Myceb Mengiktiraf Peranan Penting Yang Dimainkan Oleh Rakan Media Dalam Industri Acara Perniagaan
Myceb Mengiktiraf Peranan Penting Yang Dimainkan Oleh Rakan Media Dalam Industri Acara Perniagaan
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) menganjurkan satu majlis makan petang untuk menghargai pihak media yang berkepentingan kepada Biro di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan yang menyaksikan perubahan dan cabaran dalam industri acara perniagaan.
Majlis makan petang yang dikenali sebagai Sesi Suai Mesra MyCEB Bersama Media: Sejuta Hubungan, Satu Cerita tersebut, telah dihadiri oleh 60 orang wakil kehormat daripada media terkemuka. Sempena jamuan petang penghargaan tersebut, MyCEB mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan dan memperkenalkan YBhg. Dato' Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha bagi Kementerian Pelancongon, Seni dan Budaya (MOTAC) merangkap Pengerusi MyCEB, dan Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Azman Haji Tambi Chik. Majlis sambutan yang mesra tersebut menyaksikan Dato' Roslan dan Encik Azman menyampaikan ucapan alu-aluan, ucapan pembukaan dan memperkenalkan langkah yang diatur untuk usaha-usaha Biro pada masa hadapan.
“Petang ini menandakan detik penting dalam mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh media dalam kejayaan dan daya tahan industri acara perniagaan. Kami amat berterima kasih di atas sokongan media, dan kami juga berharap agar dalam peranan baharu kami, kami akan terus menerima dedikasi yang tidak berbelah bahagi, liputan yang berwawasan dan semangat kerjasama media di saat kami mengorak langkah dalam mengemudi perjalanan yang mengujakan pada masa hadapan,” kata Dato’ Roslan.
“Acara petang ini jelas menggambarkan penglibatan pihak kami yang bersungguh-sungguh dengan rakan media kami. Sesungguhnya, ia boleh disimpulkan sebagai seribu hubungan yang terjalin oleh kisah-kisah hebat yang disampaikan melalui satu mesej utama, iaitu untuk mengukuhkan Malaysia sebagai magnet untuk acara perniagaan antarabangsa, yang disokong oleh MyCEB dan pemain industri kami. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak penerbitan yang hadir pada petang ini. Semoga kita dapat meneruskan perkongsian ini, berkongsi naratif yang menarik dan mempromosikan pertumbuhan dan kejayaan acara perniagaan bersama-sama,” sambung Encik Azman.
Pada acara tersebut, MyCEB mendedahkan bahawa Biro sedang bersiap sedia untuk masa hadapan yang dinamik dalam penglibatan media, dengan mengambil pendekatan pelbagai aspek. Biro bertujuan untuk memupuk kerjasama dan perkongsian yang lebih kukuh dengan entiti media, dan membayangkan landskap kejayaan dan kecemerlangan yang mampan dalam industri acara perniagaan. Selain daripada itu, MyCEB bersedia untuk memudahkan lawatan media yang teratur, untuk memupuk persefahaman bersama mengenai tawaran industri.
Rakan kongsi media akan menikmati pengalaman yang eksklusif, dengan menerima jemputan secara langsung untuk menghadiri program dan acara anjuran MyCEB. Tambahan pula, MyCEB merancang untuk terlibat dalam perbincangan meja bulat yang berwawasan dengan wakil media, mewujudkan satu platform penting untuk bertukar-tukar pandangan dan idea yang berharga.
Mencerminkan pencapaian untuk tahun 2023, MyCEB berkongsi jumlah pencapaian nilai PR pada tahun ini sebanyak RM174.8 juta dari Januari hingga kini. Angka penting tersebut menjadi bukti kepada sokongan dan komitmen oleh media, yang menyumbang kepada daya tahan dan kejayaan industri.
Meninjau ke hadapan untuk tahun 2024, MyCEB sangat teruja dalam merangkakan program dan aktiviti yang lebih menarik bersama media, sekaligus mengiktiraf media sebagai asas industri. Dengan sokongan dan liputan yang berterusan daripada media, MyCEB bersedia untuk mengecapi kejayaan, setelah mencapai sebanyak 305 acara perniagaan yang akan diadakan di dalam tempoh 2023 sehingga 2030. Jumlah acara perniagaan yang bakal berlangsung dianggarkan bakal mengalu-alukan hampir sejuta orang delegasi antarabangsa dan tempatan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myceb.com.my dan di www.facebook.com/MyCEB, Twitter (@MyCEB) dan Instagram/MyCEB.