Raih Kejayaan, Azarine Curi Perhatian di KL International Beauty Week 2024
Raih Kejayaan, Azarine Curi Perhatian di KL International Beauty Week 2024
Setelah kejayaan kempen Azarine Jumpa Lee Minho, Azarine Cosmetics dengan bangga mengumumkan penyertaan mereka dalam KL International Beauty.Week (KLIBW) 2024, yang akan berlangsung di MVEC, Mid Valley Megamall dari 22 hingga 24 November.
Azarine teruja untuk menawarkan promosi eksklusif, hadiah menarik, serta berkongsi kegembiraan atas kemenangan mereka sebagai Pemenang Best of Beauty Award 2024 oleh Highlighter Beauty Awards yang berprestij.
Produk inovasi Azarine, Hydramax-C Sunscreen Serum dengan perlindungan SPF 50 PA++++, telah dianugerahkan Best of Beauty Award sempena KLIBW 2024. Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi Azarine terhadap inovasi dan kualiti yang terus memenangi hati pengguna kecantikan di seluruh dunia.
Para pengunjung ke Booth D4 akan menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan promosi
menarik, termasuk:
- Diskaun 50% untuk semua produk, termasuk Mineral Tone Up Sunscreen.
- Diskaun 10% untuk semua rangkaian produk sunscreen.
- Hadiah percuma dengan pembelian minimum:
- Beli 1 moisturizer, percuma 1 sachet moisturizer.
- Belanja RM40, dapatkan sachet sunscreen percuma.
- Belanja RM50, menerima travel pouch Azarine.
- Belanja RM100, bawa pulang Wet Sign eksklusif Lee Minho (stok terhad setiap hari).
- Peluang mencuba nasib dengan SpinWheel bagi setiap pembelian produk Azarine (tiada minimum pembelian).
KL International Beauty Week 2024 adalah peluang sempurna untuk peminat kecantikan mencuba sendiri produk Azarine yang memenangi anugerah serta menikmati pelbagai promosi hebat dan pengalaman mencuba produk secara percuma.