Terkini | New

Kumpulan Magma Umum Pelantikan Kepimpinan Baharu

Kumpulan Magma Umum Pelantikan Kepimpinan Baharu

Syarikat Perkukuhkan Lagi Kedudukan Pasarannya Di Bawah Kepimpinan Baharu

Magma Group Berhad ("Magma"), sebuah kumpulan pegangan pelaburan dan hospitality yang dinamik, hari ini mengumumkan peralihan penting dalam kepimpinannya. Dato’ Seri Ismail @ Farouk Abdullah telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif, dengan Dato’ Sri Lee Hock Seng, yang kini menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif akan mengambil alih jawatan tersebut.



Peralihan kepimpinan ini merupakan sebahagian daripada pelan strategik yang rapi, sekali gus mencerminkan komitmen Magma terhadap kesinambungan dan kepimpinan yang mantap. Dato’ Seri Ismail @ Farouk Bin Abdullah melahirkan keyakinan bahawa Dato’ Sri Lee Hock Seng merupakan individu yang tepat untuk menerajui Magma mengharungi cabaran dan peluang masa depan, bagi memastikan trajektori pertumbuhan Magma kekal mampan dan berterusan.

Dato’ Seri Ismail @ Farouk Bin Abdullah, bekas Pengerusi Eksekutif Magma, berkongsi rasa bangga dan ucapan penghargaan kerana telah mengetuai Magma Group Berhad melalui era pertumbuhan transformatif syarikat. Beliau berkata, "Melihat Magma muncul lebih kukuh dan berdaya tahan amatlah membanggakan. Saya yakin Dato’ Sri Lee Hock Seng merupakan individu yang tepat untuk menerajui Magma pada fasa seterusnya. Pengetahuan beliau yang mendalam mengenai operasi syarikat, kefahaman dinamik pasaran, serta pandangan strategik yang bernas akan menjadi aset tidak ternilai yang memacu Magma ke tahap yang lebih tinggi."

Dato’ Sri Lee Hock Seng, Pengerusi Eksekutif Magma menambah, "Saya amat berbesar hati diberi kepercayaan untuk menerajui Magma pada masa ini. Saya komited untuk kukuhkan asas yang sedia ada dan memacu Magma ke arah pertumbuhan lestari, memastikan nilai terus dijana untuk para pemegang saham dan pihak berkepentingan kami.


Dato' Sri Thomas Liang Chee Fong, Pengarah Urusan Kumpulan Magma, turut memberikan komen mengenai peralihan kepimpinan. Beliau berkata, "Saya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin terhormat, terutamanya kepada Dato' Sri Lee Hock Seng, sempena beliau melangkah ke dalam peranan penting ini. Bersama-sama, saya nanti-nantikan untuk menjalin jalinan yang lebih kukuh di barisan kepimpinan Magma, sekali gus menetapkan pentas untuk meraih kejayaan dan pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan.

 

Magma kekal teguh dengan komitmennya untuk menegakkan tadbir urus korporat yang unggul dan mengamalkan pe­niagaan beretika di bawah kepimpinan yang baharu.  Dengan langkah peralihan ini, Syarikat yakin ia berupaya untuk meraih keunggulan pasaran yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan sumbangannya kepada landskap ekonomi dan sosial.


TENTANG MAGMA GROUP BERHAD

Magma Group Berhad, yang dahulunya dikenali Impiana Hotels Berhad, ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan berpangkalan di Malaysia, yang terlibat terutamanya dalam pengurus dan pengendalikan hotel dan resort, pelaburan hartanah, pembangunan hotel, dan menyediakan perkhidmatan pengurusan profesional kepada sektor hospitaliti. Anak syarikat utama termasuk Impiana Ipoh Sdn. Bhd., Impiana Hotels & Resorts Management Sdn. Bhd., dan Impiana Cherating Sdn. Bhd., masing-masing menyumbang kepada pelbagai portfolio Magma dalam pengurusan hospitaliti, pembangunan hartanah dan perkhidmatan berkaitan. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.magma.my/.