FUJIFILM Malaysia instax™ Melancarkan ‘Jelajah Menyebar Senyuman
FUJIFILM Malaysia instax™ Melancarkan ‘Jelajah Menyebar Senyuman’ ('Spreading Smiles Roadshow') Sempena Hari Senyuman Sedunia
FUJIFILM Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran ‘Jelajah Menyebar Senyuman’ ('Spreading Smiles Roadshow'), satu inisiatif yang menyentuh hati selaras dengan tujuan global baharu mereka iaitu ‘Memberikan Dunia Lebih Banyak Senyuman’ (‘Giving our World More Smiles’). Jelajah ini akan berlangsung dari 2 hingga 6 Oktober 2024, hasil kerjasama dengan dua jenama terkenal, Baskin-Robbins dan Julie’s Biscuits, bagi meraikan kegembiraan dan kebahagiaan yang dibawa kepada orang ramai.
Misi global baharu Kumpulan Fujifilm, 'Memberikan Dunia Lebih Banyak Senyuman', menekankan dedikasi syarikat untuk menyatukan idea-idea berbeza, bakat unik, dan individu luar biasa demi memberi kesan positif kepada masyarakat. Selama lebih 90 tahun, Fujifilm telah berkembang menjadi peneraju global dalam pelbagai industri seperti penjagaan kesihatan, bahan inovatif, inovasi perniagaan, dan pengimejan. Sejak awal lagi, Fujifilm sentiasa berusaha menawarkan produk dan perkhidmatan yang, melalui teknologi termaju, mampu membawa kegembiraan dan senyuman kepada dunia.
Jelajah ‘Menyebar Senyuman’ menjanjikan pengalaman yang penuh dengan keseronokan, direka khas untuk mengangkat semangat dan melibatkan pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti dan momen yang mencerminkan inti pati kegembiraan dan perayaan.
Sorotan utama jelajah ini termasuk:
· Sesi Foto instax™ Percuma: Temui ciri-ciri menarik terkini instax mini Link 3™ "instax AiR Studio™" dan dapatkan cetakan instax™ percuma.
· Kejutan Manis di Baskin-Robbins: Ais krim edisi terhad ‘Ghost Pepper Chocolate’ bakal menceriakan musim perayaan dengan gabungan rasa pedas dan manis yang tak pernah disangka. Para pengunjung juga berpeluang menyertai permainan mini yang seronok untuk memenangi ais krim dan hadiah-hadiah menarik!
· Julie’s Flavour Drop: Pelawat boleh menyertai permainan mini yang menyeronokkan, dengan peluang memenangi satu paket produk baharu Julie’s Sweet Chilli Cheese Sandwich atau Sour Cream & Onion Sandwich.
· Sudut Menyebar Senyuman: Sertai dan hiasi photobooth Menyebar Senyuman, kemudian abadikan detik tersebut dengan cetakan instax™ percuma!
· Keseronokan Gashapon: Lengkapkan lawatan dengan meneroka semua gerai dan dapatkan peluang untuk bermain gashapon untuk peluang memenangi hadiah menarik!
Jelajah ‘Menyebar Senyuman’ oleh Fujifilm mencerminkan komitmennya untuk menyebarkan kegembiraan dan memberi impak positif. Dengan kerjasama bersama Baskin-Robbins dan Julie’s, Fujifilm berhasrat untuk menjadikannya acara yang tidak boleh dilupakan, menggambarkan semangat Hari Senyuman Sedunia serta misi mereka untuk membawa lebih banyak senyuman ke seluruh dunia.
“Kami sangat teruja melancarkan inisiatif ‘Memberikan Dunia Lebih Banyak Senyuman’ dengan jelajah yang menarik ini,” kata Encik Kensuke Aragane, Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia. “Kerjasama dengan Baskin-Robbins dan Julie’s membolehkan kami memperkayakan lagi perayaan Hari Senyuman Sedunia dan berkongsi detik kebahagiaan bersama komuniti tempatan.”
"Di Baskin-Robbins, kami percaya bahawa sentiasa ada sebab untuk meraikannya. Kerjasama ini memberi kami peluang untuk membawa lebih banyak kegembiraan kepada komuniti kami,” kata Puan Charmaine Cheah, Ketua Pegawai Eksekutif Baskin-Robbins Malaysia. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan instax™ dan tak sabar untuk mencipta momen-momen indah bersama dalam acara yang akan datang – penuh dengan ais krim, keseronokan, dan permainan."
“Julie’s Biscuits berbesar hati menjadi sebahagian daripada Fujifilm’s International Smiles Day, sebuah sambutan yang selari dengan nilai-nilai kami dalam membawa kegembiraan dan perhubungan.” kata Encik Tzy Horng Sai, Pengarah Julie's Biscuits. “Sweet Chilli Cheese Biscuit Sandwich dan Sour Cream & Onion Biscuit Sandwich kami akan menjadi tumpuan acara ini, menyatukan rasa yang berani dan semangat keterujaan. Seperti Fujifilm yang merakam detik-detik yang membuatkan kita tersenyum, hasil ciptaan kami dihasilkan untuk mencetuskan kegembiraan dalam setiap kenikmatan rasa dan menjadikan kerjasama ini amat bermakna.”.
Kuasa senyuman dan mencipta kenangan yang abadi. Untuk maklumat lanjut mengenai jadual jelajah dan butiran acara, ikuti kami di media sosial @instaxclub untuk kemas kini terkini.