Terkini | New

Watsons Malaysia Raikan Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Kempen #happybeautifulyear 2024.

Watsons Malaysia Raikan Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Kempen #happybeautifulyear 2024.

Filem kempen Tahun Baru Cina Watsons memupuk rasa muhibah dan kemeriahan perayaan bersama artis antarabangsa Mimi Choo dan barisan artis tempatan

● Ahli Watsons Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM3,888,888, Kereta Tesla Serba Baru dan Peranti Apple

● Jualan Di Seluruh Negara dengan Diskaun Sehingga 50% dan 80% pada Hari Istimewa


Perayaan Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa rakan-rakan, keluarga dan orang yang tersayang. Tahun ini, Watsons Malaysia meraikan kedatangan Tahun Naga dengan kempen #HappyBeautifulYear 2024 bertajuk ‘Enter the Dragons’, yang bertujuan untuk memupuk semangat muhibah, penekanan terhadap kesatuan keluarga, serta kepentingan penjagaan kesihatan dan kecantikan.


Tujuan kempen #HappyBeautifulYear 2024 adalah untuk berkongsi kemeriahan dengan semua orang, termasuklah pelanggan setia dan ahli Watsons dalam meraikan perayaan Tahun Baru Cina eksklusif bersama Watsons, dengan tawaran menarik di cawangan dan di dalam talian termasuklah keistimewaan sebagai ahli!


“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No.1 Malaysia, Watsons ingin berkongsi tema perayaan tahun ini bersama orang ramai – iaitu untuk memupuk rasa muhibah dan kemeriahan perayaan dan kegembiraan bersama mereka yang tersayang. Harapan saya di tahun baru Tahun Naga ini dapat memberikan anda kesihatan, kekuatan dan kejayaan. Kami berharap orang ramai dapat menikmati kempen #HappyBeautifulYear 2024 Watsons dan menikmati penjimatan ketika berbelanja dengan kami,” ujar Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International.




Filem kempen ‘Enter the Dragons’ 2024 menjanjikan pengembaraan yang menghiburkan dan menarik bagi keluarga Naga. Konsep filem tahun ini berbeza di mana penonton akan mengikuti naratif pengembaraan yang tidak tertakluk kepada garis masa yang tetap. Kisahnya bermula apabila keluarga Naga menerokai pelbagai cara untuk berkongsi rahsia kesihatan dan kecantikan dengan Long Mama. Pembikinan filem ini amat istimewa di mana Watsons Malaysia mengetengahkan pelakon terkenal, seperti Artis antarabangsa Mimi Choo, dan Duta Watsons Phei Yong, bersama dengan rakan Selebriti Watsons seperti Han Xiiao Aii, Amber Chia, Perry Kuan, Joey Kong, Mark O’Dea, Alvin Wong, Chelsia Ng, dan ramai lagi.


Filem ‘Enter the Dragons’ sempena kempen #HappyBeautifulYear 2024 Watsons kini boleh ditonton secara rasmi di semua media sosial rasmi Watsons, Facebook, YouTube dan Instagram. Tonton filem ini di YouTube menggunakan pautan ini: https://youtu.be/9SSvCYsDDFk

Caryn menambah, “Bersempena Tahun Baru ini juga, Watsons sentiasa di hadapan dalam memberi sumbangan kepada komuniti setempat. Kami telah melawat lebih 14 rumah jagaan orang tua dan anak-anak yatim di seluruh Malaysia dan menyalurkan sumbangan dan bantuan seperti produk kegunaan harian, makanan tambahan, alat penjagaan diri, dan makanan bernilai hampir RM 100,000. Kami berharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hari mereka ketika musim perayaan ini.”



“Sebagai permulaan kepada kempen #HappyBeautifulYear 2024, Watsons kini menawarkan jualan menarik dengan diskaun sehingga 50% untuk barangan keperluan kesihatan dan kecantikan, hamper Tahun Baru Cina, penjimatan kesihatan dan kecantikan lebih daripada RM200 dan tambahan potongan RM18 dengan perbelanjaan minimum di cawangan atau dalam talian. Tahun ini Ahli Watsons akan menikmati lebih banyak ganjaran dengan hadiah utama bernilai RM3,888,888, termasuklah kereta elektrik Tesla, peranti Apple dan baucar Watsons,” kata Danny Hoh, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Pelanggan, Watsons Malaysia.

Untuk menyertai peraduan ini, ahli Watsons perlu membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM80 di cawangan atau dalam talian dengan menggunakan kad Visa daripada sekarang sehingga 29 Februari 2024. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.watsons.com.my/member-monthlyspecial

Tambah Danny lagi, “Selain tawaran hadiah, ahli Watsons juga akan menikmati hadiah dengan setiap pembelian seperti sampul angpow, bag guna semula edisi terhad, dan ahli Watsons Elite juga akan berpeluang menerima Yee Sang Plate secara percuma dengan perbelanjaan minimum. Tidak lupa juga Jualan Istimewa dalam talian pada 18 Januari dan 28 Januari 2024 dengan diskaun sehingga 80% dan pelbagai tawaran menarik yang lain.”

Perayaan Tahun Baru Cina tidak lengkap tanpa berkongsi pelekat digital bersama-sama rakan dan keluarga. Pelanggan Watsons kini boleh memuat turun set pelekat #HappyBeautifulYear di Instagram, WhatsApp dan Telegram. Selain itu, anda juga boleh cuba juga AR Filter kami bermula 22 Januari 2024 bersama mereka yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut lawati cawangan Watsons berhampiran anda atau layari www.watsons.com.my. Semak e-katalog Watsons untuk tawaran dan promosi baru dan eksklusif. KLIK DISINI. *Tertakluk Terma dan Syarat.