Terkini | New

Broku Sdn Bhd Dengan Kerjasama Wealth Vantage Advisory Sdn Bhd Melancarkan Kempen Pendanaan Awam Ekuiti (ECF) Untuk Memperkasa Ekosistem PMKS

Broku Sdn Bhd Dengan Kerjasama Wealth Vantage Advisory Sdn Bhd Melancarkan Kempen Pendanaan Awam Ekuiti (ECF) Untuk Memperkasa Ekosistem PMKS


Seiring dengan perkembangan ekonomi dan teknologi, Broku Sdn Bhd (BSB) melangkah satu tapak ke hadapan dalam memperkasa industri Makanan dan Minuman (F&B) dengan mewujudkan ekosistem yang komprehensif bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam meningkatkan pendapatan, menyelaraskan operasi dan mencapai pertumbuhan perniagaan. Bagi menjayakan inisiatif ini, BSB telah menjalinkan kerjasama bersama salah sebuah firma penasihat kewangan yang berpengaruh, Wealth Vantage Advisory (WVA) Sdn Bhd denganmelancarkan kempen pendanaan awam ekuiti (ECF) di platform digital PitchIN, sebuah Pengendali Pasaran Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.



BSB merupakan satu-satunya syarikat berstatus Bumiputera di Malaysia yang menawarkan penyelesaian komprehensif bagi meningkatkan tahap pengurusan kewangan dalam perniagaan kepada para pengendali F&B dalam usaha untuk merapatkan jurang pembiayaan RM90 Bilion di Malaysia seperti yang telah dilaporkan oleh The Edge Malaysia pada Januari lepas.



Crowdfunding telah menjadi salah satu platform yang popular sejak kebelakangan ini dalam usaha mengumpul dana menerusi dalam talian bagi tujuan tertentu termasuklah mengembangkan tapak perniagaan. Pembiayaan dalam talian ini akan memudahkan para pelabur mengakses bagi mengenal pasti maklumat pelaburan dan menghubungi pihak yang menjalankan kempen tersebut. Pada masa yang sama, kaedah ini dapat meningkatkan pembiayaan secara besar dan kecil bagi setiap projek sekali gus para pelabur dapat memberi manfaat kepada dunia perniagaan.


BSB dengan kerjasama WVA kini mencari pelabur yang berminat untuk melabur bagi membantu PMKS mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada. Dibarisi dengan pakar penasihat kewangan dalam industri, WVA merupakan firma penasihat kewangan berlesen yang diperakui oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia bagi membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan dengan menyediakan perkhidmatan kewangan holistik dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan teknologi terkini.


Pelaksanaan kempen ECF ini bakal memberi tumpuan untuk merevolusikan industri dengan
menyediakan para peniaga makanan dengan sumber strategik dan perkhidmatan yang diperlukan di Malaysia. Pelan pertumbuhan yang dijana oleh kempen ini dijangka akan menjadi titik mula yang penting dalam membantu PMKS memohon pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka. Hal ini kerana mereka berhadapan dengan situasi sukar untuk melakukan pinjaman perniagaan kerana kekurangan cagaran dan aliran tunai yang konsisten serta dokumentasi kewangan yang lemah.


"Ia merupakan platform digital komprehensif yang mana telah direka untuk merevolusikan ekosistem F&B dengan menyediakan centralized hub yang akan memudahkan gerak kerja sokongan berkaitan perniagaan, termasuk tempahan, pesanan, pembayaran, pencarian bahan, analisis data dan komunikasi antara pengendali dan pengguna. Hal ini selaras dengan visi dan misi BSB untuk menyediakan latihan serta sokongan kepada usahawan industri F&B dengan menggunakan teknologi terkini yang mana mampu menjana hasil jualan yang berlipat kali ganda kepada peniagaan mereka.”

kata Ku Addy Fazly Ku Radin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSB. Sehubungan dengan itu, BSB mempelawa kepada semua bakal pelabur yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana terutamanya dalam industri F&B di Malaysia. 

Bersama kita melakar sejarah baharu dalam membantu mengurangkan jurang pembiayaan tinggi dalam negara. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, sila layari https://www.pitchin.my/equity/broku



###

Tentang BSB:
Broku Sdn Bhd (BSB) ditubuhkan pada 2020 untuk mengisi jurang kapasiti dalam sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Malaysia. Kami memahami keperluan dan kebimbangan industri Makanan dan Minuman
(F&B) pelanggan kami. BSB berada pada kedudukan yang ideal untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan pragmatik, terima kasih kepada pasukan yang kompeten dengan lebih daripada 60 tahun gabungan kepakaran dalam industri yang sangat bersemangat tentang inovasi dan keusahawanan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.broku.com.my