Terkini | New

Kemeriahan Berganda Di Grand Bazar Megaraya Turut Disertai Vendor Artis Dan Jenama Terkenal

Kemeriahan Berganda Di Grand Bazar Megaraya Turut Disertai Vendor Artis Dan Jenama Terkenal


Penganjuran Grand Bazar Megaraya dijangka akan lebih meriah lagi pada tahun ini ekoran penglibatan vendor dari kalangan artis dan pempengaruh digital yang pastinya akan mampu menarik minat pengunjung untuk menjadikan bazar ini sebagai pilihan utama pengunjung dari Seri Manjung, Perak serta kawasan sekitarnya. Penganjur Medan Selera Manjung Musang King dan rakan strategik Strong Sign Sdn. Bhd. akan berkerjasama bagi menjayakan acara ini.

Berkonsepkan “RAYA GLAM BERSAMA SELEBRITI”, bazar yang bakal menghimpunkan selebriti tanah air ini akan dianjurkan di D’MK - Dataran Manjung Musang King, bermula dari 16 Mac hingga 9 April 2024, bersamaan 5 hingga 29 Ramadan 1445H dan operasi bazar akan bermula dari jam 2.00 petang sehingga 12.30 malam. 



Setakat ini, artis seperti Aznah Hamid, Aida Aris, Zazil Baginda, Kay Mariah, Amai Kamarudin, Syed Ali serta ramai lagi termasuk tiktoker Wanie dan Nazrul yang turut akan bersama-sama menjayakan Grand Bazar Megaraya pada kali ini.

Lebih dari 105 tapak niaga yang bakal diserbu oleh pengunjung disini, dibuka khusus bagi jualan pakaian, aksesori, produk kecantikan, makanan, automobil, perumahan serta perkakas elektrik dan elektronik.

Tarikan utama pastinya tertumpu kepada vendor melibatkan artis dan selebriti yang menawarkan bermacam makanan juadah berbuka sehingga lewat malam dari yang tradisi sehingga resepi tersendiri. Bagi yang mahu membeli belah untuk persiapan hari raya pula, disini juga turut menawarkan harga yang berpatutan seterusnya menampilkan pilihan beranika jenis fesyen baju tradisi serta moden bagi koleksi pakaian lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Pengunjung juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa duit raya setiap minggu dan pakej Umrah.



Disamping penganjuran bazar, kedai-kedai yang terdapat didalam Medan Selera Manjung Musang King juga, sudah sedia untuk menerima kedatangan pengunjung selain mengambil peluang untuk menawarkan promosi pakej berbuka puasa bersama keluarga
sambil membeli belah disini.



Pelbagai kemudahan turut disediakan diantaranya surau dan tandas untuk lelaki dan perempuan, tempat letak kenderaan yang banyak dan selesa, laluan untuk ke lokasi yang mudah malah berada di lokasi strategik bersebelahan pasar raya besar AEON Manjung, ini menjadikan GBM edisi 2.0 sebagai destinasi ideal untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul. Majlis Sidang Media Pelancaran Grand Bazar Megaraya Edisi 2.0 telah berlangsung dengan jayanya di Datum Mall, Jelatek Kuala Lumpur.


Nantikan Kemeriahan Berganda! yang bakal berlangsung di D'MK Dataran Manjung King bermula dari 16 Mac - 9 April 2024 bersamaan 5 - 29 Ramadan 1445H.

Jom kita memeriahkan lagi sambil membeli-belah di Grand Bazar Megaraya edisi 2.0 ini, kerana kami akan memberikan kemeriahan berganda yang sebenar kepada setiap pengunjung yang hadir”.

Daftar sekarang untuk lot niaga spot yang istimewa dan strategik. Urusetia Pendaftaran: 0111 883 9305 Dayang.