Terkini | New

ColourMeBeautiful Malaysia Anjurkan Sesi Analisis Warna Eksklusif untuk Meraikan Koleksi Perayaan Indie Batik di Metrojaya Midvalley

ColourMeBeautiful Malaysia Anjurkan Sesi Analisis Warna Eksklusif untuk Meraikan Koleksi Perayaan Indie Batik di Metrojaya Midvalley


ColourMeBeautiful Malaysia telah menganjurkan sesi analisis warna eksklusif bersempena pelancaran Koleksi Perayaan baharu Indie Batik di Metrojaya Midvalley. Acara yang dihadiri oleh wartawan, pempengaruh dan selebriti tempatan itu memberi pengisian tentang bagaimana warna memainkan peranan penting dalam meningkatkan gaya peribadi dan keyakinan diri.




Warna adalah salah satu faktor terpenting dalam pemilihan gaya dan pakaian. Memahami warna yang mampu menyerlahkan ciri peribadi seseorang itu, membolehkan mereka untuk menjadi versi terbaik diri mereka. Pada acara itu, pakar ColourMeBeautiful, Michelle Chan, menunjukkan cara mengenal pasti warna-warna ini dengan menggunakan pakaian lelaki terbaharu daripada rekaan Indie Batik sebagai rujukan. Beliau juga menawarkan para hadirin pandangan berharga tentang kesan warna kepada imej peribadi.






Indie Batik terkenal dengan rangkaian unik pakaian dihasilkan daripada 100% kapas dan linen, yang menampilkan cetakan blok berinspirasikan batik yang asli. Koleksi jenama ini merangkumi kemeja bergaya serta seluar jerut yang selesa, direka untuk menyerlahkan kehalusan corak inspirasi seni nusantara untuk jejaka moden masa kini. Dengan slogan, “Free to Be Different,” Indie Batik berharap jejaka-jejaka di luar sana dapat menemui gaya unik mereka tersendiri melalui pakaian rekaan dari jenama tempatan ini. Koleksi Percutian terbaharu daripada Indie Batik tersedia dalam pelbagai warna mempersona yang mengekalkan inspirasi warisan dan gaya tersendiri.



Semasa acara itu, Michelle Chan menggunakan teknik analisis warna khas ColourMeBeautiful untuk membantu para hadirin mengenal pasti ton dan warna yang paling bersesuaian dan melengkapi ciri fizikal mereka, seperti ton kulit,
warna rambut dan warna mata. Dengan menggunakan baju dan skarf Indie Batik dalam pelbagai warna, Michelle berkongsi petua dan ilmu tentang cara memilih warna yang betul untuk meningkatkan keyakinan diri serta memberikan impak positif dari sudut peribadi dan profesional.


Acara ini yang disokong oleh Metrojaya, menjadi titik tolak kepada permulaan kerjasama antara ColourMeBeautiful dan jenama tempatan yang lain di masa akan datang. Perkongsian ini bertujuan untuk memperkasakan individu serta meraikan landskap fesyen Malaysia yang kian berkembang.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Instagram rasmi ColourMeBeautiful Malaysia   di @colourmebeautifulmy dan Indie Batik di Instagram melalui @metrojayamy 

Tentang Michelle Chan, ColourMeBeautiful

Michelle Chan ialah perunding ColourMeBeautiful bertauliah dengan pengalaman bertahun-tahun mengubah kehidupan pelanggannya yang datang dari segenap pelusuk dunia. Sebagai pakar dalam perundingan warna dan imej, Michelle membantu setiap individu yang mendapatkan khidmatnya untuk membina keyakinan diri dan memperhalusi jenama peribadi mereka. Michelle telah bekerja dengan jenama dan organisasi berprestij, termasuk Sephora, Bvlgari, Sunway dan Toujours, menjadikannya seorang yang disegani dalam industri ini.

Tentang Indie Batik by EIC

Dilancarkan pada Mei 2024, Indie Batik mendapat inspirasi daripada tradisi budaya Malaysia, Indonesia dan India. Rekaan jenama ini menyatukan pelbagai kisah budaya dan kemahiran kerja tangan yang halus. Koleksi Indie Batik, yang dicipta oleh artisan dengan kepakaran yang diwarisi turun temurun, meraikan keperibadian, kebebasan, dan keindahan seni budaya nusantara. Koleksi Perayaan Indie Batik kini boleh didapati di AvenueK Kuala Lumpur, Plaza Gurney Penang, dan semua cawangan Metrojaya.

Untuk maklumat lanjut, layari https://colourmebeautiful.com.my/ dan https://indiebatik.com.my