Samsung Melabur Dalam Tenaga Kerja Masa Depan Malaysia Dengan Perkongsian Pendidikan Baru
Samsung Melabur Dalam Tenaga Kerja Masa Depan Malaysia Dengan Perkongsian Pendidikan Baru
Samsung Malaysia Electronics dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meterai kerjasama bagi melancarkan program yang akan mentransformasikan pendidikan tinggi dan pembangunan kemahiran di Malaysia. Inisiatif ini, dengan kerjasama Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, bertujuan untuk menyepadukan kepakaran dan pengetahuan teknikal termaju Samsung ke dalam sukatan pelajaran pendidikan, menangani keperluan industri yang kritikal dan memperkasakan graduan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.
"Kerjasama antara Samsung, MOHE dan PUO ini adalah bukti komitmen bersama kami untuk memupuk tenaga kerja yang cekap dan mahir yang akan memacu kemajuan teknologi dan pertumbuhan ekonomi Malaysia," kata Denny Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics. "Dengan melengkapkan graduan-graduan dengan kemahiran yang berkaitan dengan industri, kami memastikan mereka bersedia untuk memenuhi permintaan tenaga kerja masa depan."
Program kerjasama didorong oleh empat objektif utama:
• Memupuk Peluang Perniagaan: Untuk mewujudkan sinergi perniagaan yang kukuh antara Samsung dan KPT, membuka jalan untuk kerjasama dan perkongsian masa hadapan.
• Memupuk Graduan Berkemahiran: Untuk menangani permintaan yang semakin meningkat untuk graduan mahir dalam sektor perkhidmatan selepas jualan, melengkapkan mereka dengan kecekapan yang diperlukan untuk cemerlang dalam industri.
• Meningkatkan Kesedaran Perkhidmatan dan Penjenamaan: Untuk meningkatkan reputasi perkhidmatan selepas jualan Samsung dengan melahirkan graduan terlatih yang boleh memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.
• Menggalakkan Pekerjaan: Untuk menggalakkan graduan mengejar peluang pekerjaan dengan Samsung memperkayakan lagi pengalaman praktikal mereka dan mengembangkan prospek kerjaya mereka
Skop produk dan sukatan pelajaran program kerjasama itu akan merangkumi produk elektronik pengguna Samsung – termasuk TV, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk. Untuk memulakan inisiatif ini, Samsung akan menyediakan PUO dengan unit latihan, membolehkan pembelajaran praktikal dan pembangunan kemahiran praktikal untuk pelajar. Dengan objektif untuk mencapai kecemerlangan, Politeknik telah membangunkan pelan komprehensif menerusi sasaran yang akan dipantau secara berkala sepanjang tempoh tahun 2023 hingga 2030.
Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) memainkan peranan dalam memastikan keperluan tenaga kerja negara di kalangan separa professional dan eksekutif pertengahan dapat dipenuhi secara bersepadu mengikut kehendak industri.
Kerjasama ini adalah situasi menang-menang untuk semua pihak yang terlibat – Samsung mempunyai akses kepada kumpulan graduan mahir, KPT mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan pendidikan berkualiti, dan graduan PUO memperoleh pengalaman industri yang berharga, selain menyediakan peluang untuk 3,000 pekerja industri untuk mengambil bahagian dalam latihan kemahiran semula dan peningkatan kemahiran sebagai titik permulaan untuk mempelajari bidang tertentu melalui kursus yang fleksibel dan mudah alih. Ini mencerminkan visi bersama untuk membentuk masa depan tenaga kerja Malaysia.
Program latihan ini akan bermula pada Januari 2024, menandakan satu langkah penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan memperkasakan graduan dengan kemahiran yang berkaitan dengan industri.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://news.samsung.com/my/