunakan kentang Russet U.S.




Kemeriahan berterusan dengan Chef Taufiq Halim, yang memimpin bengkel ukiran kentang danmengajar tetamu cara mengukir dua figurin bertemakan Krismas dari kentang Russet dan Ungu U.S. Selepas aktiviti-aktiviti ini yang merayakan kepelbagaian kentang U.S., Chef ZieZie menyampaikan sijil kehadiran kepada para tetamu dan sesi fotografi kumpulan.




Sepuluh tetamu bertuah yang menyertai pertandingan tersebut diberikan hadiah yang istimewa untuk segala usaha mereka. Bengkel Krismas Jingle U.S. Potatoes All The Way merupakan perayaan kentang U.S., untuk menunjukkan segala manfaat nutrisi dan kepelbagaian kulinari mereka.


Ia merupakan hari yang penuh pendidikan, keseronokan, dan sajian enak berasaskan kentang, meninggalkan tetamu dengan rasa penghargaan yang lebih mendalam terhadap sayuran yang mudah namun serba boleh ini.




Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media  di https://uspotatogoodness.com.my/