"Kemilau Ramadan" Di Restoran Utara, Hotel Armada Petaling Jaya
"Kemilau Ramadan" Di Restoran Utara, Hotel Armada Petaling Jaya
Rasai Kemeriahan Festival Di Restoran Utara Sepanjang Ramadan 2024.
Restoran Utara sangat teruja bagi mengumumkan pelancaran bufet Ramadan tahunannya, tersedia dari 12 Mac hingga 9 April 2024. Hayati semangat Ramadan dengan perjalanan kulinari yang menampilkan pelbagai hidangan lazat dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari.
Pengalaman kulinari yang menarik dengan lebih 100 hidangan untuk dipilih, mempamerkan gabungan rasa tradisional dan kontemporari.
Hidangan signature seperti Kambing Golek, Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, Kambing Kuzi, Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, and Daging Dendeng serta ulam-ulaman yang pasti menjadi pilihan lazat buat pengunjung menikmati air tangan chef-chef yang terbaik.
Pelbagai pilihan pencuci mulut dan kuih-muih, Dodol, Pengat Pisang, Bubur Lambuk dan Rojak.
Jangan ketinggalan untuk merasai makanan di gerai-gerai masakan secara lansung yang menampilkan Roti Canai dan Satay lazat untuk anda nikmati.
Para tetamu boleh memanfaatkan tawaran terhad early bird dengan harga bufet bermula daripada RM158nett untuk dewasa, RM79nett untuk kanak-kanak dan RM128nett untuk early bird istimewa. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyelami tradisi perayaan Ramadan.
Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengalaman mereka, Hotel Armada PJ menawarkan pakej Istimewa Ramadan Staycation dari 12 Mac hingga 11 April 2024.
Bilik perseorangan boleh didapati dengan harga RM370nett, termasuk bufet Sahur & iftar untuk seorang, manakala bilik double boleh ditempah untuk RM520nett, termasuk bufet Sahur & Iftar untuk dua orang .
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi Restoran Utara (Buffet Ramadan)
03-7954 6888 samb.4557
Hotel Armada PJ (Iftar Staycation)
03-7954 6888
Email armada@armada.com.my