Terkini | New

Papuh Muslim Travel Fair 2024 Himpunkan 50 Agensi - Agensi Perlancongan Berlesen.

Papuh Muslim Travel Fair 2024 Himpunkan 50 Agensi - Agensi Perlancongan Berlesen.

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair 2024 dari 26 hingga 28 July 2024 bertempat di Hotel Grand Barakah Ampang.


PAPUH sebelum ini telah menerima banyak rungutan daripada ahli memandangkan ramai Jemaah yang tertipu dengan pakej-pakej murah yang banyak diiklankan di laman media sosial. Mereka tertipu disebabkan terpengaruh dengan pakej yang ditawarkan dengan harga murah dan akhirnya tidak dapat terbang. Setelah diselidik baru mereka tersedar yang mereka membeli pakej daripada agensi yang tidak berlesen.


Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia, Faridah Hamid (tengah duduk) bersama sebahagian ahli-ahli PAPUH yang akan menyertai PAPUH Muslim Travel Fair 2024 pada 26 - 28 Julai ini di Grand Barakah Hotel, Ampang.

Atas permintaan ahli PAPUH sendiri, PAPUH bersetuju untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair yang hanya membenarkan agensi-agensi yang mempunyai lesen penuh (seperti Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah) untuk mengambil bahagian. Sebanyak 50 syarikat akan mengambil bahagian dalam acara pada kali ini dan yang pertama dianjurkan oleh PAPUH selepas COVID-19.



PAPUH telah bekerjasama dengan Syarikat penerbangan SAUDIA yang akan memberikan potongan harga istimewa kepada semua ahli kami yang menyertai acara kali ini. Potongan harga ini sangat Istimewa kerana ianya hanya diberikan untuk tempahan pada 3 hari Papuh Travel Fair berlansung dan ini adalah pertama kali Syarikat penerbangan Saudia melakukannya.



Selain itu, Maybank dan Bank Rakyat juga akan turut menyertai acara PAPUH Muslim Travel Fair ini dengan menawarkan pelbagai pakej pembiayaan untuk mengerjakan umrah dan pelancongan muslim. Pakej pembiayaan Pergi Dahulu Bayar Kemudian juga akan turut diperkenalkan semasa acara ini berlangsung.


Semua rakyat Malaysia yang ingin menunaikan Umrah dan melancong dijemput hadir ke PAPUH Muslim Travel Fair 2024 ini untuk mendapatkan pakej-pakej umrah, pelancongan mesra muslim ke serata dunia, pas-pas masuk ke taman tema, tiket penerbangan serta tidak ketinggalah pakej-pakej percutian dalam negara dengan harga yang sangat menakjubkan.

PAPUH juga akan menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini diadakan dengan hadiah utama adalah pakej mengerjakan umrah PERCUMA.


Anda boleh hadir untuk mendapatkan pelbagai pakej percutian muslim dengan harga Istimewa yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan berlesen.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web https://papuh.my/  dan laman sosial Facebook Papuh.