Terkini | New

BECALM COOKIES LANCAR KEMPEN KESIHATAN MENTAL – YOU CAN BE OKAY

BECALM COOKIES LANCAR KEMPEN KESIHATAN MENTAL – YOU CAN BE OKAY


Sempena dengan majlis pelancaran produk biskut BeCalm Cookies, syarikat pengeluar biskut istimewa BeCalm Malaysia turut melancarkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm –You Can Be Okay.

Pengarah Urusan BeCalm Malaysia Pn Maisarah Datuk Abdullah Sani berasa terpanggil untuk melancarkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay selepas menyedari satu “petikan “ yang agak viral iaitu “Its Okay Not To Be Okay” yang berkaitan dengan kesihatan mental tular dikalangan golongan muda.



Dalam usaha merancakkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm YOU CAN BE OKAY supaya mesej ini tersebar secara meluas kepada masyarakat, beberapa rakan celebriti dan pempengaruh diajak untuk bersama sama menyampaikan mesej kempen ini seperti Mark Adam, Irma Hasmie, Sissy Iman, Syed Ali, Heliza Helmi , ,Ajaq Shiro, Suraya Borhan. Pempengaruh dan juga pembuat kandungan berkaitan kesihatan dan kecergasan Zaza Zainee turut dilantik menjadi duta pertama BeCalm Cookies.



Menurut Maisarah, atas rasa prihatin dan memandang serius masalah kesihatan mental yang semakin meningkat di kalangan masyarkat beliau melancarkan kempen You Can Be Okay kerana mahu masyarakat tahu dan sedar untuk bangun dan lawan mencari solusi untuk keluar dari episode duka.

“ Jangan hidup terlalu lama dalam kesedihan dan kemurungan serta sentiasa dibelenggu fikiran yang negatif, ambil masa untuk bersedih dan duka itu okay, tetapi bukan untuk selamanya,” kata Maisarah.



“Saya ingin masyarakat tahu, bahawa ada solusi untuk kita menjadi OKAY dan pentingnya untuk kita jadi Okay”, tambah beliau lagi ketika berkongsi kisah serta pengalaman beliau semasa majlis pelancaran Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay di Menara Star, Petaling Jaya.

“Saya berpengalaman untuk kekal dalam dunia (alam ) yang tidak okay untuk masa yang lama, sehingga menimbulkan banyak masalah kesihatan dan masalah kesihatan mental serta terlalu banyak unsur negative yang timbul dalam kehidupan saya, saya ingin bagitahu bahawa , ada solusi untuk kita jadi OKAY, dan amatlah penting untuk kita jadi OKAY dalam menjalani kehidupan sebagai insan di dunia ini”.



Tambah beliau, kerisauan timbul dan bimbang jika individu yang berada dalam masalah kesihatan mental seperti “anxiety”, kemurungan , gangguan stres, trauma dan lain lain menyalah tafsir petikan “ Its Okay Not to Be Okay” dan mahu kekal selamanya dalam kondisi itu, ia akan membawa kemudaratan kepada individu itu sendiri dan juga ahli keluarga atau masyarakat sekeliling.

Berkongsi pengalaman sendiri bagaimana permulaan beliau berada dalam belenggu kemurungan apabila disahkan mempunyai tumor dalam bahagian otak pada tahun 2007 semasa beliau bekerja di London. Beliau mengalami simpton kemurungan seperti susah tidur, berat badan naik mendadak, seperti hilang ingatan ,”disorientation” dan kadang kadang turut mengalami masalah penglihatan (kabur/ tidak nampak), malah beliau turut difitnah oleh rakan rakan akibat masalah kemurungan yang membelenggu beliau hampir 10 tahun.

Tahun 2016 beliau mula tersedar tidak selamanya mahu hidup dalam kemurungan, beliau mencari solusi dengan mengamalkan ashwaganda dan mula menampakkan perubahan dalam diri, bertitik tolak dari situ tercetusnya idea untuk mencari formula untuk mengeluarkan produk makanan yang mempunyai kandungan ashwaganda sebagai “snek harian”.



Dari situ terhasilnya hari ini produk biskut atas jenama BeCalm yang dikategorikan sebagai “functional food” yang mengketengahkan konsep ‘Guilt Free Snacking konsep, di mana selain rasa biskut yang yang sedap, ia memberi pelbagai kebaikan dan manfaat dalam kehidupan seharian yang lebih baik dengan adanya ashwaganda KSM66.

Sempena pelancaran BeCalm Cookies, BeCalm Malaysia memperkenalkan 3 perasa biskut yang sangat istimewa iaitu Chocolate Chip Sea Salt ( CHILLAX),


SPECULOOS White Chocolate (MIND FLEX) dan UJI MATCHA White Chocolate (VIBE ON). Ketiga tiga perasa ini mempunyai rasa yang sangat sedap, lazat dan turut mempunyai fungsi yang berbeza dengan “packaging” yang begitu menarik.


BeCalm Cookies juga turut mengeluarkan “kotak edisi terhad” sempena dengan program Live TikTok Sembang Mak Mak Suria FM , setiap pembelian di Tiktok BeCalm hanya berharga RM50 dengan enam keping biskut (2 keping setiap perisa) bermula 31 Julai hingga 9 Ogos 2024 sahaja.

50 pembeli pertama dengan pembelian dua kotak bakal menerima edisi khas mug minuman dan pelekat You Can Be Okay.

Turut hadir semasa majlis pelancaran adalah Pengerusi BeCalm Malaysia Datuk Abdullah Sani Karim, Pengurus Besar Kanan Suria Radio 988FM Woo Bee Ay, Anita Abu Bakar Presiden MIASA (Mental Illness Awareness and Support Association), dan Dr Redza Abdul Rahman, Saintis Makanan, dan Ketua Pengarah Eksekutif 3Bumi Trading Sdn Bhd Silahudin Jamaluddin.

Dalam majlis yang sama BeCalm Malaysia turut mengumumkan kerjasama rakan strategik perniagaan bersama Syarikat 3Bumi Trading Sdn.Bhd.

BeCalm Cookies sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk rakan rakan sekerja atau rakan sekolej, bos di pejabat, ibu bapa dan ahli keluarga selain sebagai snek harian yang menyegarkan minda.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk BeCalm boleh membeli di Tik Tok Shop BeCalm, Shopee BeCalm atau wasap di istagram @becalm.my.