Terkini | New

Life-Space Menerajui Kesihatan Usus di Malaysia dengan Penyelesaian Probiotik Disokong Sains

Life-Space Menerajui Kesihatan Usus di Malaysia dengan Penyelesaian Probiotik Disokong Sains

Pakar probiotik No. 1 di Australia meluaskan jangkauannya di Malaysia dengan produk yang pernah merangkul Anugerah, Broad Spectrum Probiotic, melalui kerjasama dengan kedai rantaian Guardian dan Watsons terpilih untuk menerajui kesihatan probiotik


Kesedaran rakyat Malaysia terhadap kesihatan dan kesejahteraan semakin meningkat. Oleh kerana itu, tumpuan kini beralih kepada aspek kesejahteraan keseluruhan yang penting tetapi sering diabaikan iaitu kesihatan usus. Kajian telah menunjukkan bahawa kesihatan usus adalah penting kepada sistem imun yang teguh, penghadaman yang berkesan, dan juga kesihatan mental.



Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia terus berdepan cabaran dalam mengekalkan usus yang sihat. Life-Space, pakar probiotik No.1 di Australia, menyedari hakikat ini dan telah menjadi jenama yang dipercayai di Malaysia selama bertahun-tahun dan telah berkembang menjadi jenama probiotik dalam talian terbesar di Asia Tenggara. Tahun ini, Life-Space telah meluaskan jangkauannya dengan bekerjasama dengan kedai rantaian luar talian terkemuka Guardian dan Watsons, sekaligus mengukuhkan komitmen mereka dalam memperjuangkan kesihatan usus yang lebih baik untuk semua.



Produk utama Life-Space yang terdapat di pasaran ialah Broad Spectrum Probiotic, suplemen yang dirumus dengan teliti untuk menyokong mikrobiom usus yang seimbang. Produk ulung ini, yang menerima pengiktirafan tertinggi di 2024 Beauty Insider Awards di Singapura dan Malaysia, menggabungkan rangkaian bio-pelbagai yang terdiri daripada 15 strain dan 32 bilion CFU probiotik yang berfaedah dari sumber semula jadi untuk meningkatkan kesihatan pencernaan, menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan secara keseluruhan. Life-Space komited terhadap penyelidikan saintifik dan bahan berkualiti tinggi bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penyelesaian kesihatan berkualiti.



Susulan kejayaan pada Julai 2024 di Growth Asia Summit di Singapura, di mana Life-Space mempamerkan suplemen probiotik yang berasaskan sains dan menyertai perbincangan penting mengenai kesihatan usus, jenama ini terus mengukuhkan komitmennya dengan menyertai The Guardian Retreat di Kuala Lumpur. Acara ini menampilkan Jessica Simonis, Pengajar Saintifik utama Life-Space Group, yang memberikan ucapan serta mengendalikan bengkel untuk lebih 100 ahli farmasi Guardian.

Bengkel tersebut memberi penekanan pada pendidikan, komunikasi, dan pembinaan imej jenama. Komitmen Life-Space dalam memajukan kesihatan usus turut ditonjolkan dalam acara eksklusif bertajuk ‘Discover Probiotics Beyond The Gut’ Life-Space 2024, yang berlangsung pada 25 September di Hotel Indigo Kuala Lumpur. Acara ini menghimpunkan pakar, profesional, dan peminat kesihatan untuk mendalami dunia probiotik Life-Space yang menawarkan manfaat melebihi penjagaan usus. Acara ini.juga menampilkan Pentavite, jenama vitamin dan suplemen makanan terkenal dari Australia yang telah beroperasi selama lebih 80 tahun, menyediakan vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh. Salah satu tarikan utama acara ini adalah peluang untuk para peserta mencuba produk baru Pentavite iaitu Collagen Peptide Glowing Beverage—minuman inovatif yang menggabungkan manfaat vitamin, mineral, dan kolagen peptida, menawarkan cara mudah dan lazat untuk menyokong kesihatan kulit, pertumbuhan rambut, dan kesejahteraan tubuh secara menyeluruh.



“Life-Space sentiasa komited untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia dengan penyelesaian probiotik yang disokong sains. Tumpuan kami adalah untuk menangani cabaran khusus berkaitan kesihatan usus dan menyediakan produk yang berkesan dan bersasar. Penyertaan dalam acara industri utama menyerlahkan komitmen kami untuk mendidik dan menyokong komuniti,” kata Alan Yi, Pengurus Besar Life-Space Group.

Life-Space berdedikasi untuk memajukan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia melalui penyelesaian probiotik yang inovatif dan penyertaan aktif dalam acara terkemuka industri. Selaras strategi pengembangannya di Malaysia, jenama itu komited untuk terus menyediakan produk berkualiti tinggi yang menyokong gaya hidup yang sihat dan seimbang.


Mengenai Life-Space

Life-Space, pakar probiotik No. 1 dari Australia, disokong oleh pasukan saintis dan inovator yang.berdedikasi untuk memajukan bidang kesihatan melalui formulasi probiotik yang canggih. Produk mereka diadun, dibungkus, diuji dan diedarkan secara global dari BioCarna, kemudahan pengeluaran Australia bertaraf dunia dengan kepakaran selama 20 tahun.

Sebagai perintis penyelidikan mikrobiom, Life-Space meneroka trilion sel mikrob dalam dan pada badan manusia. Mereka percaya bahawa memahami dan memupuk mikrobiom adalah kunci kepada kesejahteraan masa depan. Produk inovatif mereka menyokong kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, menggalakkan pencernaan, emosi, mental, dermatologi dan kesejahteraan pemakanan.

Broad Spectrum Probiotic memperoleh pengiktirafan tertinggi di Anugerah Beauty Insider 2024 di Singapura dan Malaysia, memperkukuhkan lagi kedudukan Life-Space sebagai peneraju penyelesaian kesihatan usus.