Terkini | New

Pelancaran Flag Off Kontena Pertama Ke Shandong, China Dengan Kerjasama Sirim, MyGerak Dan Kugerak Malaysia

Pelancaran Flag Off Kontena Pertama Ke Shandong, China Dengan Kerjasama Sirim, MyGerak Dan Kugerak Malaysia.


SIRIM, MYGERAK DAN KUGERAK MALAYSIA buat pertama kalinya menganjurkan secara bersama “1000 Pemilihan Produk SKU oleh 15 pembeli berpotensi dari Negara China. Ia susulan kejayaan acara pembelian Produk Kumpulan Lanhua yang di adakan di IYC Kuala Lumpur pada 1 Disember lalu.


15 pembeli berpotensi bersama pegawai delegasi dari negara China hadir sebagai sebahagian usaha yang dilakukan penganjur dalam menyediakan peluang kepada Usahawan, ahli dan bukan ahli di Malaysia untuk mempamerkan produk mereka dan dibimbing oleh agensi berkaitan termasuk MyGerak untuk memulakan perjalanan eksport pertama mereka.




Dari kejayaan lalu, Lan Hua Group kini bercadang menjadikan negara ini sebagai hub untuk re-export barangan malaysia ke seluruh Asia dan Amerika Syarikat sekaligus memperkenalkan produk Usahawan Malaysia.

Justeru hari ini diadakan satu program pelancaran, atau Flag Off Kontena untuk order pertama yang diterima oleh oleh Kumpulan Lanhua ke China bersama-sama agensi sokongan serta MyGerak.






Untuk penghantaran kali pertama ini 32 produk telah Berjaya dipilih bagi memasuki pasaran China bermula Februari 2024 setelah memenuhi semua peraturan dan keperluan CIC China.

MyGerak bersama pasukan pembeli telah menyelaras dan memudahkan urusan komunikasi dan pembelian produk serta penghantaran untuk ahlinya sehingga Berjaya seperti hari ini.





Projek ini bermula sejak perjanjian persefahaman (MOU) ditandatangani semasa Expo MIHAS 2022 yang dianjurkan Dewan MyGerak Export Malaysia dengan kerjasama MATRADE dan SIRIM.









Ia bakal melibatkan lebih 1000 SKU usahawan-usahawan SME seluruh malaysia dengan sasaran jualan sehingga 40 juta.


Menurut President Dewan Mygerak Eksport Malaysia, Mohd Fadrol Hishaini “Projek ini bertujuan bagi memastikan kesemua usahawan SME menyedari pasaran eksport adalah salah satu cara yang boleh mendapatkan bayaran upfront dan tidak perlu mengeluarkan modal sendiri.”

TENTANG MYGERAK
Dewan MyGerak Eksport Malaysia atau Malaysian MyGerak export Association ditubuhkan pada tahun 2019 dengan objektif:

1. Memupuk 50 barisan baharu Pengeksport Malaysia setiap tahun ke pasaran Global melalui program “Kini Semua Orang Boleh Mengeksport”.

2. Mewujudkan kesedaran dan Bimbingan untuk memenuhi keperluan system Eksport pembeli dan Import Antarabangsa.

3. Memulakan penghantaran gabungan beberapa kombinasi produk untuk memberi pembeli lebih banyak pilihan dan kesinambungan pilihan sebelum membeli dan mengimpoprt secara pukal.

4. Memudahkan Ahli dan pembeli mengenai prosedur B2B, B2C, logistic dan lain-lain yang berkaitan.

5. Menyokong inisiatif dan pelaksanaan kerajaan tempatan dan Antarabngsa di kalangan ahli.