Terkini | New

smart Malaysia Meluaskan Hab Berasaskan Komuniti Kedua di Johor Bahru

smart Malaysia Meluaskan Hab Berasaskan Komuniti Kedua di Johor Bahru


smart Malaysia mengumumkan pembukaan pusat pengedar kenderaan kedua di Johor Bahru bagi meningkatkan akses kepada kenderaan elektrik (EV) di wilayah selatan yang kini sedang pesat membangun. AG Autoworld (EV) telah dilantik untuk mengendalikan hab baru ini, menandakan langkah penting dalam misi smart untuk memupuk penglibatan komuniti dan mengembangkan pilihan pengangkutan lestari.

Ditubuhkan pada tahun 1999, AG Autoworld (EV) yang kini secara rasmi dikenali sebagai smart Johor Bahru 2, terletak di 17 & 18, Jalan Tebrau, Kampung Wadi Hanna, 80250 Johor Bahru, Johor. Setelah membina reputasi yang kukuh selama beberapa dekad, AG Autoworld baru-baru ini merangkul pelbagai anugerah berprestij di bawah jenama PROTON pada Persidangan Pengedar Proton 2024 & Anugerah Pengiktirafan termasuklah Anugerah Emas, penghormatan tertinggi dalam Jumlah Jualan dan Prestasi B&P.

Pusat pengedar kenderaan ini di bawah Kumpulan Syarikat AG mencerminkan komitmen smart Malaysia dalam memenuhi minat yang semakin meningkat terhadap EV dan meluaskan jangkauan smart dalam komuniti. Berdedikasi pada kecemerlangan dan bersemangat mengenai kepuasan pelanggan, smart Johor Bahru 2 akan menawarkan rangkaian perkhidmatan menyeluruh yang direka khas kepada peminat EV moden pada hari ini.

Direka sebagai hab komuniti yang dinamik, pusat pengedaran ini akan menyediakan pengalaman yang lancar dan menyeluruh. Dari menerokai pelbagai pilihan smart yang menarik sehingga penjagaan selepas jualan yang terbaik, penasihat yang terlatih sedia membimbing dan membantu para pelanggannya. Hab ini juga mempamerkan barangan eksklusif jenama smart iaitu smartIdea. Dengan keluasan 230m², kemudahan ini meliputi ruang untuk tiga unit pameran dan juga ruang penghantaran. Bilik pameran ini dijadualkan untuk dibuka seawal suku keempat tahun ini.

Dengan pembukaan smart Johor Bahru 2, smart Malaysia kini mempunyai sejumlah 13 pengedar yang dilantik dengan 14 outlet, di mana 12 daripadanya telah beroperasi, termasuklah yang baru ini.

Senarai Hab Berasaskan Komuniti smart adalah seperti berikut:

Dealer Primary Name

Dealer Company Name

City

Detailed address

smart Johor Bahru 2

AG Autoworld (EV) Sdn Bhd

Johor Bahru

17,18 Jalan Tebrau, Kampung Wadi Hanna, 80250 Johor Bahru, Johor. 

smart Balakong

Hap Seng Smart Sdn. Bhd.

Balakong

No. 1, Jalan Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor

smart KL

Hap Seng Smart Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur

2F-01, Menara Hap Seng 3, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

smart Damansara

Smart Mobility Sdn. Bhd.

Damansara

Ground Floor, Menara TSR, No. 23, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

smart Ipoh

GB Auto Sdn. Bhd.

Ipoh

No. 77, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan Kuala Kangsar), 30100 Ipoh, Perak

smart Penang

Eleganz Lifestyle Sdn. Bhd.

Georgetown

No. 169, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang

smart Alor Setar

Lee Motors (EV) Sdn. Bhd.

Alor Setar

12-C, Jalan Istana Kuning, 05000 Alor Setar, Kedah

smart Melaka

Sigma Energy EV Sdn. Bhd.

Bachang

Lot 5173, Jalan Tun Fatimah, Mukim Bachang, 75250, Melaka

smart Glenmarie

EON Berhad

Glenmarie

EON Berhad HQ, Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor

smart Johor Bahru

Motor Future Sdn. Bhd.

Skudai

No. 125, Batu 4 ½, Jalan Skudai Kiri, Kampung Skudai Kiri, 81200 Skudai, Johor

smart Setia Alam

Wheelcorp EV Sdn. Bhd.

Setia Alam

No. 1, Jalan Setia Murni U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

 

Roadshow AG Autoworld di Aeon Tebrau City Mall

Menjelang pembukaan bilik pameran, AG Autoworld (EV) menjemput anda ke roadshow BRABUS Fever dari 13 hingga 18 Ogos 2024 di Aeon Tebrau City Mall. Terokai inovasi automotif terkini dan alami teknologi terbaru smart #3 yang menakjubkan. Manfaatkan tawaran eksklusif BRABUS Fever dan promosi istimewa, dengan diskaun sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS.


Mengenai smart Malaysia

Sebagai rakan perniagaan strategik wilayah bagi jenama smart, satu jenama teknologi dan automobil premium berkuasa elektrik sepenuhnya, smart Malaysia komited untuk memberi pengalaman luar biasa dan mengutamakan kepentingan pelanggan, di samping membawa kecemerlangan automotif premium dalam pasaran Malaysia dan tampil sebagai peneraju penyelesaian tenaga ekosistem baharu di Malaysia. Syarikat ini percaya bahawa kecemerlangan automotif bukan sahaja dicapai melalui penghasilan kenderaan terbaik, tetapi dengan menawarkan pengalaman runcit yang lancar dan komprehensif untuk pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web https://my.smart.com/#