Majlis Pecah Tanah Menandakan Permulaan Transformasi Taman Komersial BEKKL Di Kuala Lumpur.
Majlis Pecah Tanah Menandakan Permulaan Transformasi Taman Komersial BEKKL Di Kuala Lumpur.
M&M Ventures Holdings Sdn Bhd secara rasmi melancarkan majlis pecah tanah untuk BEKL, singkatan kepada Bali Escape Kuala Lumpur. BEKL ialah taman komersial baharu yang direka untuk membawa sesuatu yang luar biasa ke teras Segitiga Emas Kuala Lumpur melalui konsep revolusi pengalaman membeli-belah dan riadah.
Projek bernilai RM50 juta ini akan mengubah empat ekar tanah utama di Bukit Bintang menjadi kompleks bersepadu yang menggabungkan gaya hidup, budaya, dan komersial moden dalam persekitaran yang mencantumkan ketenangan tropika dengan kehidupan bandar yang sibuk di Kuala Lumpur. Majlis ini menandakan pencapaian utama dalam pembinaan pembangunan baharu ini, yang menjanjikan untuk membawa suasana yang diilhamkan dari Bali ke tengah kota metropolitan yang sibuk.
Destinasi ini dijangka menjadi tarikan pelancong serta tempat santai untuk penduduk tempatan dan keluarga. BEKL akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza daripada taman komersial lain di Kuala Lumpur, memenuhi keperluan semua dengan sajian makan terbuka, kedai fesyen terkenal, pusat sukan popular, bazar artisan, dan ruang seni.
“Kami ingin melihat BEKL bukan sekadar taman komersial tetapi ruang untuk meneroka, berkongsi, dan keramaian. Kami ingin membina sebuah tempat yang menarik untuk mereka yang mencari riadah dan membeli-belah, sambil menawarkan pengalaman budaya dan tropika yang unik di tengah-tengah Kuala Lumpur,” kata Chris Stanley, Ketua Pegawai Operasi, M&M Ventures Holdings Sdn Bhd, dalam ucapan pembukaannya.
Tidak seperti mana-mana taman komersial lain, BEKL memberi tumpuan kepada membangunkan tempat di mana orang ramai boleh meluangkan masa riadah mereka. Melalui konsep unik “Sun-Up to Sun-Down Bazaar” yang diilhamkan dari budaya Asia Tenggara dan Timur Tengah, pusat ini akan memenuhi pelbagai cita rasa. Pasar yang meriah ini akan menjadikan BEKL destinasi sepanjang hari bagi pengunjung, daripada mereka yang membelibelah seawal pagi, pelancong harian, hingga pembeli pada waktu malam – berfungsi sebagai pusat komuniti sepanjang hari di kota ini.
“Di Sportizza, kami teruja untuk bekerjasama dengan BEKL dalam memanifestasikan semula persimpangan antara riadah, kesihatan, dan komuniti. Dengan menggabungkan aktiviti sukan inovatif ke dalam suasana tropika BEKL, kami mewujudkan persekitaran yang menggalakkan gaya hidup aktif dengan hubungan yang bermakna. Kami percaya BEKL dapat menjadi tempat yang unik menggabungkan kesejahteraan, budaya, dan kelestarian yang dapat dinikmati oleh keluarga, belia, dan pelawat,” kata Chiew Chun Yong, Pengarah Sportizza.
“Di International Food Hall, kami berbangga membawa BEKL ke dalam konsep ‘Food Connect’ kami, iaitu gabungan masakan yang mesra Muslim untuk mengetengahkan kepelbagaian budaya Malaysia. Kami juga berharap dengan gabungan rasa tempatan dan antarabangsa yang autentik, ia akan menjadi tempat komuniti di mana orang ramai datang untuk berhubung, meneroka, dan berkongsi melalui makanan. Dari hidangan sarapan pagi yang penuh tenaga hingga ke menu makan malam istimewa, pengalaman makan yang serba boleh ini memastikan setiap tetamu berasa sentiasa dialu-alukan, sama ada waktu sarapan mahupun waktu makan malam. Visi ini selaras dengan konsep dinamik BEKL, ‘Sun-Up to Sun-Down Bazaar’, yang meningkatkan lagi suasana tropika yang meriah,” kata Adrian Loke, Pengarah International Food Hall.
“Di Abeh Mart, kami komited untuk menyediakan akses pantas kepada keperluan harian sambil mengetengahkan produk terbaik Malaysia, dengan 70%–75% daripada inventori kami adalah sumber tempatan untuk memenuhi keperluan pembeli tempatan dan pelancong antarabangsa. Sementara itu, Caffè Lusso membawa sentuhan sofistikasi Itali ke syurga tropika BEKL, menawarkan kopi espreso yang dirumus dengan teliti, gelato yang menyegarkan, dan ruangan mesra untuk berehat dan berhubung. Oleh itu, Abeh Mart dan Caffè Lusso menyumbang kepada suasana meriah dan dinamik BEKL, menggabungkan kemudahan, budaya, dan kehalusan untuk mencipta pengalaman yang benar-benar unik buat pengunjung,” kata Somsak Tan, selaku pemilik Caffè Lusso dan Abeh Mart. Sportizza, International Food Hall, Abeh Mart, dan Caffè Lusso mewakili manifestasi visi BEKL ke dalam satu platform komuniti yang besar dan hidup. Sportizza menginspirasikan gaya hidup aktif dengan program sukan inovatif manakala International Food Hall menghubungkan pengunjung kepada kepelbagaian rasa budaya Malaysia.
Abeh Mart pula menumpukan kepada keperluan tempatan dan Caffè Lusso juga turut membawa sofistikasi Itali dengan suasana santai demi melengkapkan pengalaman ini – semuanya digabungkan dengan sempurna melalui konsep dinamik ‘Sun-Up to Sun-Down’ BEKL, menjadikan ia sebagai destinasi holistik untuk meraikan kesejahteraan, budaya, dan kemudahan. Terletak di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur yang pesat membangun, BEKL dijamin akan menjadi destinasi utama yang akan terus memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai wadah taman komersial dan pelancongan utama.
Ia akan menjadi pemacu ekonomi, penyedia peluang pekerjaan, dan platform untuk perniagaan berkembang maju. Direka secara lestari, BEKL juga mengutamakan pemuliharaan alam sekitar dan budaya, menjadikannya penanda aras baharu dalam pembangunan bandar untuk rantau ini. Chris menambah, “Kami teruja untuk mengiktiraf penyewa lain yang telah menyertai BEKL, seperti Sportizza, International Food Hall, Abeh Mart dan juga Caffee Lusso. Kerjasama mereka sangat penting untuk kejayaan projek ini. Komitmen mereka terhadap usaha ini akan meningkatkan kepelbagaian tawaran dan pengalaman yang ingin kami berikan.”
Taman ini dijangka dibuka pada suku ketiga 2025 dan diramalkan akan mengubah pengalaman membeli-belah dan gaya hidup di Malaysia. Landskap tropika BEKL, bersama gaya seni bina moden, akan menarik pengunjung dengan pengalaman unik dari hiruk-pikuk kehidupan bandar kepada ketenangan dalam persekitaran bertemakan tropika.
Majlis pecah tanah ini turut disaksikan juga oleh Dominic Tan selaku Ketua Pegawai Eksekutif, M&M Ventures Holdings Sdn Bhd.