Terkini | New

Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) Akan Berlansung Pada 25 hingga 27 Oktober 2024

Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) Akan Berlansung Pada 25 hingga 27 Oktober 2024


Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH dari 25 hingga 27 Oktober 2024 bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang.


PAPUH sebelum ini telah menerima banyak rungutan daripada ahli memandangkan ramai Jemaah yang tertipu dengan pakej-pakej murah yang banyak diiklankan di laman media sosial.

Dari kiri : Muhammad Fadli Shah Akar Digital, Ustaz Mursyid Abu Hasan Pengerusi Pengelola, Tn Hj Azman Ahmad Head of Sales Saudia Malaysia, dan Tn Hj Md Roslan Mohd Jaafar ED As Safa Group

Mereka tertipu disebabkan terpengaruh dengan pakej yang ditawarkan dengan harga murah danakhirnya tidak dapat terbang. Setelah diselidik baru mereka tersedar yang mereka membeli pakej daripada agensi yang tidak berlesen.


Atas permintaan ahli PAPUH sendiri, PAPUH bersetuju untuk menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH yang hanya membenarkan agensi-agensi yang mempunyai lesen penuh (seperti Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah) untuk mengambil bahagian. Sebanyak 60 syarikat akan mengambil bahagian dalam acara pada kali ini.



PAPUH telah bekerjasama dengan syarikat penerbangan Saudia (Saudia Airlines) bagi menjayakan lagi acara ini. Selain itu, PAPUH turut bekerjasama dengan syarikat Akar Digital, sebuah agensi pemasaran digital yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan aktiviti pemasaran bagi Umrah & Muslim Travel Fair By PAPUH.


Jadi, kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang ingin melancong untuk datang ke Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH ini untuk mendapatkan pakej-pakej umrah, pelancongan mesra muslim ke serata dunia, pas-pas masuk ke taman tema, tiket penerbangan serta tidak ketinggalan pakej-pakej percutian dalam negara dengan harga yang sangat menakjubkan.


Selepas 10 Tahun bernaung di bawah jenama Mursyid Alharmain, Tuan Haji Muhammad Mursyid sekali lagi berjaya menempah tempat untuk beliau kerana telah berjaya dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH).

PAPUH juga menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini. Hadiah utamanya adalah baucar umrah atau pelancongan bernilai RM2000, 25 baucar umrah atau pelancongan bernilai RM500 dan 20 set Ihram.

Berikut adalah antara agensi dan syarikat yang akan terlibat sebagai pempamer dalam Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH:

1. BARAKAH UMHAJ TRAVEL & TOURS SDN BHD

2. MURSYID ALHARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN BHD

3. KURMA GETAWAYS TRAVEL MANAGEMENT SDN BHD

4. RMS TRAVEL & TOURS SDN BHD

5. ILTIZAM TRAVEL & TOURS SDN BHD

6. HUMAIDI HOLIDAYS SDN BHD

7. SAFWAH TRAVEL & TOURS SDN BHD

8. KHADIM UMMAH HOLIDAYS SDN BHD

9. AS SHURAIM TRAVEL & TOURS SDN BHD

10. MUQMEEN TRAVEL & TOURS SDN BHD

11. ALAM SHAH TRAVEL & TOUIRS SDN BHD

12. YA SALAM TRAVEL & TOURS SDN IBHD

13. MK HARAMAIN TRAVEL & TOUIRS SDN BHD

14. KEMBARA UMRAH SDN BHD

15. THOYYIB TRAVEL & TOURS SDN BHD

16. RAHMAN BROTHERS TRAVEL & TOURS SDN BHD

17. AS SAFA TRAVELS AND TOURS SDN BHD

18. SAYANG EXPRESS CATERING GROUP

19. THEUMRAH MAQBULAH TRAVEL SDN BHD

20. NUH TRAVEL & TOURS SDN BHD

21. PDC TRAVEL SDN BHD

22. QALIFF TRAVEL SDN BHD

23. HAYYA TRAVEL & TOURS SDN BHD

24. MY QURBAN SDN BHD

25. MADKHAL ISLAMIK APP

26. UHB TRAVEL & TOURS SDN BHD

27. RS MEGATRAVEL SDN BHD

28. TOUCH ME TRAVEL & TOURS SDN BHD

29. AL GHUFRAN SDN BHD

30. GO JANNAH TRAVEL AND TOURS SDN BHD

31. SAAG TRAVEL & TOURS SDN BHD

32. HEAL & HEALTH BY KLINIK DR RAZANA

33. JAWAHIR TRAVEL & TOURS SDN BHD

34. KEMBARA MUKMIN TRAVEL & TOURS SDN BHD

35. AS-SHAMS TRAVEL & TOURS SDN BHD

36. RYEN TRAVEL AND TOURS SDN BHD

37. HEJIRA TRAVEL & TOURS HOLDING SDN BHD

38. MADINI TRAVEL & TOURS SDN BHD

Kepada mereka yang mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah atau bercuti pada hujung tahun ini, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda.


Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai pakej percutian muslim dengan harga istimewa yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan berlesen. Untuk maklumat lanjut sila laman sosial Papuh.