Puma Malaysia Melancarkan Kedai Perdana Terbesar Di Asia Tenggara Dengan Yang Dihadiri Barisan Bintang Terkemuka!
Puma Malaysia Melancarkan Kedai Perdana Terbesar Di Asia Tenggara Dengan Yang Dihadiri Barisan Bintang Terkemuka!
Sambutan pelancaran kedai ini dimeriahkan lagi dengan penampilan Duta PUMA Thailand Metawin “Win” Opas-iamkajorn dan Tontawan “Tu” Tantivejakul, bersama Duta PUMA Malaysia Meerqeen dan Priscilla Abby.
PUMA telah secara rasmi melancarkan kedai perdana terbesarnya di Sunway Pyramid. Pelancaran yang penuh gilang-gemilang tersebut merupakan pencapaian yang sungguh bererti bagi PUMA di rantau ini, menarik perhatian selebriti berprofil tinggi, personaliti tempatan, rakan-rakan media, dan para peminat bagi meraikan pembukaan kedai PUMA berkeluasan 12,000 kaki persegi yang terbesar di Asia Tenggara. Ini sekaligus mengukuhkan komitmen jenama ini terhadap fesyen, prestasi sukan, serta komuniti di Malaysia.
Sorotan utama acara tersebut merupakan penampilan memukau Duta PUMA Thailand iaitu Metawin “Win” Opas-iamkajorn dan Tontawan “Tu” Tantivejakul, yang menambahkan lagi aura untuk mengujakan para pengunjung. Duta PUMA Malaysia, Meerqeen dan Priscilla Abby, turut serta berinteraksi bersama peminat jenama sambil membawakan semangat PUMA yang berterusan
Duta PUMA Thailand dan Malaysia membuat penampilan epik untuk meraikan pembukaan kedai flagship PUMA yang terbesar di Asia Tenggara!
Selain kehadiran bintang-bintang terkenal, sambutan pembukaan tersebut yang sama hangatnya seperti jenama itu berterusan dengan persembahan bertenaga tinggi oleh penari ‘breakdance’ dan atlet, sejurus menangkap etos “Forever Faster” PUMA dengan cukup sempurna.
Pembukaan rasmi kedai ini menjemput para pegunjung melangkah ke dalam dunia PUMA, meneroka pilihan koleksi paling ikonik jenama tersebut – daripada kolaborasi Select dan Sportstyle hingga kelengkapan terbaharu untuk latihan, larian, bola sepak, bola keranjang, golf, dan banyak lagi. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan keluaran eksklusif dan koleksi istimewa yang hanya terdapat di kedai perdana tersebut. Selain itu, dengan adanya kemudahan Pengimbas Kaki Kecerdasan Buatan (AI), kawasan personalisasi yang canggih, serta unit paparan interaktif untuk membantu pelanggan memahami inovasi dan teknologi di sebalik produk utama, PUMA menegaskan komitmennya untuk membawakan pengalaman yang tersendiri dan diperibadikan buat pelanggan.
"Pembukaan kedai flagship PUMA yang terbesar di Asia Tenggara di Sunway Pyramid menekankan kepentingan yang semakin meningkat bagi pasaran ini, sewaktu Malaysia berterusan untuk menjadi pasaran utama dalam rancangan keseluruhan PUMA. Kedai perdana kami ini mengukuhkan komitmen kami untuk membawakan yang terbaik daripada jenama kami kepada rakyat Malaysia. Kami yakin bahawa kedai perdana baharu ini bukan sahaja akan mengangkat jenama PUMA di Malaysia, malah menyebarkan impak positif ke seluruh rantau ini," kata Sanjay Roy, Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara & Oseania.
“Kedai ini lebih daripada sekadar ruang jualan. Ia adalah pusat komuniti – tempat di mana sukan, fesyen, dan budaya bersatu. Pembukaan sepenuhnya kedai ini secara rasmi untuk perniagaan amat mengujakan bagi kami untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih imersif kepada pelanggan dan juga ruang yang mana mereka boleh berhubung dengan PUMA serta komuniti mereka – sama ada melalui kelab larian, gim latihan, minat terhadap bola sepak, atau minat-minat yang lain,” tambah Steven Tan, Pengurus Negara PUMA Malaysia.
Singgah ke Kedai Perdana PUMA sepanjang bulan September untuk mengambil gambar di cermin kedai, yang ditandatangani secara peribadi oleh Duta PUMA Thailand, Win dan Tu, serta Duta PUMA Malaysia, Meerqeen dan Priscilla!
#ForeverBersama: Sertai PUMAthon Sambil Beramal
Menggemakan semangat #ForeverBersama PUMA dan Hari Malaysia, pembukaan gilang-gemilang ini juga menyaksikan pelancaran PUMAthon, sebuah trek larian 3D yang menarik terletak di dalam kedai perdana PUMA di Sunway Pyramid. Bagi setiap larian 100M yang dilakukan oleh mana-mana pengunjung, PUMA akan menyumbangkan RM10 kepada Care2Run, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang bermatlamat memperkasakan belia kelainan upaya dan komuniti terpinggir melalui program sukan adaptif.
PUMA akan memulakan kempen ini dengan sumbangan awal sebanyak RM20,000 dan apabila peserta mengambil bahagian dalam inisiatif ini, mereka dapat menyaksikan peningkatan jumlah sumbangan ini; melambangkan kuasa gerakan komuniti yang ketara. Inisiatif ini yang mencerminkan kempen #ForeverBersama menekankan komitmen PUMA untuk memupuk pertumbuhan dan kebersamaan komuniti.
Para peserta juga boleh melihat catatan masa mereka di carta kedudukan secara langsung, di mana pelari-pelari terpantas pada penghujung kempen ini akan memenangi sepasang kasut PUMA Deviate Nitro Elite 3 serba baharu bernilai RM929, bersama barangan larian PUMA yang lain!
“‘Forever Bersama’ bermaksud ‘Selamanya Bersama,’ dan kempen ini benar-benar menzahirkan semangat tersebut,” ujar Steven Tan, Pengurus Negara PUMA Malaysia. “Dengan menyertai aktiviti ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati pengalaman yang aktif dan menyeronokkan di samping menyumbang kepada tujuan amal. Setiap larian menambah sumbangan kolektif kita dan menyerlahkan impak kebersamaan dalam melakukan kebaikan.”
Aktiviti PUMAthon akan berlangsung sepanjang bulan September 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai kedai perdana PUMA dan acara-acara yang sedang berlangsung, ikuti kami di Instagram @PUMA.Malaysia!