Terkini | New

Dari Pasar Malam ke Kejayaan Nasional: Bagaimana E-Dagang Mengubah Kehidupan di Malaysia

Dari Pasar Malam ke Kejayaan Nasional: Bagaimana E-Dagang Mengubah Kehidupan di Malaysia

Penyelesaian logistik yang lebih mantap dan ciri mesra pembeli Shopee membantu usahawan tempatan berkembang maju dan berhubung dengan pelanggan di mana sahaja


Di sebalik setiap pembelian dalam talian terdapat kisah ketekunan, daya tahan, dan impian yang tercapai. Bagi ramai usahawan Malaysia, platform seperti Shopee telah menjadi pemangkin kepada perubahan daripada permulaan yang sederhana kepada kisah kejayaan di seluruh negara. Melalui program dan rangkaian logistik yang mantap, Shopee membantu penjual tempatan untuk melangkaui batas tradisional sambil memastikan pembeli menikmati kemudahan, keyakinan, dan kepuasan.

Usahawan seperti Muhammad Afiq bin Mohamad Arshad dan Faizah Milin dari A&F Berkat Borneo, Sarini Zainal Abidin dari The Pastels Shop, dan Suriana Ali Endut dari Kimchi Suren Suria, kini mencapai kejayaan baharu. Kisah inspirasi mereka menunjukkan bagaimana Shopee membantu mereka berhubung dengan pelanggan di seluruh negara, memupuk pertumbuhan komuniti, dan membawa kegembiraan melalui setiap bungkusan yang dihantar.

“Matlamat kami adalah untuk menyokong impian penjual dan memenuhi keperluan pembeli. Kisah seperti Afiq dan Faizah, Sarini, dan Suriana memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi dan melabur dalam penyelesaian yang memberi impak positif kepada kehidupan orang ramai. Ketika Shopee terus memperluas perkhidmatan dan keupayaannya, kami komited untuk memacu pembangunan ekonomi, menyokong perniagaan tempatan, dan meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk semua rakyat Malaysia,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Perisikan Perniagaan Shopee Malaysia.


A&F Berkat Borneo, yang diasaskan oleh Afiq dan Faizah dari Lembah Klang, beralih daripada menjual hasil kering dan barangan khas seperti goji berry, teh bunga, dan barli di pasar malam kepada perniagaan yang berjaya di Shopee. Sebelum ini, perniagaan mereka sering terjejas oleh cuaca tidak menentu dan kehadiran pelanggan yang sukar diramal, menyebabkan kestabilan kewangan menjadi cabaran berterusan. Mencari laluan yang lebih stabil, mereka mula berniaga di Shopee pada tahun 2018 dan menyaksikan pertumbuhan pesat – daripada RM80,000 pada tahun pertama kepada anggaran RM500,000 menjelang akhir 2024.

“Kami sering risau apabila hujan turun. Bilangan pelanggan berkurangan, dan ini menjejaskan pendapatan kami, menyukarkan kami menyara keluarga. Shopee membuka pintu yang tidak pernah kami jangka. Penyelesaian logistik mereka telah merevolusikan perniagaan kami, membolehkan kami menghantar produk kepada pelanggan di seluruh Malaysia dengan cekap. Kini, walaupun pada hari hujan, kami masih dapat berhubung dengan pasaran utama seperti Johor dan memperoleh pendapatan yang lebih stabil, mengubah hidup kami dalam cara yang tidak pernah kami bayangkan,” kata Faizah, pengasas bersama A&F Berkat Borneo.


Pertumbuhan mereka bukan sahaja meningkatkan perniagaan tetapi juga memperkayakan pengalaman membeli-belah pelanggan mereka. Fatiha, seorang penganalisis berusia 35 tahun dari Kajang dan pelanggan tetap A&F Berkat Borneo, berkongsi: “Penghantaran pantas Shopee sentiasa melebihi jangkaan saya. Saya sentiasa menerima produk yang sedia untuk digunakan, dan ini amat penting untuk masakan saya. Kemudahan dan kebolehpercayaan ini membuatkan saya terus membeli-belah di sini. Saya juga menghargai maklumat produk yang terperinci dan keupayaan untuk menghubungi Encik Afiq melalui fungsi sembang Shopee untuk mendapatkan nasihat dan cadangan.”

