Terkini | New

Toys“r”us Bawakan Era Baharu Dalam Aktiviti Bermain Kanak-kanak

Toys“r”us Bawakan Era Baharu Dalam Aktiviti Bermain Kanak-kanak

Kedai Perdana KL Menceriakan Masa Bermain dengan Taman Permainan Kiztopia Pertama di Malaysia.


Selaras dengan usaha transformasi berterusan di seluruh rantau Asia, Toys“R”Us Malaysia telah membuka kedai perdananya dengan rasmi di Mid Valley Megamall hari ini. Kedai perdana terbaharu yang telah diubah suai dengan terperinci ini dijangka dapat menawan hati semua peringkat umur dengan pelbagai koleksi mainan yang ditawarkan. Jenama tersebut turut memperkenalkan Konsep Toy+Play (Mainan+Bermain) yang inovatif dengan membawakan taman permainan tertutup yang dinanti-nantikan dari Singapura – Kiztopia ke Malaysia, dan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman bermain di dalam kedai Toys“R”Us!


“Di Toys“R”Us Asia, kami komited untuk mencetuskan inspirasi dan memupuk generasi akan datang. Sebagai susulan kepada kejayaan kerjasama kami bersama Kiztopia di Singapura, kami merasa teruja untuk meluaskan kerjasama ini ke Malaysia dan memperkenalkan konsep Toy+Play kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa yang berjiwa muda. (kidults). Kami berharap agar lebih ramai keluarga dapat menikmati cara baharu untuk bermain bersama,” kata Leo Tsoi, Ketua Pegawai Eksekutif Toys“R”Us Asia.



Toys“R”Us telah membuka kedai pertamanya di Malaysia pada tahun 2005 dan sejak itu, ia telah menjadi destinasi tumpuan utama keluarga dan juga kanak-kanak. Kedai perdana ini menandakan satu kejayaan penting yang mana aktiviti bermain digabungkan dengan pembelajaran di sebuah kedai yang menampilkan reka bentuk generasi baharu berestetik moden dan visual penyusunan produk yang lebih menarik.

Kedai perdana ini menampilkan bahagian utama khas yang dinamakan “Toy Valley” yang mana mainan terlaris pada musim terkini dipamerkan untuk menarik para pelanggan.



Para pengunjung pasti tertarik dengan 10 kit model Gundam pemenang anugerah yang direka dengan terperinci oleh juara Piala Dunia Pembina GUNPLA (GUNPLA Builders World Cup) yang dipamerkan untuk meraikan pembukaan kedai perdana ini. Para pencinta mainan juga akan teruja apabila menyaksikan sendiri patung bersaiz sebenar termasuk Ultraman, Transformers, Iron Man, Batman, LOL dan Gabby’s Dollhouse kegemaran mereka sambil menerokai dengan bebas ruang kedai yang dipenuhi pelbagai jenis mainan berinovasi dan juga tarikan yang disediakan.

Kedai perdana ini mempunyai beberapa bahagian dengan tema tersendiri termasuk Toy Hub, sebuah hab mainan yang dikuasai pemilik harta intelek (IP) pertama di Malaysia yang mengumpulkan jenama ikonik seperti Hot Wheels, Barbie, Bandai, Disney Lifestyle, DC Comics dan LEGO, semuanya di bawah satu bumbung. Pelbagai barangan eksklusif yang menyeronokkan boleh didapati di bahagian tersebut.


Golongan Milennial dan Gen-Z pasti teruja apabila disajikan dengan pilihan mainan yang direka khas untuk orang dewasa yang masih berjiwa muda seperti Pokemon, Nintendo, Gundam, Hello Kitty, Super Mario dan banyak lagi. Kedai perdana ini juga menawarkan pelbagai produk untuk pengumpul tegar trend terkini seperti kotak misteri (blind box) dan juga mainan IP daripada Roblox, Adopt Me dan Aphmau!



Membawakan Konsep Toy+Play ke dalam Toys“R”Us Malaysia

Toys“R”Us Malaysia turut memperkenalkan Kiztopia Club – sebuah sub-jenama Kiztopia – taman permainan tertutup dalam usahanya untuk membawakan pembaharuan kepada jenama tersebut. Kerjasama yang unik ini membolehkan keluarga bermain bersama sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

“Kami merasa teruja untuk bekerjasama dengan Toys“R”Us Asia dan melancarkan kedai perdana Toy+Play sulung mereka di Malaysia  serta memperkenalkan Kiztopia pertama kami di Malaysia. Sebagai syarikat pemilik harta intelek (IP) berdaftar di Singapura dengan 15 cawangan di lima buah negara, kami berdedikasi untuk menjadikan pengalaman bermian sambil belajar inovatif kami agar lebih mudah diakses oleh semua keluarga di seluruh Asia.

Kerjasama ini menandakan komitmen dalam misi kami untuk mengukuhkan kehadiran kami di Malaysia dan pada masa yang sama meningkatkan hubungan kekeluargaan melalui pengalaman unik kami,” kata Heidi Tian, Ketua Pegawai Eksekutif Kiztopia.

Dilengkapi dengan 18 kawasan permainan yang menarik berkeluasan 5,500 kaki persegi, termasuk gelongsor, lubuk bola, gelanggang inflatable, trampolin, dinding memanjat dan bilik permainan peranan (role-play), Kiztopia Club di dalam kedai perdana Toys“R”Us di Mid Valley Megamall menawarkan pebagai aktiviti komprehensif yang direka untuk menggalakkan kanak-kanak "Bermain untuk Belajar, Belajar melalui Bermain".

"Selain daripada pusat berhibur sambil belajar kami, Kumpulan Kiztopia juga mempunyai kepakaran dalam penganjuran acara dan kerjasama dengan jenama terkemuka untuk membangunkan produk dan pelesenan harta intelak (IP)," sambung Tian. "Matlamat kami adalah untuk membawakan pengalaman bermain yang mengasyikkan sambil memberi nilai kepada rakan kerjasama kami."

Marilah berkunjung ke kedai perdana baharu ini di Mid Valley Megamall untuk merasai keseronokan bermain yang tiada tandingannya. Tanpa mengira sama ada anda golongan Milennial, Gen Z atau Gen Alpha, pasti ada sesuatu yang akan menggembirakan anda di Toys“R”Us!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi di atas, sila rujuk Toys“R”Us Malaysia dan / atau laman web Kiztopia atau saluran media sosial.