MPL Malaysia umum pelan halatuju 2024
MPL Malaysia umum pelan halatuju 2024 sebagai pencetus era baru esukan kebangsaan, dipersembahkan bersama Hotlink
• Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia akan kembali secara rasmi bagi Musim Ke-13 dan dan Ke-14; kerjasama liga bersama dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) sebagai tuan rumah Playoffs Musim Ke-14 di Johor.
• Hotlink oleh Maxis bersama-sama dengan MOONTON Games akan mempersembahkan kerjasama pada tahun 2024 di Malaysia, dengan pengoptimuman sepenuhnya rangkaian untuk memberikan pengalaman bermain terbaik dari rangkaian 5G terkemuka.
• MLBB Academy League Malaysia (MAL MY) yang baru dilancarkan adalah pelengkap ekosistem MLBB Esports Malaysia dengan menyatukan kejohanan akar umbi dan penyediaan kerangka kerja yang jelas bagi atlet esukan yang ingin menjadi professional.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli menyampaikan ucapana pembukaan di acara “MLBB Esports Malaysia: A New Era” dikuasakan oleh MOONTON Games dan dipersembahkan oleh Hotlink, di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
MOONTON Games dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Esports Integrated (ESI), hari ini membentangkan peta jalan bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Malaysia, mencetuskan era baru permainan mudah alih dalam negara.
Dalam ucapan pembukaan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli berkata, “Ini merupakan era baru yang penuh dengan pelbagai kemungkinan. Bersamalah kita menerima masa depan esukan dalam Malaysia, seterusnya memupuk platform sihat untuk pertandingan, komuniti dan kebanggaan negara.”
Kuasa tambahan suasana MLBB Esports Malaysia bersama Hotlink
Hotlink mengumumkan kerjasama yang diperluaskan bersama MOONTON Games pada tahun 2024 bersama-sama mempersembahkan pencetusan pembangunan ekosistem MLBB di Malaysia. Ini termasuklah sokongan kepada liga esukan paling lama bertapak di Malaysia, MPL Malaysia, serta liga pembangunan yang baru dilancarkan, MLBB Academy League Malaysia (MAL MY). Peneraju pembekal telekomunikasi bersepadu terulung di Malaysia bekerjasama rapat dengan MOONTON Games dengan pengoptimuman rangkaian mereka untuk memberikan pengalaman bermain terbaik dengan kelajuan 5G tanpa had.
Komuniti esukan boleh menjangkakan manfaat rangkaian 5G Hotlink untuk mendapatkan latensi rangkaian tanpa tandingan, memberikan pengalaman permainan yang lebih baik. Hotlink juga adalah penghasil bersama bagi lagu tema baru MPL Malaysia dan akan menghasilkan pelbagai barangan eksklusif untuk peminat.
Hotlink dan MOONTON Games akan menjadi hos untuk pelbagai aktiviti impak sosial. Ini termasuklah pelancaran program Hotlink Campus Initiative dan penawaran bantuan institusi pendidikan tinggi di Malaysia dari segi kewangan, pengetahuan dan sokongan infrastruktur untuk mengadakan acara esukan akar umbi dan komuniti yang lebih bermakna.
Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis berkata, “Sebagai jenama belia terkemuka selama 25 tahun, kami boleh kongsikan bahawa kehadiran permainan mudah alih secara keseluruhannya telah muncul sebagai salah satu penggunaan data mudah alih tertinggi selain daripada penstriman dan media sosial. Kami juga memperakui kepentingan untuk membuka platform bagi para belia untuk dapat mengakses dunia esukan melalui pelbagai pelan yang berpatutan, menjadikan internet lebih mudah diakses. Ini akan mengalakkan lagi jumlah penyertaan sekaligus mengembangkan lagi komuniti esukan ini.”
MPL Malaysia kembali bagi Musim Ke-13 dan Ke-14 dengan peningkatan utama
Liga esukan terbesar dan paling lama di Malaysia mengumumkan Stadium MBSJ Serdang Jaya sebagai "Rumah MPL MY" yang mampu memuatkan sehingga 1,000 penonton sebagai arena pertempuran utama bagi kedua-dua musim tahun ini. Kapasiti ini adalah hampir dua kali ganda berbanding dengan jumlah kapasiti semasa MPL Musim Ke-12 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada tahun lalu.
