Terkini | New

Syazia Collection Sdn Bhd Hulur Bantuan Kepada 100 Asnaf Bagi Meringankan Beban

Syazia Collection Sdn Bhd Hulur Bantuan Kepada 100 Asnaf Bagi Meringankan Beban


Majlis Penyerahan Bantuan Asnaf Oleh Syazia Collection Sdn Bhd dgn Kerjasama Pertubuhan Memperkasa Wanita Malaysia (Women Power) serta penglibatan artis baru JUJU bertempat di Pejabat Urusan Persatuan Kebajikan Gombak Setia, Batu 6 Gombak Selangor.


Alhamdulillah, Syazia dapat berkongsi rezeki kepada sekitar 100 orang asnaf di sekitar Gombak dan Wangsa Maju. Setiap keluarga akan diberikan tunai RM450 serta barangan dapur seperti beras 5kg, seekor ayam dan 1kg daging.



Dalam rezeki saya, ada rezeki orang lain. Ayat yang sering disebut oleh Usahawanita Muda Dato Suhaila Haji Semaru pengasas Syazia Collection Sdn Bhd. Acara ini bukanlah kali pertama Syazia mengadakan program CSR Corporate Social Responsibility. 





program tanggungjawab sosial korporat ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban golongan asnaf. Selagi Syazia Collection diterima pelbagai pihak. Alhamdulillah rezeki sentiasa tidak putus, Insya-Allah program seperti ini akan kerap dijalankan di seluruh Malaysia, ujar Julianah yang di kenali sebagai Juju.




Syazia Collection Sdn Bhd adalah milik penuh Usahawanita Muda Berjaya yang sangat berhati mulia, Dato Suhaila Haji Semaru anak kelahiran Selangor.



Dengan didikan kedua org tuanya yang menjadikan beliau suka memberi dan terus memberi serta berbakti kpd yang memerlukan. Walaupun baru setahun jagung, tetapi Syazia Collection telah berjaya menembusi Pasaran Antarabangsa di Kota Paris pada awal tahun 2024.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Memperkasa Wanita Malaysia, Datuk Noor Aieni Mohd Ali. Untuk maklumat lanjut anda boleh melawati laman web dan sosial media mereka di :

Instagram dan Tiktok 
@syaziacollection

SYAZIA Collection Sdn Bhd yang beroperasi di No 22-1 Jalan Nova N/U5K, Subang Bestari, Shah Alam.