Terkini | New

TBA bakal beraksi buat kali pertama di Malaysia November 2024 Di Zepp Kuala Lumpur

TBA bakal beraksi buat kali pertama di Malaysia November 2024 Di Zepp Kuala Lumpur

Trio popular Indonesia, TBA yang dahulunya dikenali sebagai Coboy Junior dan CJR dibawakan buat kali pertamanya untuk beraksi di Malaysia pada November ini.


Kehadiran TBA yang dianggotai Teuku Ryzki, Bastian Steel dan Alvaro Maldini dibawakan oleh gandingan penganjur Ikarl Project dari Malaysia dan Evb Group dari Singapore serta mendapat sokongan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), manakala Emina Cosmetic Malaysia pula selaku penaja.

Konsert sulung TBA yang popular menerusi lagu U-Uh ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November nanti.



Trio ini meniti populariti menerusi genre pop dan persembahan bertenaga ketika dikenali sebagai Coboy Junior dengan anggotanya Ryzki, Iqbaal, Bastian dan Aldi. Mereka popular dengan lagu seperti Kamu pada 2011, Eeaaa (2012) dan Kenapa Mengapa (2012).

Penganjur berkata, mereka meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa peminat akan disajikan dengan persembahan hebat, bertenaga dan dinamik daripada TBA.



"Kami sememangnya teliti dalam pemilihan artis untuk dibawa ke Malaysia. TBA adalah pilihan yang tepat memandangkan mereka mempunyai kualiti persembahan yang bermutu dan hebat.

"Menerusi konsert ini nanti, TBA akan mempersembahkan koleksi lagu-lagu hit serta beberapa lagu baru yang belum pernah didendangkan sebelum ini. Peminat akan dihiburkan dengan persembahan yang memukau, menjadikan malam itu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan," katanya.


Istimewanya hari ini penganjur menerbangkan khas Teuku Ryzki dari Indonesia untuk sesi ramah mesra dan temubual bersama media Malaysia. Selain TBA peminat juga akan disajikan dengan persembahan UN1TY dan artis tempatan, Syaffiq Sahli.


Senarai harga tiket :
FREE STANDING MYR 220.48 
PREMIUM SEAT MYR 273.48 
NORMAL SEAT MYR 199.28 
VIP BOX MYR 3,891.64

Maklumat mengenai pembelian tiket untuk menonton Konsert TBa didapati di evb.ubertickets.asia