Terkini | New

Festival Budaya Filem China-malaysia Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 Jun.

Festival Budaya Filem China-malaysia Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 Jun.

Tayangan Filem Malaysia Dan China Adalah Bagi Menyambut Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik China-malaysia.


Bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, satu "Festival Budaya Filem China-Malaysia" buat julung kalinya akan diadakan di Pawagam DADI CINEMA Pavilion Kuala Lumpur bermula dari 21 Jun hingga 23 Jun selama tiga hari. Selain acara bagi saringan 11 filem Malaysia dan China yang telah berjaya, juga terdapat forum bertema yang diadakan khas buat para pembikin filem, selain menyediakan platform interaksi antara pembuat filem dan penonton Filem Malaysia dan China. Turut hadir YB Teo Nie Ching Timbalan Menteri Komunikasi.


Ia bagi menggalakkan perkongsian atau pertukaran dalam seni perfileman sekaligus memudahkan kerjasama antara filem kedua-dua negara yang dapat dimanfaatkan pihak industri. Pada 31 Mei lalu, Malaysia dan China telah menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik mereka. Sebagai negara jiran yang mesra dan kaya dengan tradisi, usaha bersama
kedua-dua negara ini dapat membuka ruang yang lebih luas untuk pembangunan bersama dalam politik, ekonomi, budaya, dan pendidikan.

"Festival Budaya Filem China-Malaysia" disokong sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), bagi mempromosikan karya-karya yang dihasilkan pengkarya Malaysia dan China, memperkenalkan pembuat filem kedua negara kepada orang ramai, menggalakkan pertukaran budaya dan kerjasama dalam industri filem bagi kedua negara, serta menyediakan peluang untuk jalinan kerjasama dalam pembangunan projek filem, pengeluaran, pengedaran, dan pelaburan.



Pengerusi Jawatankuasa Penganjur "Festival Budaya Filem China-Malaysia" Encik Aron Koh, berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri perfileman Malaysia telah berkembang maju dan giat berusaha untuk meluaskan pertukaran dan kerjasamanya dengan industri filem China. 

Katanya, "Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China
dan Malaysia. Melalui festival filem seperti ini, kami amat berharap dapat memperkenalkan kepada penonton filem-filem yang diterbitkan bersama oleh China dan Malaysia , disamping menggalakkan promosi filem berkenaan, sekaligus memudahkan pertukaran antara pembuat filem yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza, merangsang kreativiti dan daya hidup pelajar muda dalam disiplin berkaitan filem, dan menyediakan platform untuk mempromosikan hubungan silang budaya dalam industri filem."



"Saya berharap festival ini akan menggalakkan lagi persefahaman budaya antara China dan Malaysia, dan memajukan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak untuk bersama-sama mewujudkan lebih banyak lagi karya yang menarik."

Menurut Penerbit terkenal ini "Festival Budaya Filem China-Malaysia" akan bermula di Kuala Lumpur tahun ini, dan diharapkan ia dapat diadakan di lokasi yang berbeza setiap tahun pada masa hadapan. Tambah beliau, "Kami berharap dapat bertemu semua orang di.lokasi seperti di Beijing dan Xi'an (China) pada masa akan datang, dan terus mengadakan festival ini pada setiap tahun."



TAYANGAN FILEM KHAS DAN FORUM AKAN BERLANGSUNG MULAI 21 JUN HINGGA 23 JUN.

"Festival Budaya Filem China-Malaysia" akan berlangsung dari 21 hingga 23 Jun, selama 3 hari dengan pengisian pelbagai aktiviti antaranya; Majlis perasmiannya pada 21 Jun akan diadakan di Pawagam DADI Cinema, yang menampilkan filem pembukaan "VICTIM(S)" penerbitan bersama antara China dan Malaysia arahan Cina pengarah Layla Yi. Filem ini dibintangi oleh pelakon dari kedua negara, termasuk Huang Lu, Lin Yi Ting, Fu Xian Rui, Xu An Zhi, dan Han Jia Hao.  Ia berkisarkan tentang ibu kepada pelaku dan mangsa mencari kebenaran di sebalik kes pembunuhan di sekolah menengah, dengan penglibatan media dan orang ramai mengenai "masyarakat pemerhati." Filem ini mendapat pujian pengkritik filem apabila ditayangkan di festival filem utama seperti Pameran Filem Remaja PERTAMA ke-14 di China dan New York dan Festival Filem Asia di Amerika Syarikat. Ia juga memenangi

"Anugerah Mulberi Perak Pilihan Khalayak" di Festival Filem Timur Jauh Udine ke-22 di Itali. Menurut Aron "VICTIM(S)" dipilih sebagai filem pembukaan program ini kerana ia tidak hanya mewakili kerjasama antara pembuat filem Cina dan Malaysia tetapi juga menyediakan peluang untuk memperkenalkan karya cemerlang ini kepada lebih ramai khalayak di Malaysia.

BERKONGSI KEJAYAAN KARYA-KARYA CEMERLANG OLEH PEMBUAT FILEM DARI CHINA DAN MALAYSIA SAMBIL MEMPROMOSIKAN PERTUKARAN BUDAYA FILEM ANTARA KEDUA-DUA NEGARA.

Selain itu, festival filem ini menjanjikan penampilan pelbagai jenis genre, kesemua 11 filem dari China dan Malaysia, termasuk "Small Town Heroes" arahan Ryon Lee, filem Malaysia
"Roh," "Sheriff," "Prebet Sapu," "The Movie Emperor" "Born To Fly' "No More Bets," "Wandering Earth 2," "Creations of the Gods I : Kingdom of the Storms" "One and Only" dan "The Movie Emperor" yang akan menjadi filem kemuncak untuk "Festival Budaya Filem China-Malaysia".


Aron Koh menyatakan bahawa pemilihan filem-filem ini mewakili pencapaian penting dalam filem-filem tersebut yang menjadi penanda aras industri China dan Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Selain kejayaan dan pencapaian box office dan reputasi, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan semula filem-filem ini kepada penonton, sekaligus membolehkan mereka menghargai karya cemerlang dan persembahan cemerlang oleh pembikin filem dari kedua-dua negara. 


Filem-filem itu akan ditayangkan di Pawagam DADI Cinema bermula dari 21 Jun ini, dengan tiket berharga hanya RM10, yang boleh dibeli pembelian melalui aplikasi DADI Cinema Malaysia.

Untuk butiran lanjut, lawati laman Facebook Lomo Pictures.