Terkini | New

Promosi Sebanyak 60% Sempena Hari Kemerdekaan Di Menara Kuala Lumpur

Promosi Sebanyak 60% Sempena Hari Kemerdekaan Di Menara Kuala Lumpur.


Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan tema ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’ pada tahun ini, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan Kempen Merdeka Madness bermula dari 1 Ogos hingga 16 September 2024.


Kempen Merdeka Madness pada tahun ini akan diadakan selama 47 hari dengan merangkumi promosi dan pelbagai acara serta aktiviti-aktiviti yang dapat menarik kedatangan pengunjung ke Menara Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Colours of Malaysia Tower Lighting, sayembara puisi kemerdekaan, pertandingan fotografi kemerdekaan, jualan trak makanan dan minuman, persembahan muzik dan kebudayaan, festival durian, dan banyak lagi.



“Inisiatif promosi Merdeka Madness ini diadakan untuk kali yang kedua adalah kerana melihat sambutan yang sangat mengalakkan daripada pengunjung pada promosi ini tahun lepas. Ianya juga merupakan tanda penghargaan kami kepada rakyat Malaysia, di mana.para pengunjung tempatan dapat menikmati diskaun sebanyak 60% bagi tiket masuk ke semua tarikan di Menara Kuala Lumpur”, kata Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.




Diskaun harga tiket bagi lawatan ke Sky Deck adalah RM28.00 (dewasa) dan RM15.00 (kanak- kanak), manakala tiket bagi lawatan ke Observation Deck adalah RM12.00 (dewasa) dan RM8.00 (kanak-kanak). Kami juga turut menawarkan harga terendah bagi kemasukan ke Tower Walk 100, iaitu RM8.00 (dewasa) dan RM6.00 (kanak-kanak).


Harga yang ditawarkan oleh Menara Kuala Lumpur sempena Merdeka Madness ini amat berbaloi untuk para pengunjung nikmati dan ianya juga adalah hadiah istimewa kepada para pengunjung yang sentiasa menyokong Menara Kuala Lumpur sejak tahun 1996 sehingga kini.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila hubungi talian khidmat pelangan Menara Kuala Lumpur di 03-2020 5421 atau layari media sosial rasmi Menara Kuala Lumpur Facebook, Instagram, TikTok dan laman sesawang www.kltower.com.my.