Terkini | New

Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) kembali buat kali ketiga, perkenal Galeri Sambal Warisan Sempena Festival Permainan Malaysia (FPM) 2024

Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) kembali buat kali ketiga, perkenal Galeri Sambal Warisan Sempena Festival Permainan Malaysia (FPM) 2024


Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) 03 kembali lagi dan bakal menemui pencinta makanan itu pada 13 September hingga 16 September 2024 di Dataran Merdeka sempena Festival Permainan Malaysia 2024.

TOSFE dianjurkan oleh Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dibuka sepanjang tiga hari festival berlangsung.




Lebih menarik, buat julung kalinya TOSFE akan memperkenalkan Galeri Sambal Warisan yang akan mempamerkan sambal yang telah diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai makanan warisan.

Galeri Sambal yang dinamakan sebagai Warong Pak Aji itu ditaja oleh jenama pengeluar penambah perasa, Ajinomoto. Di warong Pak Aji akan turut mempamerkan sembilan jenis sambal yang diiktiraf JWN mengikut tahun dan negeri masing-masing.



Selain itu, Ajinomoto turut menyumbang produk kepada OKU dan asnaf untuk dijual pada hari tersebut dengan hasil jualan sepenuhnya kepada OKU dan asnaf.

Pengerusi PSWAD, Azmi Jaffry berkata, Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan kepelbagaian makanan dan antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah sambal.



“TOSFE merupakan salah satu platform mempromosi sambal sebagai salah satu produk
pelancongan makanan. Pada pesta yang lepas, kami berjaya mengumpul usahawan-usahawan
sambal bagi mempamerkan lebih 100 jenis sambal selain jualan produk berasas serta berkaitan sambal.

“Namun, kali ini, kami membawa kelainan dengan memberi ruang kepada pengunjung untuk melawat Galeri Sambal, Warong Aji yang akan menampilkan replika sambal yang diperbuat daripada silikon,” katanya pada Majlis Pra-Pelancaran TOSFE 03 di Le Quadri Hotel, Kuala Lumpur.




Menurut Azmi, tahun ini, Malaysia telah meletakkan Nasi Lemak, Teh Tarik dan Roti Canai sebagai pencalonan bagi pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.

Sehubungan itu katanya, TOSFE akan mempamerkan ketiga-tiga makanan ini dalam satu sudut Sarapan Malaysia di dalam galeri tersebut sebagai tanda menyokong usaha MOTAC memastikan hidangan tradisional rakyat ini diiktiraf sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.



Di setiap pameran produk tersebut terdapat info lengkap berkaitan produk yang didapati daripada Jabatan Warisan Negara. Tambah Azmi, antara tarikan utama galeri tersebut iaitu di gerai teh tarik di mana pengunjung boleh bergambar dengan aksi seperti membuat teh tarik yang diperbuat daripada silikon.

Pada kali ini juga TOSFE memberi ruang kepada para artis yang mempunyai produk sambal seperti Datuk Khatijah Ibrahim dan Ezlin yang akan turut serta bagi menjual produk sambal mereka di khemah artis.




Sementara itu, golongan asnaf dan OKU tidak dilupakan apabila mereka diberi peluang menjual produk sambal sendiri atau menjadi agen produk sambal keluaran artis seperti Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Nadia Mustafa tanpa sebarang bayaran dan diberikan komisen hasil jualan tersebut.

Ia sekaligus memberi peluang untuk golongan ini menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi mereka. TOSFE turut bekerjasama dengan NGO dan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk menyantuni golongan asnaf dan OKU dengan memberi sumbangan barangan keperluan dan wang tunai.



Tambah Azmi, antara tarikan utama aktiviti adalah pertandingan teh tarik, nasi lemak terbaik, pertandingan makan sambal serta Inovasi Sambal.

TOSFE turut mendapat sokongan beberapa NGO antaranya Persatuan Anak Melayu Johor, Karwayan, BUMTRA, PERTIMA serta agensi pelancongan untuk membawa pelancong ke acara tersebut.


PSWAD turut berharap inisiatif Galeri Sambal ini tidak hanya terhenti di TOSFE sebaliknya, persatuan ini dapat meneruskan jelajah ke seluruh Malaysia untuk mempamerkan sambal yang.telah diiiktraf oleh JWN sebagai Makanan Warisan Negara.


Antara pertandingan yang akan diadakan di pekarangan PESTA CITARASA SAMBAL DARI 13 SEPTEMBER HINGGA 16 SEPTEMBER 2024:




Jom sama-sama kita memeriahkan PESTA CITARASA SAMBAL DARI 13 SEPTEMBER HINGGA 16 SEPTEMBER 2024 akan datang.

Mereka yang ingin menyertai pertandingan sila hubungi talian 013 4283578 untuk maklumat lanjut.