Spritzer EcoPark Membawa Kelainan Dengan Sambutan Raya Berwarna-warni Penuh Kemeriahan!
Spritzer EcoPark Membawa Kelainan Dengan Sambutan Raya Berwarna-warni Penuh Kemeriahan!
Sambutan berganda meraikan Hari Raya dan Ulang Tahun Ke-150 Taiping dalam suasana harmoni berlatarkan keindahan semula jadi sambil memupuk kesedaran ekologi
Spritzer mengalu-alukan kedatangan Hari Raya tahun ini di Spritzer EcoPark, Taiping dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan, seiring dengan memperingati Ulang Tahun ke-150 bandar bersejarah tersebut. Orang ramai dipelawa untuk melawat Spritzer EcoPark dan menikmati keindahan alam, udara segar, serta pelbagai tarikan dan aktiviti yang dianjurkan. Mereka juga dapat menikmati pameran lampu yang
memukau, menggambarkan kekayaan warisan budaya Malaysia seperti permata yang bersinar pada waktu malam. Sambutan Raya Berwarna-warni Spritzer turut menampilkan perhiasan kreatif Hari Raya yang menonjolkan motif wau bulan dan bunga raya sebagai simbol keharmonian.
Kali pertama pihak Spritzer menggunakan tema "Colourful Raya", yang menghidupkan semangat perayaan dengan sentuhan nostalgia zaman dahulu, bermula dari sekarang hingga 1 Mei 2024. Pameran Spritzer untuk Raya 2024 menyatukan keindahan kehidupan di bandar kecil dengan kegemilangan perhiasan Raya untuk penduduk tempatan dan pelancong; semua ini ditemani oleh lampu-lampu yang mempesona dalam suasana semula jadi.
Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin menyatakan, “Spritzer EcoPark sangat bersemangat untuk menyambut pencapaian istimewa ini, yang melibatkan sambutan berganda Hari Raya dan ulang tahun ke-150 Taiping, bersama semua pengunjung! Kami berharap agar pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penduduk tempatan dan pelancong, dapat berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan untuk menikmati keindahan semula jadi dan suasana percutian, serta mencipta kenangan yang tidak akan terlupakan.”
Sempena sambutan Hari Raya, Spritzer EcoPark menawarkan promosi istimewa di kedai cenderahati dan kedai air. Di taman ekologi ini, pengunjung juga boleh meneroka dan menyusuri denai secara santai, meninjau keunikan Batu Kaktus berusia 214 juta tahun dan menikmati permainan Mini Golf 18 lubang - aktiviti menarik untuk membakar kalori dan lemak tambahan yang dikumpul sepanjang sambutan Hari Raya. Di samping itu, pengunjung boleh menyertai bengkel kraf tangan DIY atau berehat di kafe STG sambil beramah-mesra dengan sanak-saudara atau kawan-kawan sambil menikmati suasana persekitaran.
Pameran Raya Berwarna-warni mencerminkan nilai-nilai Spritzer EcoPark yang menggalakkan kelestarian dan memupuk keharmonian. Pameran ini menggunakan bahan kitar semula dan mengubahsuai elemen daripada pameran terdahulu, sekali gus menekankan dedikasi Spritzer terhadap pemuliharaan alam sekitar. Dengan memperindahkan dan mengetengahkan sumber asli dan alam semula jadi negeri Perak, Spritzer berusaha mendorong orang ramai untuk meneroka dan menghargai alam sekitar. Dengan menganjurkan acara kemasyarakatan dan kebudayaan, Spritzer menghimpunkan orang ramai untuk bersama-sama menghargai dan melindungi khazanah alam.
Winnie Chin merumuskan, “Kami menjemput orang ramai untuk datang meraikan keriangan Hari Raya bersama keluarga dan rakan tersayang, dengan menikmati kemeriahan dan keseronokan sambutan perayaan berlatarkan perhiasan bertema "Colourful Raya". Jom beraya bersama Spritzer dan kongsikan hantaran #ootdraya2024 dan juga #SEPColourfulRaya2024 paling menarik di media sosial.”
Datanglah ke sudut "Heart-Lock" untuk merakamkan kasih sayang dan momen indah anda dengan membeli sepasang gembok cinta dari kaunter cenderahati dan kenangilah ikatan kasih anda di tempat yang telah kami tetapkan. Di Spritzer EcoPark, kami membawa suasana keceriaan perayaan ke bandar kecil sambil mementingkan nilai-nilai mesra alam dan kelestarian.
Spritzer Ecopark dibuka setiap hari dari jam 10.30pg hingga 9.30mlm. Sepanjang sambutan istimewa ini, waktu operasi dilanjutkan sehingga 10:00mlm. Taman ini terletak di Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak. Untuk maklumat lanjut, layari laman web di: Spritzer Mineral Water Malaysia | Corporate.