Terkini | New

Memperkasakan Keselamatan Bersama Samsung Knox Vault

Memperkasakan Keselamatan Bersama Samsung Knox Vault

Antara ciri-ciri keselamatan yang paling penting yang telah diambil berat untuk pengguna masa kini adalah keselamatan. Keselamatan adalah penting bagi menjaga informasi peribadi dan data dari digodam. Tahniah buat samsung yang berusaha membawakan salah satu ciri keselamatan utama yang paling inovatif iaitu Samsung Knox Vault kepada pengguna siri Galaxy A buat pertama kali termasuk pada Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G.

Sepanjang musim perayaan dan musim percutian bersama keluarga anda menikmati hiburan perayaan dengan pelbagai ciri kamera dan hiburan, dipertingkatkan lagi oleh Knox Security yang melindungi peranti dan data anda, termasuk storan selamat dalam Folder Selamat, tempat anda boleh menyimpan foto Raya, video dan fail peribadi anda yang lain dengan lapisan perlindungan tambahan.



Selain itu, Knox Vault melindungi daripada akses tanpa kebenaran dengan melindungi kata laluan, PIN dan corak yang memastikan kenangan Raya anda kekal selamat. Samsung Knox Vault menawarkan perlindungan menyeluruh dengan membina persekitaran pelaksanaan selamat yang diasingkan secara fizikal daripada pemproses dan memori utama sistem. Ia boleh membantu melindungi data paling pada peranti, termasuk bukti keselamatan skrin kunci, seperti kod PIN, kata laluan dan corak walaupun peranti itu hilang atau dicuri. Keselamatan ketika beriadah di tempat-tempat ramai tenang tanpa memikirkan keselamatan.


Galaxy A menawarkan Auto Blocker, pakej ikut serta langkah keselamatan tambahan. Apabila dihidupkan, Auto Blocker boleh menyekat pemasangan aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan, menyediakan semakan keselamatan aplikasi untuk mengimbas kemungkinan perisian yang berpotensi berniat jahat pada peranti anda semasa disambungkan melalui kabel USB.


Perlindungan automatik yang mudah, sentiasa aktif, daripada serangan perisian, terutamanya pada zaman hari ini kerap menggunakan perbankan dalam talian dan terdapat banyak penipu dan scammer.


Pengguna siri Galaxy A baharu juga akan mempunyai akses kepada Papan Pemuka Keselamatan dan Privasi Galaxy, menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk melihat dan mengawal perkara yang berlaku pada data mereka dan menarik balik sebarang kebenaran apabila mereka memilih.

Untuk memastikan kerahsiaan, pengguna boleh mengawal kebenaran akses penerima dan tarikh tamat tempoh fail, sambil turut memilih untuk mengehadkan tangkapan skrin atau muat turun. Antara komitmen Samsung untuk memastikan peranti Galaxy kekal selamat dan dikemas kini bagi pengguna akan terus mendapat manfaat.



Peranti Galaxy A55 mempunyai paparan FHD+ Super AMOLED 120Hz yang memberikan visual yang mantap untuk menonton filem. Ditambah dengan bateri yang tahan lama, anda boleh menikmati hiburan tanpa gangguan sepanjang musim perayaan dan percutian,




SPESIFIKASI PERANTI Samsung Galaxy A55 5G 

Model: 
Paparan:  6.6-inci 1080 x 2340  FHD+ super AMOLED 120Hz,
RAM: 12GB 
Memori Dalaman : 
Kamera Utamakamera utama 50 MP f/1.8 Wide dan 12 MP, f/2.2 Ultrawide (ultra-lebar)  bersama 5 MP f2.4 makro kamera
Kamera Depan: 32 MP f2.2
Bateri: 5000mah
SIM/Telefon: Dual sim
USB: USB Type-C
NFC: Yes
Sistem Imbasan: Accelerometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Light Sensor, Virtual Proximity Sensing

Warna Pilihan
Awesome IceBlue, Awesome Lilac, Awesome Navy

Harga Jualan: Galaxy A55 5G (256GB) RM1,999

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang siri Galaxy A terkini, sila lawati Siri Galaxy A55 5G:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a55-5g-awesome-iceblue-256gb-sm-a556elbdxme/