Langkawi Travel Fair Tawar Pakej Pecutian Termurah Pada 16-18 Ogos 2024
Langkawi Travel Fair Tawar Pakej Pecutian Termurah Pada 16-18 Ogos 2024
Bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan negara, Langkawi Travel Fair akan diadakan pada 16-18 Ogos 2024 di Datum Jelatek Shopping Centre Kuala Lumpur.
Tujuan Langkawi Travel Fair ini diadakan buat julung kalinya yang menghimpunkan 32 booth bersama seluruh pemain industri pelancongan Langkawi yang terdiri daripada pemilik produk ataupun product owner, travel agent, hotel 3 bintang ke bawah dengan menggunakan hashtag #LangkawiMurah #CuticutiMalaysia #Naturally Langkawi dan #ExploreLangkawi.
Objektif yang kedua ialah untuk membuang persepi yang mengatakan Langkawi mahal dari segala sudut. Dengan adanya Travel Fair ini, maka pelancong-pelancong di sekitar Lembah Klang, khasnya Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pasaran domestik Langkawi 70% datangnya daripada Lembah Klang. Datum Jelatek Shopping mall adalah tempat yang paling sesuai untuk diadakan Travel Fair ini disebabkan akses kepada LRT dengan jarak yang dekat dan tower-tower residen yang berdekatan.
Target jualan pakej selama 3 hari ialah sebanyak RM11 Juta. Langkawi Travel Fair ini juga disokong oleh Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Langkawi Travel Fair dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dengan kerjasama DatumCorp International akan mempromosikan Langkawi secara berterusan bersama agensi- agensi kerajaan di Langkawi untuk mencapai sasaran 3 juta pelancong sehingga 31 Disember 2024.
Kenapa kita memilih hashtag #LangkawiMurah adalah kerana buat pertama kalinya kita membawa pemilik-pemilik hotel 3 bintang ke bawah serta pemilik-pemilik travel agent yang boleh membuat keputusan pada 3 hari Travel Fair itu dijalankan. Keistimewaan Langkawi Travel Fair ialah para pengunjung boleh mendapat potongan bermula 10% sehingga 40% hanya pada hari Travel Fair itu berlangsung sahaja. Pakej-pakej ini juga sah sehingga tahun Februari 2025 iaitu tahun Visit Kedah.
Untuk makluman kita berhasrat untuk menjadikan Travel Fair ini sebagai acara tahunan dan ia akan menjelajah di seluruh bandar-bandar utama di Malaysia ataupun bandar-bandar kedua di seluruh Malaysia.
Objektif seterusnya adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai Pulau Peranginan nombor satu di Malaysia serta salah satu pulau tercantik di dunia. Sasaran yang kita sasarkan kepada pengunjung selama 3 hari ialah sebanyak 15000.