Terkini | New

Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya Ke-18 & Prapelancaran Petaling Jaya International Folklore Festival 2025

Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya Ke-18 & Prapelancaran Petaling Jaya International Folklore Festival 2025

Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015 telah mengisytiharkan Bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah Kota Seni, selaras dengan komitmen berterusan dan pencapaian Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam usaha mempromosikan Bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa yang berasaskan kepada kepelbagaian dan keharmonian kesenian dan kebudayaan tempatan dan antarabangsa khususnya melalui penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival sejak tahun 2013 lagi.


Penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival ini telah diklasifikasikan sebagai Government to Government Cultural Project dan pada tahun 2018 telah diiktiraf sebagai International Cultural Exchange Program oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).



Seterusnya Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts (CIOFF) Malaysia (Official Partner of UNESCO) telah diberikan kepercayaan mewakili Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran 1st Asia Pacific Youth Folklore Festival 2023 pada 21 hingga 26 September 2023 di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.




Mulai tahun 2023 juga, penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival telah menerima insentif promosi melalui kalendar pelancongan negara oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Secara amnya, penganjuran Petaling Jaya International Folklore Festival ini adalah selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Petaling Jaya Pintar, Mampan Dan Berdayatahan 2030 (PJSSR 2030), Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan warisan.





PJ International Folklore Festival 2025 adalah signifikan kepada fasa baru penganjuran yang akan diadakan setiap dua tahun sekali (dwi tahunan). Penganjuran yang menekankan konsep penglibatan Kontinjen di peringkat antarabangsa termasuk Sister City.







Program Sister City juga dikenali sebagai Bandar Persahabatan yang menzahirkan kerjasama MBPJ dengan 7 bandar seperti Kota Bandung (Indonesia), Miyoshi, Saitama (Jepun), Asan dan Seongbuk-Gu (Korea Selatan), Qing Yuan (China), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.




Pengisian 2025 masih mengekalkan inisiatif memartabatkan lima tonggak seni budaya iaitu persembahan kebudayaan, makanan, permainan rakyat, busana dan seni silat. Sasaran penyertaan Kontinjen untuk penganjuran 2025 adalah sebanyak 25 kontinjen.

Kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling pertandingan perarakan merupakan salah satu pengisian acara kemuncak  Sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya Ke-18. Dalam  perarakan itu, sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu kategori  Majlis Perwakilan Peduduk dan kategori terbuka yang melibatkan penglibatan  agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta  (IPTS). 




Hampir 400 orang peserta akan menyertai perarakan dengan jumlah  keseluruhan 13 penyertaan untuk merebut tempat pertama yang menawarkan  hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta sijil dan plak. Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi, Victoria Ng, Santesh,  Black Mentor, Aisha Retno dan pertunjukan bunga api. 

Untuk maklumat lanjut sila layari Laman web: www.mbpj.gov.my, facebook: Majlis Bandaraya Petaling Jaya, twitter: pjcitycouncil