Terkini | New

Jom Iftar bersama Restoran Rasa Rosz di Aeon Big Wangsa Maju

Jom Iftar bersama Restoran Rasa Rosz di Aeon Big Wangsa Maju


Ramadan bakal tiba bagi menyambut puasa dan sudah pasti ibu bapa atau adik-beradik terfikir untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Pasti pilihan makanan yang sedap lagi menyelerakan serta lokasi yang santai, tempat letak kereta yang mudah dan murah serta lengkap dengan tempat solat.



Jangan risau atau pening kerana Restoran Rasa Rosz, yang terletak di Lot G-05- 06, AEON Big, Wangsa Maju juga turut menyediakan juadah berbuka puasa menerusi set promosi Jom Iftar bersama Rasa Rosz dengan harga yang amat berpatutan.

Restoran yang terletak di dalam AEON Big ini menawarkan suasana yang bersih, sejuk dan dingin kebuka berbuka puasa. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini sudah pasti Restoran Rasa Rosz adalah pilihan tepat untuk berbuka puasa sambil menjamu selera dan bersantai bersama keluarga tercinta.


Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, sempena kedatangan bulan yang mulia ini, Restoran Rasa Rosz juga turut menyediakan pelbagai jenis set hidangan berbuka puasa.

“Sempena jom ifar bersama Rasa Rosz ini kami turut menyediakan beberapa set hidangan yang boleh dipilih pelanggan mengikut cita rasa mereka. Hidangan mengandungi set hidangan utama, kuih-muih, pencuci mulut, kurma dan minuman.



“Set jom iftar yang kami sajikan ialah Set A berharga RM38.00 untuk 1 pax. Hidangan ini didatangkan bersama nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan dan pilihan Masak Lemak Cili Padi Ayam atau Asam Pedas Ayam. Pembuka selera pula, cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih-muih, pencuci mulut dan pilihan minuman air kathira, air jagung dan air keladi.



“Set B pula berharga RM55.00 untuk 1 pax. Hidangan berupa nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan bersama pilihan lauk Crispy Buttermilk Chicken, Ayam Percik Rasa Rosz atau Udang Harimau Masak Lemak Nenas, Cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih -muih, pencuci mulut dan pilihan minuman air kathira, air jagung dan air keladi.



“Set C yang berharga RM78.00 pula sesuai untuk dinikmati 2 orang. Set ini bersama nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan bersama pilihan satu lauk Crispy Buttermilk Chicken, Gulai Kawah Tulang, Ayam Percik Rasa Rosz atau Asam Pedas Tulang. Cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih muih, pencuci mulut dan salah satu pilihan minuman iaitu air kathira, air jagung dan air keladi.”

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan set promosi Jom Iftar bersama Rasa Rosz yang bakal dinikmati pada harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang menikmati diskaun 5% yang ditawarkan pada mereka yang menempah sebelum 10 Mac ini.



Restoran Rasa Rosz menghidangkan sajian lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba berupa Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fetucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Garing, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.


Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk Thailand yang halal.





Mereka yang ingin mencuba dan merasai keenakan makanan yang disediakan oleh Restoran Rasa Rosz. Untuk tempahan meja boleh menghubungi talian 013-8082772 (call/whatsapp).

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan sosial media mereka di www.rasarosz.com