Playoffs Musim Ke-14 pula akan diadakan di Johor sebagai sebahagian daripada kerjasama MPL Malaysia bersama-sama dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ). Pusingan Playoffs MPL Malaysia Musim Ke-14: Festival Selatan akan menyaksikan persaingan yang bakal berlangsung di luar Lembah Kelang untuk julung kalinya dalam sejarah liga.
Pertaruhan bagi Musim Ke-13 adalah yang tertinggi dalam sejarah, di mana juara bakal memperoleh kelayakan secara terus ke MLBB Mid Season Cup (MSC) yang bakal diadakan di Riyadh, Arab Saudi, dengan peluang memenangi hadiah terkumpul sehingga USD3 juta – hadiah terbesar dalam sejarah pertandingan MLBB.
Fasa Regular Season Musim Ke-13 akan menyaksikan 10 pasukan bermain dalam permainan Best-Of-Three (BO3) dan akan bertarung dengan kesemua seteru dalam liga menerusi format single round-robin. Kedudukan para pasukan adalah berdasarkan jumlah mata yang diperolehi, dengan lapan pasukan teratas akan mengekalkan slot mereka untuk MPL Malaysia Musim Ke-14. Mekanisma kenaikan dan penurunan juga akan diperkenalkan di Musim Ke-13 – butiran lanjut di bahagian MAL MY di bawah.
Selain dari Hotlink, ASUS Republic of Gamers (ROG) dan Nescafe juga kembali sebagai penaja bagi MPL Malaysia Musim Ke-13 dan Ke-14.
Musim Pertama dan Kedua MAL MY diumumkan
Dipersembahkan bersama oleh MOONTON Games dan IO Esports, Mobile Legends: Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY) akan berfungsi sebagai peringkat pembangunan bagi ekosistem liga esukan MLBB di Malaysia, dengan menghubungkan pelbagai kejohanan akar umbi dengan arena profesional.
Musim Pertama MAL MY akan mengikuti format pertandingan MPL Malaysia di mana ianya berlangsung menerusi tiga peringkat – kelayakan terbuka pada bulan Februari, Regular Season pada bulan Mac dan Playoffs pada bulan Mei. MAL MY akan terdiri daripada dua Konferens berasingan iaitu Challengers Conference yang terdiri daripada 8 pasukan dan Affiliated Conference yang terdiri daripada 7 pasukan. Regular Season akan menyaksikan kesemua 15 pasukan bermain permainan Best-Of-Two (BO2) format single round-robin, di mana kedudukan Konferens akan ditentukan oleh jumlah mata yang diperolehi. 4 pasukan teratas dari setiap Konferens akan mara ke Playoffs MAL MY, di mana kesemua 8 pasukan akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah USD20,000.
Selain itu, pasukan teratas di Challengers Conference akan mendapat slot kenaikan automatik ke Regular Season MPL Malaysia musim depan, manakala pasukan kedua Challengers Conference akan bertemu dengan pasukan kesembilan dari MPL Malaysia di permainan Best-Of-Five (BO5). Pemenang permainan tambahan ini juga akan memperoleh slot ke Regular Season MPL Malaysia musim seterusnya.
MAL MY akan disiarkan secara langsung dengan ulasan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin.
Leon Lee, Ketua Pegawai Operasi IO Esports berkata, “Sebagai salah satu organisasi esukan terkemuka di Asia Tenggara, hasrat kami adalah untuk menyumbang kepada pembangunan juara-juara masa depan dari Malaysia, yang bakal cemerlang di pentas MLBB antarabangsa. Dengan Kejohanan Dunia M6 yang semakin hampir, MAL MY berperanan untuk memupuk pembangunan komuniti esukan dalam negara dengan membina persekitaran yang kondusif untuk bakat baru dan penyediaan landasan jelas ke arah profesionalisme.”
Dikuasakan oleh MOONTON Games dan dipersembahkan oleh Hotlink, acara “MLBB Esports Malaysia 2024: A New Era” juga menampilkan sesi forum bertemakan Penetapan Era Baru Komuniti MLBB Malaysia bersama beberapa pemegang taruh industri. Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MOONTON Games, Fikri Rizal Mahruddin menjadi moderator sesi forum ini dan menampilkan YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan Pemasaran Astro, dan Leon Lee, Ketua Pegawai Operasi IO Esports sebagai ahli panel.
Untuk maklumat lanjut mengenai MPL Malaysia, sila like dan ikuti laman sosial di bawah: