Babah Filem Yang Menyentuh Hati Dan Menyatukan Komuniti Tahun 2024
Babah Filem Yang Menyentuh Hati Dan Menyatukan Komuniti Tahun 2024
Babah, filem sulung yang penuh emosi daripada Nads Media Entertainment, telah mencipta fenomena di seluruh Malaysia sejak tayangannya pada 5 Disember 2024.
Filem ini, yang mengupas kasih sayang mendalam dan sering tidak diungkapkan antara seorang bapa dan anak perempuannya, telah menyentuh hati penonton di seluruh negara.
Tayangan khas untuk media telah diadakan bagi meraikan sambutan luar biasa terhadap Babah. Penonton telah berkongsi pelbagai kisah peribadi di media sosial, menggambarkan bagaimana filem ini mencerminkan hubungan mereka dengan bapa masing-masing. Perkongsian ini telah menjadi tular, mencetuskan gelombang emosi yang terus membawa penonton ke pawagam.
Diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Qi Razali, Sweet Qismina, Cristina Suzanne dan Adam Lee, filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim ini mengisahkan perjalanan seorang ayah bernama Isyak dalam membesarkan anak perempuannya, Maya.
Idea asal filem ini tercetus apabila Nadia Nadzri, selaku penerbit bersekutu, tersentuh dengan sebuah video viral yang memaparkan persembahan seorang ayah dimajlis perkahwinan anak perempuannya. Gabungan dengan kisah perjuangan seorang pesakit Sindrom Guillain-Barre telah memberikan inspirasi untuk menghasilkan naskhah yang lebih bermakna.
Babah telah mencatat kutipan box office yang luar biasa sebanyak RM6 juta sepanjang 20 hari tayangan setakat ini, menjadikannya filem nombor satu di Malaysia. Pencapaian hebat ini turut membuka laluan kepada gelombang kedua penonton yang ingin menyaksikan kisah menyentuh hati ini.
Sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia sukacitanya mengumumkan kempen istimewa. Penonton yang membeli tiket berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif, Kempen ini direalisasikan dengan tajaan daripada Ottoman Tour and Travels Sdn. Bhd.:
● 2 tiket: Penginapan mewah di Langkawi Sembilan Resort.
● 4 tiket: Percutian yang tidak dapat dilupakan ke Jepun.
● 6 tiket: Perjalanan spiritual untuk Umrah atau pengembaraan ke Eropah.
Perjalanan Babah masih belum berakhir. Dalam usaha kami untuk berkongsi kisah yang penuh emosi ini kepada khalayak yang lebih luas, kami dengan bangganya mengumumkan tayangan antarabangsa Babah di Singapura. Bermula 26 Disember 2024,
Babah akan ditayangkan di enam lokasi Cathay Cineplex, termasuk Downtown East, Causeway Point, West Mall, Century Square, JEM, dan Clementi 321. Kami mengalu- alukan jiran-jiran di Singapura untuk merasai kedalaman emosi dan tema sejagat yang diketengahkan dalam Babah.
Nads Media Entertainment, yang sebelum ini dikenali dengan kepakaran dalam pengedaran filem dan drama, telah melangkah berani ke dunia penerbitan dan pemasaran dengan menerbitan dan mempromosikan sendiri filem Babah. Filem ini adalah bukti kekuatan penceritaan untuk menggerakkan emosi, memberi inspirasi, dan menyatukan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyokong Babah, daripada para penaja Daughters of Malaya, Al-Baik Malaysia, Ottoman Travel & Tours, Joielle Baby, dan ramai lagi yang telah menyumbang kepada kejayaan filem ini, kepada penonton kami. Sokongan anda yang tidak berbelah bahagi telah memungkinkan kejayaan ini.
Kepada peminat filem boleh terus menonton di pawagam terdekat dengan anda sekarang.