Terkini | New

Kembara World Cheese Domino’s Satukan Rakyat Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan

Kembara World Cheese Domino’s Satukan Rakyat Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan

Lebih 12,800 Potongan Pizza Akan Diagihkan di Seluruh Negara Sempena Hari Kebangsaan!


Adakah anda bersedia untuk menikmati pengalaman kulinari hebat dari serata dunia? Penggemar keju kini boleh menikmati pilihan keju terbaik dari rumah dengan pelancaran World Cheese Pizza terbaharu daripada Domino’s Pizza yang menawarkan lapan jenis keju premium dari seantero dunia.


Sempena bulan Merdeka dan diikuti dengan sambutan Hari Malaysia, Domino’s akan memulakan penjelajahan Kembara World Cheese yang akan mengunjungi lapan buah negeri. Jelajah tersebut yang bermula hari ini di Kuala Lumpur akan singgah ke Johor , Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Selangor dari sekarang sehingga Oktober 2024. Lebih 12,800 potongan piza akan diagihkan di sepanjang kembara ini bertujuan untuk menyebarkan keriangan dan kelazatan keju ke seluruh negara.


World Cheese Pizza mengetengahkan kelazatan keju-keju terbaik dunia, dan disajikan dalam bentuk Quattro unik. Setiap suku piza membawakan kombinasi keju yang berbeza, memastikan pengalaman menjamu selera yang penuh dengan rasa nikmat. Dengan pilihan High Melt Cube, Cheddar Merah, Keju Mozarela, Keju Krim, Gouda, Emmental, Edam, dan Parmesan, piza ini menghasilkan ledakan cita rasa yang menambat selera dengan padanan sempurna adunan aneka keju ini.


World Cheese Pizza juga menawarkan kerak keju ultra pertama di dunia, dengan lapisan asas Sos Krim Keju dan Keju Mozarela. Inovasi unik ini, yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Domino’s, menggabungkan dua jenis kerak dalam satu piza. Berintikan Mozzarella String Cheese, separuh daripadanya ditabur dengan High Melt Cube, manakala separuh lagi dilimpahi Keju Cheddar Merah, mencetus perbezaan rasa yang menarik dalam setiap potongan piza.

Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau bagi Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, “World Cheese Pizza kami adalah sajian terhebat untuk menambat selera penggemar piza. Menyedari betapa pelanggan kami menggemari keju, kami telah mendapatkan pilihan keju terbaik dari seluruh dunia untuk mencipta piza yang menawarkan cita rasa unik. Sebagai contoh, High Melt Cube mempunyai tekstur yang cair dan berkrim, manakala Cheddar Merah membawakan perisa yang masam dan tajam. Apabila digabungkan, keju-keju ini menghasilkan ledakan nikmat rasa yang tidak ditemui di mana-mana. Hasrat kami bukan untuk menyediakan piza yang rumit tetapi menyajikan ramuan yang memang digemari pelanggan kami seperti keju dan menambah baik hidangan untuk membawakan sesuatu yang istimewa. Langkah ini sejajar dengan janji Domino’s untuk ‘Memberikan Anda Lebih Lagi’.”

“Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dengan penduduk dari pelbagai budaya dan latar belakang hidup bersama dengan aman damai. World Cheese Pizza, dengan aneka rasa, sesungguhnya melambangkan kepelbagaian Malaysia. Pelancaran ini memang tepat pada masanya kerana kita memasuki bulan kemerdekaanerdeka. Kembara World Cheese bertujuan menyatukan hati peminat piza di seluruh Malaysia sambil memenuhi minat mereka terhadap sajian lazat ini. Dalam kembara tersebut, para penggemar keju boleh mencuba World Cheese Pizza secara percuma. Kami teruja untuk memulakan kembara pertama kami di lapan buah negeri dan tidak sabar untuk menemui peminat piza kami,” sambung Ringo.


Sebagai pencuci mulut untuk melengkapi sajian piza yang lazat ini, Domino’s juga teruja untuk memperkenalkan Blueberry Pizza Fold yang terbaharu. Hidangan lazat ini, yang diperbuat daripada doh piza keemasan, menggunakan krim keju Hokkaido lazat dan inti blueberi manis dan masam, membawakan keseimbangan cita rasa yang sempurna.


World Cheese Pizza baharu dengan Kerak Keju Ultra boleh didapati dalam saiz Regular dan Large. Untuk memberikan nilai terbaik, pelanggan boleh mendapatkan diskaun 40% bagi pembelian World Cheese Pizza setiap hari! Di samping itu, pelanggan boleh memesan Blueberry Pizza Fold sebagai item tambahan atau tambah nilai individu kepada set BoxKu mereka yang sedia ada, bermula daripada harga hanya RM17.90. 

Kedua-dua World Cheese Pizza dan Blueberry Pizza Fold boleh didapati di semua cawangan Domino’s Pizza untuk tempoh terhad mulai 13 Ogos 2024. Kunjungi cawangan Domino’s terdekat anda atau pesan dalam talian di www.dominos.com.my