Terkini | New

VitaHealth dan Watsons Melancarkan V-Style: Transformasi Nutrisi dan Kesedaran Kecergasan

VitaHealth dan Watsons Melancarkan V-Style: Transformasi Nutrisi dan Kesedaran Kecergasan


VitaHealth dan Watsons telah melancarkan V-Style rangkaian nutrisi sukan yang direka untuk pemulihan dan perlindungan yang optimum. Pelancaran eksklusif ini menandakan pencapaian penting dalam kerjasama mereka untuk memperbaharui konsep kesihatan dan gaya hidup aktif.

Didapati secara eksklusif di semua cawangan Watsons di seluruh negara, V-Style mentakrifkan semula nutrisi sukan dan kesedaran tentangnya. Ideal untuk semua individu, daripada mereka yang bersenam secara ringan hingga atlet yang kompetitif, V-Style bukan hanya memberikan penyelesaian untuk kecergasan tetapi juga menyokong pemulihan serta perlindungan otak, jantung, dan DNA. Gabungan kecanggihan teknologi, bahan berkualiti tinggi dan sistem penghantaran yang maju, produk yang sangat berkesan dapat dihasilkan dan menetapkan tahap baru dalam kecergasan.


Dengan aliran kecergasan semakin popular, ramai yang teruja untuk menyertainya untuk kekal bergaya dan tampak terbaik. Namun, tanpa strategi pemulihan yang lengkap, semangat ini boleh menyebabkan latihan berlebihan dan risiko kesihatan serius, termasuk serangan jantung secara tiba-tiba. V-Style mengatasi kekurangan ini, menawarkan sokongan yang tiada tandingan yang membantu anda memacu had anda dengan selamat, mencapai prestasi maksimum, dan mengekalkannya dalam jangka panjang.

VitaHealth, jenama suplemen milik Australia, menawarkan rangkaian suplemen yang komprehensif di pasaran utama di Asia Tenggara dan China. Dr KS Beh, Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth, berkongsi keterujaannya, “Dengan lebih dari 70 tahun dedikasi terhadap nutrisi dan.kesihatan, kami amat gembira memperkenalkan V-Style sebagai bukti komitmen kami terhadap inovasi dan pendekatan proaktif kami untuk memenuhi keperluan kesihatan moden.




Memandangkan pasaran nutrisi sukan terus berkembang, kami berbangga untuk memperkenalkan V-Style dan kekal di hadapan dalam industri dinamik ini. Dengan menggabungkan inovasi dalam kesihatan fizikal dan mental, kami sangat teruja untuk mengembangkan kepakaran kami dalam nutrisi sukan. Meraikan ulang tahun ke-77 kami dengan pelancaran yang berinovasi ini adalah satu kejayaan yang besar bagi kami.”

Kerjasama antara VitaHealth dan Watsons menunjukkan usaha sama yang mantap, dengan dedikasi bersama untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Menggabungkan inovasi dalam pembangunan produk dari VitaHealth dengan kepakaran runcit Watsons yang luas, kerjasama ini memenuhi keperluan pelanggan Watsons yang mementingkan kecergasan dan kesihatan. Dengan trend yang semakin berkembang untuk mengintegrasikan sukan dalam rutin harian, permintaan terhadap suplemen berkualiti tinggi untuk latihan dan pemulihan semakin meningkat. Perjalanan selama tiga tahun dari idea hingga ke pelancaran V-Style, merupakan satu pencapaian utama dalam nutrisi sukan yang menetapkan piawaian baru dalam industri.

VitaHealth menekankan kepentingan inovasi dan keberkesanan. Untuk memastikan V-Style memenuhi paiwaian tinggi ini, VitaHealth bekerjasama dengan Jabatan Sains Sukan di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT) bagi menjalankan kajian klinikal untuk menguji keberkesanan produk tersebut.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Kesihatan Dan Kecantikan Asia AS Watson, Caryn Loh, berkata, “Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No.1 secara dalam talian dan fizikal di Malaysia, komitmen kami untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan adalah fokus utama kami. Pelancaran V-Style adalah satu pencapaian besar dalam misi kami untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi. 

Kerjasama kami dengan VitaHealth adalah selaras dengan dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan pemahaman mendalam mengenai keperluan individu yang aktif.” Majlis pelancaran tersebut berlangsung dengan sangat meriah, dengan upacara rasmi, demonstrasi menarik tentang faedah V-Style, dan perkongsian berharga daripada ahli farmasi yang telah mengalami sendiri kesan positifnya. Duta jenama VitaHealth dan pemain badminton Olimpik, Pearly Tan, berkongsi pengalamannya: “V-Style membantu saya dalam proses latihan dan pemulihan. Saya teruja untuk melihat bagaimana produk ini akan memberi manfaat kepada orang lain dalam perjalanan kecergasan mereka.”

V-Style kini boleh didapati secara eksklusif di seluruh cawangan Watsons dan di laman web mereka. Mulakan perjalanan kecergasan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan V-Style!