Terkini | New

Siri HONOR 200 Lancar di Malaysia, Harga Bermula Daripada RM1,899

Siri HONOR 200 Lancar di Malaysia, Harga Bermula Daripada RM1,899

HONOR melancarkan telefon pintar Flagship Estetik AI terbaharu, Siri HONOR 200 di Malaysia secara rasmi, hari ini. Membawakan dua versi HONOR 200 Pro dan Standard, peranti kelas pertengahan premium ini mengintegrasikan teknologi termaju dengan estetik fotografi klasik serta keupayaan AI yang berkuasa dengan lancar. Siri HONOR 200 yang direka dengan penuh gaya ini dijual pada harga bermula daripada RM1,899.

Pengarah Negara HONOR Malaysia Justin Li (kiri) dan Timbalan Pengarah  Negara Matthew Ng menunjukkan Siri HONOR 200

Prapesanan Siri HONOR 200 bermula sekarang

Prapesanan HONOR 200 Pro dan versi standard bermula sekarang sehingga 27 Jun 2024, 3 petang. Pelanggan boleh membuat pembayaran deposit sebanyak RM20 dan bawa pulang hadiah menarik bernilai RM1,078 selepas pembayaran penuh. Hadiah-hadiah ini termasuk:

       Rebat RM200 (Termasuk deposit RM20)

       HONOR Earbuds X6 

       Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari

Prapesanan Siri HONOR 200 boleh dilakukan di pelbagai platform, antaranya di laman sesawang HONOR, kedai HONOR Experience Store di seluruh negara, Shopee, Lazada, dan pengedar sah termasuk Senheng, SenQ dan Urban Republic.


Fotografi Flagship Bertaraf Studio di Tapak Tangan Anda

Siri HONOR 200 baharu melangkaui sempadan fotografi potret dengan HONOR AI Portrait Engine yang dikuasakan oleh AI dan direka secara bersama dengan Studio Harcourt yang terkemuka di Paris. Kedua-dua telefon pintar ini berupaya untuk menangkap fotografi imej potret bertaraf studio dengan lancar.



Terdapat tiga Mod Potret eksklusif iaitu Harcourt Vibrant, Harcourt Colour dan Harcourt Classic. Ketiga-tiga mod ini membolehkan pengguna menangkap imej potret yang mengagumkan dengan efek cahaya dan bayang signature Studio Harcourt dengan hanya menekan butang.

Sebagai tambahan kepada HONOR AI Portrait Engine yang berkuasa, HONOR 200 Pro menampilkan Kamera Utama 50MP yang menggunakan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci yang juga digunakan pada peranti flagship HONOR Magic6 Pro untuk menangkap imej dengan ketelitian yang sangat hebat. Bagi versi standard pula, peranti ini dilengkapi Kamera Utama 50MP Main Camera dengan Sensor Sony IMX906.




Kedua-dua telefon pintar ini juga menampilkan Kamera Telefoto 50MP yang menggunakan Sensor Sony IMX856 baharu. Ini menjadikan kedua-dua peranti tersebut yang pertama di dalam pasaran Malaysia menampilkan sensor ini serta dipadankan dengan Ultra Lebar dan Kamera Makro 12MP. Bagi memastikan tangkapan imej yang stabil, Siri HONOR 200 juga dilengkapi sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS).

Alami Magic AI Experience dalam Telefon Pintar Kelas Pertengahan Premium

Siri HONOR 200 juga mencatatkan pencapaian dengan menjadi siri HONOR Number pertama yang menampilkan ciri-ciri Magic AI Experience seperti yang dilihat pada Siri HONOR Magic premium. Dengan mengetengahkan MagicOS 8.0 yang terkini, Siri HONOR 200 ini menawarkan pengalaman pengguna tiada tandingan dengan rangkaian ciri-ciri pintar yang dikuasakan oleh AI bagi meningkatkan kefungsian, navigasi dan banyak lagi dengan lancar.

