Terkini | New

PROGRAM “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL”

PROGRAM “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL”


PROGRAM “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” akan berlangsung pada 30 November 2024 jam 8.00 malam bertempat di IDCC Shah Alam, Selangor, menampilkan selebriti popular seperti Kumpulan Rabbani, Lah Ahmad, Mawi & Oja. 


Program ini juga menampilkan Sheikh Abdul Karim Al Makki merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan membaca doa dan alunan ayat suci Al Quran, dan DJ Pyan IKIM Fm sebagai pengacara program tersebut.


Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia komited dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan program. Kami telah lama berdedikasi dalam menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan, menyebarkan mesej kemanusiaan, dan memupuk semangat perpaduan. Dengan itu, program ini adalah manifestasi dari usaha kami untuk terus memperkukuh nilai-nilai keamanan, kasih sayang, dan persaudaraan sejagat.



Program ini diadakan dengan kerjasama rakan strategik kami Rabbani Empire Resources yang terdiri daripada ahli kumplan Rabbani sendiri. Pemilihan artis terlibat berdasarkan pencapian dan kredebiliti mereka dalam menyampaikan mesej-mesej kerohanian, kemanusiaan dan nasihat kepada peminat dan umum. Diharap dengan koliberasi ini dapat menarik peminat, orang ramai, rakan korporat, rakan NGO, GLC dan lain-lain untuk menyumbang dengan pembelian pakej jualan meja tersebut:

Platinum RM10,000
Emas RM7,000
Perak RM5,000
Gangsa RM3,000 
(Setiap meja untuk 10 Orang).



Program Ensany Global Peace bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi satu usaha untukmendekatkan masyarakat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang universal. Kami berharap acara ini akan memberi impak yang mendalam kepada semua yang hadir, dan juga kepada masyarakat yang lebih luas.

Ia adalah peluang untuk kita bersama-sama merayakan keamanan dan perpaduan, serta menyumbang kepada usaha membantu golongan yang memerlukan.


Kepada semua rakan usahawan, Syarikat GLC, badan NGO dan orang persorangan berpeluang untuk berkerjasama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia bagi merealisasikan program tersebut di atas agar berjalan lancar dengan jayanya melalui pakej-pakej penajaan yang kami sediakan.


Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia mengharapkan penganjuran program “Ensany Global Peace” ini dapat memberi impak kepada semua lapisan masyarakat agar cakna terhadap isu-isu kemanusiaan dan mengambil sebanyak mungkin peluang untuk kita sama-sama menyumbang kepada aktiviti yang dilakukan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia, orang ramai boleh terus menyumbang melalui no akaun seperti di bawah:

Nama : Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank : Bank Islam
No Akaun : 1416 201100 2557

Bagi anda yang ingin membuat tempahan meja atau seat program “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” boleh terus berhubung dengan wakil melalui email: ensanyglobalpeace@ensany.com atau whatsapp: 011 2059 9834 atau depatkan maklumat melalui Facebook atau Instagram EnsanyMalaysia.