Terkini | New

HONOR Magic V3, Telefon Pintar Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Bakal Diperkenalkan di Pentas IFA 2024

HONOR Magic V3, Telefon Pintar Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Bakal Diperkenalkan di Pentas IFA 2024


HONOR akan menjadi tumpuan dunia dengan pengenalan telefon pintar boleh lipat yang paling ringan dan nipis terbaharu, HONOR Magic V3 pada IFA 2024 di Berlin, Jerman pada 5 September 2024.


HONOR Magic V3 memecah rekod sendiri

Sebagai model yang menyusuli HONOR Magic V2, HONOR Magic V3 kini lebih nipis, mencatatkan rekod baharu dengan kecanggihan penanda aras industri yang baharu. Peranti boleh lipat yang canggih ini didatangkan dengan ukuran lipat menakjubkan setebal 9.2mm dan hanya 4.35mm apabila lipatan dibuka.

Sebagai pelengkap kepada rekaan yang canggih ini, HONOR Magic V3 juga ultra ringan dengan hanya seberat 226g, mengatasi beberapa telefon flagship bar dalam pasaran. Kombinasi rekaan ultra nipis dan ringan memberikan pegangan yang lebih selesa, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan pengguna.

Saksikan penstriman langsung pelancaran global HONOR Magic V3 di IFA 2024 pada 5 September 2024

Jadilah antara yang terawal untuk menyaksikan pelancaran global HONOR Magic V3 di IFA 2024 pada 5 September 2024, jam 8 malam waktu tempatan. Pelancaran ini akan distrimkan secara langsung di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, ikuti laman rasmi Facebook dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/