Lotus’s Ceria Charity Run Berjaya Mengumpul RM400K untuk Sekolah yang Serba Kekurangan
Lotus’s Ceria Charity Run Menghimpunkan Ribuan Rakyat Malaysia dan Mengumpul RM400K untuk Sekolah yang Serba Kekurangan.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) telah menghimpunkan lebih daripada 4,000 peserta dan 120 jenama untuk acara Ceria Charity Run yang kedua. Melalui usaha kerjasama daripada rakan kongsi perniagaan yang mengambil bahagian dan penyertaan para peserta, Ceria Charity Run 2024 dapat mengumpulkan dan menyumbangkan sejumlah RM400,000 dalam nilai tunai untuk manfaat sekolah yang kurang mendapat perhatian, di samping sumbangan dalam bentuk barangan oleh rakan kongsi perniagaan yang keseluruhannya berjumlah RM2,300,000. Bersama Yayasan PINTAR, Lotus’s akan menyalurkan dana yang dikumpulkan untuk menaik taraf pengalaman pembelajaran warga-warga sekolah dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif di sekolah yang dalam serba kekurangan di seluruh negara dibawah fokus pendidikan #KitakanJiran peruncit tersebut.
Dana berjumlah RM150,000 yang berjaya dikumpul melalui acara Ceria Charity Run tahun lepas telah digunakan untuk menaik taraf makmal komputer dan juga membaik pulih makmal reka bentuk dan teknologi untuk SK Methodist ACS Seremban. Dana tersebut juga disalurkan untuk kerja-kerja mengubah suai dan juga menggantikan perabot untuk makmal sains SK Pandan Jaya yang pernah diserang anai-anai.
“Saya amat berterima kasih atas sokongan yang teguh daripada para peserta kami hari ini, dan juga rakan-rakan niaga yang telah bersama-sama menyokong acara larian kami tahun ini. Kami berasa rendah hati kerana dikelilingi oleh sokongan komuniti yang komited untuk mengurangkan halangan dalam pembelajaran dan juga menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif,” kata Saksit Panurach, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus’s Malaysia. “Hasil kutipan derma Ceria Charity Run 2024 amat luar biasa, kerana ini membolehkan Yayasan PINTAR dan Lotus’s menggandakan usaha kami dalam mewujudkan ruang dan pengalaman pembelajaran yang lebih ceria untuk para pelajar dan guru-guru.”
Lotus’s Ceria Charity Run 2024 yang berlangsung secara tidak kompetitif merangkumi kategori 15km, 10km dan juga 5km. Keunikan acara larian ini adalah secara konsep ‘Lari & Kutip’, dimana para peserta diberikan beg guna semula untuk mengumpul goodies sepanjang perjalanan sebelum menerima medal mereka dan juga dua lagi beg yang mempunyai lebih banyak goodies di garisan penamat.
Setiap peserta telah membawa balik baucar diskaun sebanyak RM400, dan juga beg goodie yang mempunyai produk-produk yang bernilai melebihi RM150, dan juga pulang dengan membawa barangan cabutan bertuah bernilai RM18,000 secara keseluruhannya. Anthony Sia telah membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah iaitu kerusi urut uSmarto Zero Healthcare yang bernilai RM9,999, manakala Mohd Salleh Mohd Arif dan Tham Xin Li membawa pulang Gintell Cybertrek Sport Treadmill yang bernilai RM4,588 dan juga Gintell X-Spinno 2.0 Spinning Bike yang bernilai RM2,988. Barangan cabutan bertuah yang juga telah diberikan ialah 10 beg 5kg Beras Basmathi Parboiled Krim Jasmine Pusa, 10 unit Zero Healthcare Cozy Neck Travel Pillow dan 6 unit jam tangan berjenama Reebok daripada Marco Corporation.
Terdapat juga aktiviti-aktiviti untuk dinikmati oleh para peserta seperti booth permainan Flavour Frenzy, Archery, Sand Painting, Lucky Ducky, Harvest Toss, Guess the Weight, Memory Game dan juga bouncy castles. Mereka juga berpeluang bertemu dan bergambar dengan watak animasi tempatan, BoBoiBoy dan juga Cookie Guy dari Mondelez, dan juga berpeluang untuk menyampel pelbagai jenis produk yang dipamerkan oleh SME tempatan dan jenama nasional seperti Milo, Nescafe, Koko Krunch, Nestle Ice Cream, Lifebuoy, Knorr, Kleenex, Jacobs, Ahmad Tea dan banyak lagi. Saringan kesihatan dan juga pemeriksaan mata juga disediakan oleh Pusat Perubatan Cengild G. I. dan La Calisto pada acara tersebut.
Jenama-jenama utama yang telah menjayakan Lotus’s Ceria Charity Run 2024 adalah Nestlé (Malaysia) Berhad (Jenama: Kit Kat, Milo, Nescafe, Koko Krunch, Nestle Ice Cream), Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd. (Jenama: Lifebuoy, Knorr) Kimberly-Clark Trading (M) Sdn. Bhd. (Jenama: Kleenex), Mondelez Malaysia Sales Sdn. Bhd. (Jenama: Jacobs), Sangla Foods Sdn. Bhd. (Jenama: Ahmad Tea), Pusat Perubatan Cengild G. I., La Calisto Sdn. Bhd., Sigma Elevator (M) Sdn. Bhd., E Frigo (M) Sdn. Bhd., Dominant Pro Ventures Sdn. Bhd., Jtech Engineering (M) Sdn. Bhd., Malsign Sdn. Bhd., Sinar Karangkraf dan banyak lagi.
Terdapat pelbagai aktiviti yang juga akan berlangsung di Lotus’s Ara Damansara untuk dinikmati oleh para pelanggan sehingga 31 Oktober 2024 seperti:
- 27 September – 29 September 2024: Pelancaran Nestle Kit Kat Mixes, minuman coklat Kit Kat pertama di dunia yang dihasilkan di Malaysia (Tingkat Bawah)
- 29 September – 30 September 2024: Tawaran promosi eksklusif dalam stor (Pasar Raya, Tingkat Pertama)
- 29 September – 30 September 2024: Temui Nina, Kambing Pygmy dan rakan-rakannya di Mini Petting Zoo dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Ara Damansara (Tingkat Bawah)
- 27 September – 31 October 2024: Bouncy Castle (Tingkat Pertama)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usaha kelestarian kami, lawati https://lotuss.com.my/