Terkini | New

Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 Bakal Berlansung Disember 2024

Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 Menghimpun Usahawan, Peluang Dan Inovasi Untuk Ekonomi Yang Hebat.


KHALIFAH WORLD GLOBAL SDN BHD akan menganjurkan Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 yang akan di adakan pada 20hb – 22hb Disember 2024 di UTM Hotel & Residensi.


Karnival berunsurkan objektif seperti memberdayakan usahawan tempatan, dan memperkasa Komuniti Ekonomi Digital, membuka peluang pendidikan dan latihan serta Menggalakkan Kerjasama dan Jaringan.

Karnival ini bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan, para profesional dan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan, membina jaringan perniagaan, serta menggali peluang-peluang ekonomi yang inovatif. Program ini akan menjadi platform utama dalam memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru dalam sektor perniagaan dan ekonomi.



Dari Kiri ; Pn Fadhilah Nawawi (Pengarah Pengurusan Acara Khalifah World Global) , En Razali Salleh (Pengarah Eksekutif Khalifah World Global Sdn Bhd), Datuk Adam Dahlan (CEO Redipay Berhad) dan En Amir Dr Md Shah (Pengerusi Koperasi Permodalan Inovasi Usahawan Berhad)

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan termasuklah :

1. Penjualan dari vendor-vendor tempatan.
2. Aktiviti derma darah; 3. Persembahan Artis seperti Radhi OAG, Lan Solo, Ani Mayuni & Shidi Data.
4. Persembahan dari anak-anak OKU, penari-penari Aswara serta Ms & Mrs Legend Universal.
5. Pertandingan Bowling, Snooker & e-Sport Mobile Legend.
6. Penampilan vendor dari artis-artis Malaysia antaranya: Ako Mustafa, Noraniza Idris, Tyzo, Nazeera Sardi, DJ Shah THR Gegar.



Karnival ini dianjurkan oleh Khalifah World Global Sdn Bhd yang ditaja oleh REDIPAY BERHAD, ZICO TRUST BERHAD dan NUR AERO serta berganding bersama SACC, Jom Havoc dan T-Hub ini akan menjadi platform utama dalam memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru dalam sektor perniagaan dan ekonomi.



Karnival ini bukan sahaja memberi fokus kepada pembangunan ekonomi, tetapi juga menggalakkan perpaduan dan kesedaran sosial dalam kalangan masyarakat. Aktiviti-aktiviti ini akan memberikan peluang kepada semua untuk menyertai dan memberi impak positif kepada masyarakat.



Sementara itu, persembahan artis-artis terkenal dan penyertaan vendor-vendor termasuk vendor artis akan menambah elemen hiburan dan kemeriahan, menjadikan karnival ini sebagai cara yang tidak hanya bermanfaat tetapi juga menghiburkan dan meriah.

Kami masih lagi membuka penyertaan vendor, pertandingan sukan dan juga tajaan untuk karnival ini. Jika berminat boleh menghubungi +601110994947 (Lyla).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.khalifahworldglobal.my


Tiktok: