Terkini | New

Yayasan MBI Selangor Terus Membantu Usahawan Dalam Program Pembangunan Ke Arah Digitalisasi

Yayasan MBI Selangor Terus Membantu Usahawan Dalam Program Pembangunan Ke Arah Digitalisasi.


Yayasan MBI Selangor yang berperanan sebagai sebuah badan korporat untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri Selangor serta mewakili kerajaan negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa pihak kerajaan negeri.

Ketua Yayasan MBI Selangor, Encik Azri berkata MBI Selangor yang berperanan mempromosi dan mendokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri Selangor samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat.


"Platform Selangor (PLATS) pula adalah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membantu peniaga mikro seperti penjaja, peruncit kecil bagi mendigitalkan perniagaan mereka dan mengatasi cabaran ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19", katanya.



"Meskipun pinjaman yang kita berikan tidak begitu besar, iaitu hanya RM3000. Kita percaya dengan modal permulaan itu, meraka mampu membuat inovasi terhadap diri sendiri sekaligus menganjak jati diri untuk terus berusaha dan berdaya saing agar terus maju. Beberapa Inisiatif diteruskan dengan mewujudkan direktori digital dengan pembentuk Rakan Digital Selangor bagi membantu peniaga mikro dalam aktiviti promosi melalui saluran media digital dan sosial pada tahun 2021", ujarnya ketika di temui media dalam majlis Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 yang telah berlangsung di Sunway Hotel & Resorts di Subang Jaya pada 12 Julai lalu.

Sehingga kini, lebih 20,000 peniaga mikro di seluruh Selangor telah mendapat manfaat daripada PLATS dan lebih 1,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan untuk kumpula B40 melalui inisiatif PLATS Rakan Digital Selangor (RDS).

"MAPS 2024 yang di anjurkan adalah untuk meraikan 12 peserta telah dipilih untuk menjadi peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS Digital) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)",


"MAPS 2024 bukan sahaja menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian peserta PLATS tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada mereka untuk terus maju dan berjaya dalam bidang keusahawanan terutamanya usahawan mikro Selangor pada masa hadapan", jelasnya.

Untuk rekod Seramai 37,018 orang peniaga telah berdaftar dengan PLATS setakat 31 Jun 2024. Ini merupakan satu pencapaian ya memberangsangkan hasil daripada program dan kempen yang dianjurkan oleh PLATS dengan kerjasama 12 PPT di Selangor dan Selangor Youth Community (SAY) seperti PLATS Masuk Pasar (PMP), PLATS Masuk Bazar pada bulan Ramadan dan Program U- PLATS Digital.

MBI Selangor yakin inisiatif PLATS ini merupakan usaha progresif dan pemangkin kepada ekonomi digital di Selangor sekali gus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.