Kejayaan A&F Berkat Borneo turut memberi manfaat kepada pembekal dari Kedah, Perak, Pulau Pinang, dan Johor. Permintaan yang meningkat membolehkan pembekal memperluaskan operasi, menggaji kakitangan baharu, dan melabur dalam pengangkutan yang lebih baik. Selain itu, Afiq dan Faizah juga membimbing suri rumah di komuniti mereka tentang cara menjana pendapatan sampingan melalui Program Afiliasi Shopee, mempromosikan kebebasan kewangan dan menyumbang kepada pertumbuhan komuniti mereka.

Sementara itu, dengan sokongan infrastruktur logistik Shopee, The Pastels Shop, yang diasaskan oleh Sarini Zainal Abidin, seorang peminat penjagaan kulit, berjaya mengembangkan perniagaannya ke seluruh Malaysia. Bermula sebagai perniagaan tempatan, ia kini berkembang menjadi kedai utama dan gudang, mewujudkan lebih 70 pekerjaan sambilan di Banting dan Shah Alam.


“Rangkaian logistik Shopee yang luas menjadi kunci kepada pertumbuhan kami, membolehkan kami memperluas operasi dan menyumbang kepada penciptaan pekerjaan tempatan,” kata Sarini. Walaupun berpusat di Lembah Klang, Shopee membolehkan mereka menembusi pasaran kompetitif seperti Pantai Timur dan mengatasi cabaran logistik dengan penghantaran yang cekap dan boleh dipercayai.

Kepercayaan pelanggan juga memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka. Hanisah, seorang pelajar berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur, berkongsi: “Membeli-belah di Shopee memberi saya ketenangan fikiran. Saya mudah mengurus dan menjejak pesanan saya. Pembelian saya dari The Pastels Shop biasanya tiba dalam 1-2 hari, dan saya sukakan dasar pemulangan percuma selama 15 hari, yang membolehkan saya memulangkan produk tanpa sebarang soalan jika diperlukan. Ini menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah dan selesa.”

Kimchi Suren Suria, sebuah perniagaan kimchi berasaskan rumah yang dikendalikan oleh Suriana Ali Endut, berkembang pesat dengan sokongan Shopee. Suriana berjaya menangani cabaran penghantaran barangan mudah rosak seperti kimchi ke kawasan jauh, termasuk Sabah dan Sarawak, menjadikan cabaran logistik sebagai peluang pertumbuhan.


“Rangkaian logistik Shopee membolehkan kami menghantar kimchi ke seluruh negara, termasuk kawasan terpencil,” kata Suriana. Sokongan logistik yang kukuh ini bukan sahaja memperluas pangkalan pelanggan beliau tetapi juga membina hubungan bermakna dengan peminat makanan di seluruh negara. Peningkatan pendapatan juga membolehkan beliau melabur dalam peralatan yang lebih baik, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan kestabilan kewangan. Dengan kewangan yang lebih stabil, Suriana berjaya mendapatkan pinjaman kereta, yang memperbaiki operasi perniagaan dan memudahkan mobiliti peribadinya.

Sebagai platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Shopee terus berinovasi dan bekerjasama dengan rakan logistik utama bagi memastikan penghantaran yang lebih pantas dan boleh dipercayai untuk penjual dan pembeli di seluruh negara. Dengan Jaminan Tepat Waktu, Shopee menjanjikan penghantaran tepat pada masanya dan menawarkan pampasan bagi kelewatan, memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar. Dari membantu penjual luar bandar menembusi pasaran baharu hingga mengubah perniagaan tempatan menjadi kisah kejayaan nasional, Shopee kekal komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang untuk semua rakyat Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai Jaminan Tepat Waktu Shopee di https://shopee.com.my/m/on-time-guarantee