Terkini | New

Hotel Tenera Tampilkan Rozita Che Wan Wajah Bufet Ramadan 2024

Hotel Tenera Tampilkan Rozita Che Wan Wajah Bufet Ramadan 2024


Hotel Tenera terus menjadi pilihan lokasi bufet Ramadan tahun ini yang bakal diserikan dengan kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan. Bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta tampil sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini yang bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 ini.



Bufet Ramadan di Hotel Tenera menjadi pilihan Che Ta dan orang daripada pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan. Untuk itu, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.





Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 130 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan yang pasti dinanti-nantikan DURIAN ‘Unlimited’ yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.







Hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.







Lebih menarik sempena penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti itu di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap’. Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.

Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.


Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).

Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi whatsapp di talian 019-3854 796.


Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur. Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh.

Pihak hotel juga membawa wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan. Sedikit mengenai Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan ‘mesra Muslim’.

Antara yang menarik hotel ini mempunyai 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook  Hotel Tenera Bangi atau instagram @hoteltenerabangi.

* Pakej promosi penginapan diatas adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024

Tempahan Bufet Ramadan
019-385 4796 (Whatsapp)
Tempahan bilik penginapan
03-8929 9600
019-233 1796 (Whatsapp)
hoteltenera.kpf@felda.net.my
www.tenerahotel.com.my