Terkini | New

Meraikan Merdeka: Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

Meraikan Merdeka: Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

98% Percaya Kuasa Membeli Lokal untuk Memperkasakan Komuniti Kurang Bernasib Baik



Menjelang Hari Kebangsaan ke-67, kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' Shopee mendedahkan suatu trend: rakyat Malaysia semakin bersatu menyokong perniagaan tempatan. 98% responden bersetuju bahawa membeli lokal memperkukuh dan memperkasakan komuniti kurang bernasib baik, mempertengahkan perasaan bangga dan solidariti nasional yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna

Kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' ini meninjau 2,000 pengguna Malaysia dari pelbagai latar belakang, di mana hasil kajian menunjukkan bahawa 15 kali lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menyokong usahawan tempatan berbanding jenama antarabangsa. Ini mencerminkan komitmen yang kukuh untuk menyokong jenama dan penjual tempatan. Dengan memilih produk dan perkhidmatan tempatan, pengguna mengiktiraf kualiti dan keaslian barangan Malaysia serta menyumbang kepada penciptaan pekerjaan dan kestabilan ekonomi. Trend ini memperkukuhkan ekonomi tempatan, mengukuhkan solidariti komuniti, dan menjadi daya penggerak yang berkuasa dalam memajukan negara.

"Menyokong perniagaan tempatan bukan sekadar membuat pembelian; ia adalah satu pelaburan terhadap komuniti dan masa depan ekonomi kita," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. "Dalam kita menyambut Hari Merdeka, kami terinspirasi menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia bersatu untuk memperkasakan perusahaan tempatan. Dengan menyokong produk dan perkhidmatan tempatan, kita meraikan warisan dan memperkukuhkan fabrik masyarakat kita lalu memastikan ekonomi kita terus berkembang dan komuniti kita terus makmur."

Sentimen ini turut dikukuhkan dengan keyakinan rakyat Malaysia terhadap penjual tempatan, dengan 9 dalam 10 percaya dengan kebolehan mereka untuk memenuhi pesanan dan menjawab soalan dengan berkesan. Tahap kepercayaan yang tinggi ini menyerlahkan kebolehpercayaan, perkhidmatan berkualiti, dan khidmat pelanggan yang cemerlang oleh perniagaan tempatan, sekaligus memperkukuhkan hubungan antara pengguna dan jenama tempatan. Ini juga menunjukkan bahawa keutamaan terhadap produk tempatan bukan hanya mengenai menyokong ekonomi; ia didorong oleh keyakinan tulen terhadap kebolehan dan kecemerlangan usahawan tempatan.

Kajian ini juga menonjolkan aspek lain tentang membeli lokal: 70% rakyat Malaysia menunjukkan sokongan teguh terhadap penjual wanita dan penjual luar bandar, menegaskan kepentingan keterangkuman dalam ekonomi tempatan. Komitmen ini mencerminkan keinginan yang lebih luas untuk memperkasakan komuniti terpinggir, memastikan mereka disokong dan mampu berkembang. Dengan memberi keutamaan kepada golongan penjual ini, rakyat Malaysia menyumbang kepada pembangunan tempatan dan memupuk pasaran yang lebih inklusif.

Tambahan lagi, apabila ditanya tentang pengaruh asal usul produk dalam keputusan pembelian, 8 dalam 10 responden berkongsi bahawa mereka lebih suka membeli produk Buatan Malaysia, menunjukkan keinginan yang kuat untuk memperkasakan komuniti tempatan. Keutamaan ini juga menyerlahkan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap nilai unik penjual bandar dan luar bandar dalam pasaran serta komitmen untuk memastikan peluang ekonomi adalah lebih sama rata seluruh negara. Dengan menyokong perniagaan tempatan, rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian produk tempatan dan secara aktif menyumbang kepada pembangunan dan kemampanan komuniti penting ini.

Shopee juga telah mengambil langkah penting untuk menyokong penjual tempatan, memastikan mereka boleh fokus untuk menjual produk mereka tanpa risau. Ciri-ciri seperti Bayaran Waktu Terima (COD), Jaminan Tepat Waktu, dan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma memudahkan pengguna membeli dengan yakin. Malah, 85% responden menunjukkan mereka lebih cenderung untuk menyokong penjual tempatan jika ciri-ciri seperti ini tersedia, menunjukkan kepentingan kemudahan dan kebolehpercayaan dalam pengalaman membeli-belah dalam talian.

"Kami bersuka cita dengan respon positif pembeli terhadap ciri-ciri baharu ini di mana ianya menunjukkan peranan penting kemudahan dan kepercayaan dalam pengalaman membeli-belah dalam talian. Kami terinspirasi melihat rakyat Malaysia bangga dengan perniagaan tempatan dan aktif menyokong mereka. Dalam kita menyambut Hari Kebangsaan, usaha kolektif ini menjadi lebih bermakna dan mengingatkan kita bahawa dengan memilih untuk membeli lokal, kita bukan sahaja memperkukuhkan komuniti tetapi juga memupuk semangat kemerdekaan dan perpaduan untuk masa depan yang lebih cerah buat semua." tambah Tan.