Terkini | New

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-67 USANITA FEST KITA MERDEKA MADANI, JIWA MERDEKA

USANITA SDN BHD BAWA KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAK SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-67 USANITA FEST KITA MERDEKA MADANI, JIWA MERDEKA


Usanita Sdn Bhd dengan penuh semangat menganjurkan Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka di Menara Kuala Lumpur, dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.


Acara ini menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau, bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak, untuk menyatukan semua dalam satu program yang penuh warna-warni dan berjiwa merdeka.






Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9, Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, , Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Abdul Hamid Shaikh, Pengarah Urusan, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd bersama CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Encik Nazli bin Saad.





Usanita Fest dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti terkenal seperti Awal Ashaari, Ella, Fiza Sabjahan, Amir Masdi, Uyaina, Zoey Rahman, Marsila Hasan, dan Syairul Islam. Mereka turut sama menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui penampilan dan persembahan yang menghiburkan.



Menariknya, acara ini mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti seperti permainan tradisional congkak, batu seremban, dan ting ting, selain daripada demo seni krafcanting batik yang membangkitkan warisan tradisi kita. Suasana bertambah meriah dengan sentuhan futuristik yang diterapkan melalui elemen neon dan gubahan muzik dari DJ yang.menggetarkan, direka khas untuk menarik minat golongan muda dan pelancong yang ingin merasai keunikan budaya Malaysia.



Satu lagi sorotan istimewa ialah ketika semua tetamu kehormat dan hadirin bersama-sama naik ke pentas untuk mengibarkan Jalur Gemilang, diiringi nyanyian Ella dengan lagu "Standing in The Eyes of The World". Momen ini sungguh mengujakan, menghidupkan semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap tanah air.


Datuk Adzliana, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, dalam ucapannya berkongsi bahawa tema Jiwa Merdeka dipilih untuk menghidupkan semula memori indah zaman kanak-kanak sambil menyatukan semua lapisan masyarakat dalam semangat kemerdekaan. 




Pendekatan.‘throwback to childhood memories’ ini memberikan sentuhan nostalgia yang membawa kita kembali ke zaman kecil, sementara elemen neon melambangkan harapan masa depan yang lebih cerah," kata beliau dengan penuh inspirasi.






Turut diraikan adalah penerima Anugerah Ikon Wanita Usanita yang menerima penghargaan daripada usanita di atas usaha keras dan pencapaian yang membanggakan.



Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil juga menyatakan rasa bangganya terhadap pencapaian Usanita di bawah kepimpinan Datuk Adzliana, berharap beliau akan terus bersemangat memberi sumbangan kepada masyarakat.



Mengenai USANITA Sdn. Bhd.

USANITA Sdn. Bhd. merupakan organisasi terkemuka di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kebajikan dan sosial. Melalui kerjasama dengan rakan kongsi, mentor dan ahli di seluruh negara, USANITA menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk bantuan kebajikan, inisiatif pembinaan komuniti dan pengurusan acara. Komitmen USANITA terhadap pembangunan modal insan membantu meningkatkan prestasi dan nilai-nilai komuniti serta mampu memberikan impak positif epada masyarakat Malaysia.