Ciri Magic Portal membolehkan pengguna berinteraksi dengan kandungan berguna seperti teks dan imej secara intuitif dengan menyeretnya dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain dengan prompt konteks yang sensitif. Ciri Magic Capsule pula membolehkan akses mudah kepada ciri-ciri telefon yang lazim digunakan seperti Pemasa, Penggera dan Rakaman Layar Screencasting dengan prompt konteks yang sensitif.





Bagi keadaan di mana pengguna tidak dapat menyentuh paparan telefon contohnya semasa makan, ciri AI Air Gestures membolehkan mereka melayari dan menikmati kandungan dengan hanya melambai tangan mereka di hadapan skrin telefon. Magic AI juga mempunyai Folder Pintar yang membantu menyusun skrin utama pengguna secara pintar bagi membolehkan akses kepada aplikasi yang lazim digunakan. Untuk keselamatan tambahan, ciri Blur Private Info melindungi maklumat sensitif seperti alamat dan kata laluan secara pintar semasa mereka berkongsikan imej pada aplikasi sosial atau mesej.

Telefon pintar HONOR 200 Pro memiliki dua ciri Magic AI tambahan iaitu AI Natural Tone 2.0 dan AI Motion Sensing Capture. Ciri AI Natural Tone 2.0 menyesuaikan warna paparan untuk tontonan optimum dengan menganalisis cahaya persekitaran melalui sensor terbina. Manakala AI Motion Sensing Capture pula menangkap gambar subjek yang bergerak pantas dengan kejelasan mengagumkan tanpa kekaburan.





Spesifikasi Flagship yang bernilai

Dengan kuasa, prestasi dan nilai yang luar biasa, Siri HONOR 200 menampilkan Bateri Karbon Silikon 5,200mAh berkapasiti besar dengan sokongan pengecas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge, membolehkan pengecasan penuh dalam tempoh hanya 41 minit. Versi Pro pula menawarkan ciri tambahan pengecas wayarles 66W Wireless HONOR SuperCharge dengan pengecas wayarles yang sesuai.

Di samping itu, HONOR 200 Pro memiliki paparan lengkung AMOLED Quad-curved Floating Display 6.78 inci dengan bezel nipis, manakala versi standard pula memiliki paparan lengkung AMOLED Quad-curved Floating Display 6.7 inci. Paparan pada kedua-dua telefon pintar ini menampilkan kecerahan HDR tertinggi sehingga 4,000 nits, menawarkan kejelasan yang sangat bagus dalam semua keadaan cahaya beserta Pemalapan Tanpa Risiko 3,840Hz bagi penglihatan selesa. Dua paparan ini diperakui dengan pensijilan TÃœV Rheinland Flicker Free Display Certification dan TÃœV Rheinland Full Care Display Certification yang berprestij.

Bagi menawarkan prestasi yang efisien dan berkuasa, HONOR 200 Pro disertakan dengan pemproses mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 terkini dan set cip HONOR C1+RF yang dipertingkatkan untuk kesambungan optimum walaupun berada di kawasan dengan rangkaian lemah, selain menambah baik prestasi rangkaian 5G. Versi standard pula dimuatkan pemproses Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 yang menawarkan kombinasi prestasi dan nilai yang optimum. Kedua-dua versi Pro dan standard ini juga dilengkapkan dengan pembesar suara dwi stereo.

Harga dan Warna

HONOR 200 Pro didatangkan dengan konfigurasi penstoran 12GB RAM+512GB serta tersedia dengan warna Ocean Cyan dan Moonlight White, pada harga RM2,699.

Versi standard HONOR 200 tersedia dalam dua konfigurasi penstoran, iaitu 12GB RAM+512GB (RM2,199) dan 12GB RAM+256GB (RM1,899) dengan tiga warna menawan iaitu Coral Pink, Moonlight White dan Black.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, sila layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/