Terkini | New

e'lioe Memperkenalkan Penjagaan Kulit Kering dan Sensitif dengan Penyelesaian 100% Semulajadi

e'lioe Memperkenalkan Penjagaan Kulit Kering dan Sensitif dengan Penyelesaian 100% Semulajadi

Merangkul Keberkesanan Alam Semula Jadi


e'lioe, satu jenama penjagaan kulit semula jadi baharu, yang khusus dalam penjagaan kulit kering dan sensitif, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk yang bersifat 100% semula jadi secara eksklusif bersama Watsons. Rangkaian tersebut diformulasi untuk membantu keperluan individu yang menghadapi masalah kulit kering dan sensitif, yakni menawarkan pilihan 100% semula jadi yang bebas daripada bahan dan pengawet sintetik.


Kajian Saintifik Di Sebalik Bahan Semula Jadi Membentuk Asas e'lioe

Produk penjagaan kulit '2 langkah' e`lioe mengandungi bahan-bahan semula jadi yan telah dikaji secara saintifik untuk faedah yang memanfaatkan kulit. Bahan-bahan yan terpilih dengan teliti - Minyak Beri Laurel, Minyak Zaitun, dan Minyak Argan Tulen dan Organik- terkenal dengan kebolehannya untuk menyuburkan dan melindungi kulit sensitif.



• Minyak Beri Laurel: Terkenal dengan sifat anti-radang antibakteria dan antikulat, kajian oleh Awada et al., (2023) dan Davronovna et al., (2022) menerangkan keberkesanannya untuk menenangkan kulit yang merengsa dan sensitif.

• Minyak Zaitun: Kaya dengan antioksidan, ia memainkan peranan penting dalam pelembapan dan penjagaan ponghalang kulit, seperti mana yang dinoktahkan dalam jurnal penyelidikan Tzu-Kai et al., 2018

• Minyak Argan: Mengandungi sifat-sifat penjagaan dan pembaharuan penghalang kulit, seperti dibincangkan dalam jurnal Tzu-Kai et al., 2018. MinyakArgan membantu dengan pelembapan intensif dan perlindungan penghalang kulit.


Menurut William Wong, CEO W&L Asia Sdn Bhd, produk penjagaan kulit '2 langkah' e'lioe dibina atas formula warisan Timur Tengah yang diturunkan dari generasi ke generasi, yang kini ditambah baik lagi dengan penyelidikan dan kawalan kualiti piawaian moden.


Penjagaan kulit '2 langkah' e'lioe diperbuat di Perancis dengan menggunakan bahan semula jadi yang disokong secara saintifik untuk membentuk asas penjagaan '2 langkah' yang mudah dan senang diguna Langkah pertama terdiri daripada Sabun Aleppo berasaskan minyak zaitun yang dirumus dengan pelbagai tahap Minyak Laurel Beri untuk membantu individu dengan masalah kulit yang berbeza. Dengan pilihan 1%, 25%, dan 40% Minyak Laurel Beri, sabun Aleppo menyediakan penjagaan anti-radang dan pelembapan yang disasarkan untuk kulit kering dan sensitif. Langkah kedua melibatkan penggunaan Minyak Argan Tulen dan Organik untuk melindungi dan menguatkan penghalang semulajadi kulit, serta memberikan pelembapan yang mendalam dan sifat nutrien untuk kebaikan kulit.


Dengan tumpuan pada dua langkah yang mudah dan asas untuk penjagaan kulit, e'lioe memberikan solusi semula jadi yang optimum dalam rutin penjagaan harian tanpa membebankan pengguna dengan pelbagai langkah atau kos-kos berlebihan.


Testimoni Nyata: Dipercayai oleh Pengguna dan Pakar

Semasa acara pelancaran, Nel Fahro Rozi, seorang penyokong penyakit kanser payudara, berkongsi pengalamannya dengan e'lioe dan berkata:

"Apa yang menarik bagi saya tentang e'lioe ialah ramuannya yang semulajadi dan penjagaan yang lembut. Sebagai bekas pesakit kanser, saya sangat berhati-hati tentang produk yang saya gunakan pada kulit. Asasnya yang bebas dari bahan kimia memberi saya keyakinan. Pada ini saya menggunakan penjagaan '2 langkah e'lioe pada seluruh badan dari rambut ke hujung kaki untuk menjaga kulit kering saya. Selain itu, Minyak Argan sangat bagus untuk mengurut sakit sendi saya selepas rawatan. Bagi sesiapa yang kini sedang melalui pemulihan atau ingin memudahkan rutin penyelenggaraan kulit mereka dengan produk yang selamat dan penuh manfaat, e'lioe ialah pilihan yang kukuh.


Cik Ainaa, seorang ahli farmasi di Watsons, menekankan kualiti bahan semula jadi e'lioe: "Minyak Argan e'lioe adalah kualiti tertinggi yang terdapat di Watsons. la organik dan mempunyai ketulenan yang tinggi. la mempertahankan perlindungan penghalang kulit yang baik dan mempunyai ciri anti-radang. Apabila digunakan bersama dengan Sabun Aleppo, ia memberikan penjagaan dan sifat berkhasiat pada kulit kering dan sensitif.

Seorang pengguna e'lioe, Puan Claire Khoo, yang telah menguruskan ekzema selama bertahun-tahun, berkongsi kepūtusan positif beliau: "Penjagaan 2 langkah e'lioe telah membantu mengurangkan keradangan dan mencerahkan parut akibat masalah kulit saya. Kulit saya tidak lagi kering , lebih terhidrat, dan saya perasab bahawa keradangan kulit pun berkurangan dengan penjagaan 2 langkah e'lioe dan pemakanan yang terurus, Saya mengesyorkan e'lioe kepada mereka yang mempunyai kulit kering.


Kini Terdapat di 200 kedai Watsons di Seluruh Negara.

e'lioe bekerjasama dengan Watsons dan kini tersedia ada dijual di 200 kedai Watsons di seluruh negara pada titik harga yang boleh dicapai. Caryn Loh, COO Kesihatan & Kecantikan Asia dan Pengarah Urusan Watsons Malaysia, mengulas, "Hari ini, lebih ramai orang yang mempunyai kulit sensitif mencari penyelesaian yang semula jadi dan berkesan. e'lioe menawarkan kebaikan alam semula yang sempurna dan melengkapkan usaha berterusan Watsons untuk menyokong kulit yang lebih sihat dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelanggan kami."



Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk solusi penjagaan semula jadi, e'lioe bersedia menjadi jenama pilihan untuk pengguna yang ingin menjaga kulit mereka dengan produk yang bersumberkan bahan-bahan semula jadi.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.elioe.com