Malaysia Ultra-trail Bawa Dunia Larian Denai Ke Hutan Malaysia Anjuran UTMB
Malaysia Ultra-trail Bawa Dunia Larian Denai Ke Hutan Malaysia Anjuran UTMB
Malaysia Ultra-Trail™ anjuran UTMB® telah bersiap sedia menerima lebih daripada 3,000 pelari denai dari seluruh dunia untuk beraksi di sebuah hutan yang menakjubkan di barat laut Malaysia sekitar 2 bulan akan datang.
Dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 November 2024, acara ini akan membawa para pelari ke bandar bersejarah Taiping di Perak yang terkenal dengan kesuburan hutan hujan, sejarah perlombongan bijih timah dan kekayaan warisan budaya.
Para peserta akan menguji kekuatan dan ketahanan diri mereka dalam lima kategori jarak perlumbaan berbeza bagi menerokai kawasan rizab hutan dan Hutan Simpan yang mengagumkan, dengan akses yang biasanya terhad ke kawasan ini.
Mereka juga akan merasai pelbagai jenis laluan, daripada bekas landasan kereta api lama, laluan ladang, trek pemanduan pacuan empat roda, hingga ke kawasan hutan yang lasak semuanya berpusat di Taiping, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah.
Ahli Parlimen Taiping merangkap Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhomat Tuan Wong Kah Woh menzahirkan keterujaannya untuk menjadi tuan rumah Malaysia Ultra-Trail™ oleh UTMBⓇ, terutamanya sempena Tahun Melawat Perak.
"Kami berhasrat untuk menarik penonton global dan menjemput para pelancong untuk merasai pengalaman keindahan yang Taiping dan Perak tawarkan. Kerjasama ini adalah penyatuan usaha bagi mempromosikan keindahan negeri kami, menandakan langkah penting dalam merancakkan semula sektor pelancongan negeri dan mengajak dunia untuk menerokai serta menghargai keunikan Perak," katanya.
Komuniti larian denai di Malaysia telah berkembang pesat, kini berada di kedudukan ke-23 di dunia dan kelima di Asia selepas China, Jepun, Thailand dan Hong Kong. Komuniti yang semakin berkembang ini diiktiraf di peringkat global atas dedikasi mereka terhadap sukan ini.
Malaysia Ultra-Trail™ oleh UTMB® akan menjadi salah satu daripada 43 acara dalam calendar Siri Dunia UTMB2024 dan acara UTMB yang julung kalinya diadakan di Malaysia.
Semasa pelancaran, YB Tuan Wong Kah Woh telah melancarkan trofi untuk pemenang Malaysia Ultra-Trail™ oleh UTMB® 2024. Istimewanya trofi tersebut dihasilkan daripada periuk tanah liat unik buatan tangan yang dikenali sebagai 'Labu Sayong'.
Tembikar tradisional yang berbentuk seperti labu ini telah lama digunakan sebagai bekas air. Tanah liatnya diambil dari aliran sungai, tebing sungai, dan sawah. Periuk ini berasal dan mendapat namanya dari pekan Sayong, yang terletak di sepanjang Sungai Perak di Malaysia Barat.
Acara ini telah dapat direalisasikan dengan sokongan daripada Tourism Malaysia dan Tourism Perak, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Perhutanan Perak, Majlis Perbandaran Taiping, Ahli Parlimen Taiping dan Pejabat Daerah Taiping.
Jom beramai-ramai kita memeriahkan dan memberi sokongan terhadap acara yang mampu membawa nama Malaysia ke mata dunia ini.
Mengenai Siri Dunia UTMB®
Siri Dunia UTMB® adalah rangkaian larian denai utama dunia yang menyatukan bintang- bintang terbesar dalam sukan ini serta pelari yang bersemangat melalui acara antarabangsa terkemuka di lokasi-lokasi paling menakjubkan. Dibina atas minat terhadap gunung dengan kelestarian sebagai terasnya.
UTMB® World Series memberikan peluang kepada semua pelari denai untuk merasai pengembaraan UTMB® di seluruh dunia, dengan acara yang berlangsung di Asia, Oceania, Eropah, Afrika dan Amerika. Ini adalah satu-satunya tempat di mana pelari boleh memulakan pencarian mereka ke UTMB® Mont- Blanc, Perancis, di mana UTMB® World Series Finals yang berprestij akan diadakan. Untuk maklumat lanjut, layari www.utmb.world.
Mengenai Kumpulan IRONMAN
Kumpulan IRONMAN mengendalikan portfolio global acara yang merangkumi Siri Triathlon IRONMAN®, Siri Triathlon IRONMAN® 70.38, Siri Triathlon 5150T™, Siri Larian Rock 'n' Roll®, IRONKIDS®, Siri Kejohanan Triathlon Dunia, acara larian utama termasuk Standard Chartered Singapore Marathon™ dan City2Surf®, acara Siri Dunia UTMB® termasuk Canyons Endurance Runs™™ oleh UTMB®, Tarawera Ultra™™ oleh UTMB® dan Ultra-Trail Australia™ oleh UTMB®, perlumbaan basikal gunung Epic Series™™ termasuk Absa Cape Epic®, acara berbasikal jalan raya dan perlumbaan multisport lain. Kumpulan IRONMAN adalah pengendali sukan penyertaan massa terbesar di dunia dan menyediakan lebih daripada sejuta peserta setiap tahun sebagai manfaat sukan ketahanan melalui pelbagai tawaran syarikat.
Dengan memberikan pengalaman atlet yang lengkap, portfolio syarikat juga merangkumi FulGaz®, aplikasi kecergasan berbasikal maya yang paling realistik yang bertujuan untuk mempersiapkan atlet bagi acara di dunia sebenar. Sejak penciptaan jenama ikonik IRONMAN® dan acara pertamanya pada tahun 1978, para atlet telah membuktikan bahawa ANYTHING IS POSSIBLE® (apa jua mampu dicapai) dengan melintasi garisan penamat di seluruh dunia. Bermula sebagai satu perlumbaan, Kumpulan IRONMAN telah berkembang menjadi sensasi global dengan ratusan acara di lebih daripada 55 negara. Kumpulan IRONMAN dimiliki oleh Advance, sebuah perniagaan swasta milik keluarga dan Orkila Capital, firma ekuiti pertumbuhan yang berfokus pada membina jenama hebat.
Untuk maklumat lanjut, layari www.ironman.com/about-ironman-group.