I’Dahlia Corner bawakan IFTAR DI TAMAN DAHLIA pada harga RM59 sahaja.
I’Dahlia Corner bawakan IFTAR DI TAMAN DAHLIA pada harga RM59 sahaja.


I’dahlia Corner yang terletak di dalam kawasan kejiranan KLCC mengadakan bufet buka puasa dengan tema *IFTAR DI TAMAN DAHLIA* bagi memeriahkan kedatangan bulan Ramadan bermula dari 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024.


I’Dahlia Corner yang dikenali ramai kerana keenakan masakan tradisional Melayu seolah-olah masakan ibu di rumah sendiri bakal membawakan lebih dari 30 juadah *ala kampung* seperti Sup daging Dahlia meletop, Masak lemak cili api siput sedut, Ikan bakar bersambal, Asam pedas ikan pari, Sambal udang petai, Ikan keli berlado, Kari ayam dan macam-macam lagi buat pengunjung yang datang pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM59.00 (Dewasa dan Warga Emas) dan RM39 (Kanak-Kanak) sahaja.






Berkonsepkan dalam taman, pengunjung dapat menikmati suasana berbuka puasa seolah-olah berada di dalam taman kerana dewan makan I’Dahlia bakal dihiasi dengan bunga-bunga yang indah. Pengunjung bakal dihiburkan oleh persembahan dari *buskers* yang akan mengalunkan lagu-lagu indah.


Pengunjung bakal berbuka puasa di Dewan makan yang luas dan selesa, manakala kemudahan ruang solat dan parkir yang berdekatan juga turut disediakan. Untuk tempahan sila hubungi 012-3526397 dan 017-9913907.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial media I’Dahlia di www.instagram.com/idahlia.corner