Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip 6 Telefon Pintar Boleh Lipat Kuasa AI Baharu dan Serbaguna
Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip 6 Telefon Pintar Boleh Lipat Kuasa AI Baharu dan Serbaguna
Security : Samsung Knox with Samsung Knox Vault
Kali ini akan kami kongsikan kepada anda telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip 6 yang menjadi pilihan pengguna apabila hampir kesemua atlit sukan Olimpik Paris 2024 menerima Edisi Olimpik Samsung Galaxy Z Flip6 boleh lipat bergambar bersama-sama pemenang di podium bersama pingat mereka.
Rakan Olimpik dan Paralimpik bersama Galaxy Z Flip 6 Edisi Olimpik meneruskan legasi Samsung selama tiga dekad dalam menyediakan teknologi perhubungan dan inovasi mudah alihnya untuk menyokong sukan Olimpik Paris 2024.
Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan siri Galaxy Z Fold 6, Galaxy Z Flip 6, Galaxy Watch Ultra, Galaxy Watch7, Galaxy Buds3 yang baru diumumkan di Galaxy Unpacked pada 10 Julai lalu. Kali ini kita akan melihat dan membuka kotak Samsung Galaxy Z Flip 6, untuk tatapan semua.
Samsung Galaxy Z Flip 6 kali ini menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.7-inch FHD+, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz , Infinity Flex Display (2640 x 1080, 22:9) untuk paparan lebih luas Manakala paparan hadapan 3.4-inch Super AMOLED 60Hz Display *720 x 748. Bersama bateri 4000 mAh dan dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 3.
Tampil yang paling tipis dan paling ringan serta paparan telah dinaik taraf kepada lapisan yang dipertingkatkan pada skrin utama yang menawarkan ketahanan, tetapi juga meningkatkan lipatan.
Samsung Galaxy Z Flip 6 mempunyai kamera swafoto 10MP F2.2. Di bahagian hadapan, anda boleh menemui kamera utama 50MP F2.2, kamera 12MP (ultra-lebar) Dual Pixel AF, OIS, F1.8 untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti.
Hadir dengan kamera utama 50MP mampu mendapatkan hasil yang mantap walaupun ketika dimalam hari. Kami sempat untuk mengambil gambar suasana malam Kuala Lumpur dari Hotel Tamu di Kampung Baru. Hasil kamera Ultra lebar hinggakan zoom mampu untuk mendapat gambar dengan jelas.
Bermain dengan ratio 22:19 dapat menghasilkan gambar yang lebih luas dalam satu shoot sahaja. Antara timelapse Kuala Lumpu yang sempat di ambil untuk tatapan semua.
Galaxy Z Flip 6 di naik taraf pemprosesan gambar melalui enjin provisual untuk gambar yang menarik dan potret yang lebih padu. Manakala tersedia kemera FlexCam dengan zoom auto yang boleh mengfokuskan kepada subjek termasuklah flexWindow untuk pengalaman selfie bebas tangan.
Galaxy Z Flip6 baharu telah membuka sempadan seterusnya bagi Galaxy AI, memanfaatkan komunikasi, produktiviti dan kreativiti. Kini dengan Chat Assist komunikasi bertambah mudah walaupun dengan bahasa asing yang lain.
Samsung Galaxy Z Flip 6 di pertingkatlan dengan kapasiti bateri dari 3700mAh hingga 4000mAh, menjadikan ia berkuasa lebih lama, 12GB RAM berbanding dengan 8GB Galaxy Z Flip5, memastikan prestasi aplikasi yang lancar dan peningkatan ketahanan menawarkan rintangan air IP48 berbanding IPX5 sebelum ini.
SPESIFIKASI PERANTI
Samsung Galaxy Z Flip 6.
Model: Samsung Galaxy Z Flip 6.
Paparan: 6.7-inch FHD+*Dynamic AMOLED 2X, 120Hz Adaptive refresh rate (1~120Hz), Infinity Flex Display (2640 x 1080, 22:9)
Paparan Depan : 3.4-inch Super AMOLED 60Hz Display*720 x 748 306 PPI
Cip: Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform for Galaxy
RAM: 12GB
Memori Dalaman : 256 GB & 512GB
Kamera Utama: kamera utama 50MP F2.2, kamera 12MP (ultra-lebar) Dual Pixel AF, OIS, F1.8 dan 12MP Wide-angle CameraDual Pixel AF, OIS, F1.8
Kamera Depan: 10 MP
Bateri: 4000 mAh (typical) dual battery
Water Resistance : IP48Security : Samsung Knox with Samsung Knox Vault
Sensors : Capacitive Fingerprint sensor (side), Accelerometer, Barometer, Gyro sensor, Geomagnetic sensor, Hall sensor, Proximity sensor, Light sensor.
Harga : 256 GB 12GB RM 4999 | 512 GB 12GB RM 5599
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy Z Flip6 anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial samsung https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip6/buy