Terkini | New

Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (APFF61) Kuala Lumpur Meriah Dihadiri Raymond Wong Dan Sammo Hung Penggiat Seni Popular.

Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (APFF61) Kuala Lumpur Meriah Dihadiri Raymond Wong Dan Sammo Hung Penggiat Seni Popular.


Festival Filem Asia Pasifik (APFF) adalah salah satu Festival Filem tertua dan paling berprestij di rantau ini, yang diasaskan pada 1953. APFF diadakan secara tahunan yang dianjurkan oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia Pacific (FPA) dan telah dihoskan oleh pelbagai lokasi bandar di 25 negara dan wilayah yang berbeza. 


Festival ini bertujuan untuk mempromosikan pertukaran budaya, ekspresi seni, pendidikan, pelancongan, dan kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik. Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (APFF61) kembali dengan pelbagai acara menarik selama tiga hari yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Lomo Pictures Sdn Bhd, Kumpulan NCT dan Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik, yang berlangsung bermula 29 November hingga 1 Disember 2024, di Wyndham Ion Majestic Hotel Genting Tanah Tinggi, Malaysia.




Pastinya, Festival ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, termasuk program Bual Bicara antara panel, Tayangan Filem dan membuka ruang ‘networking’ bersama penggiat industri. Program-program ini akan menawarkan pandangan yang berharga tentang industri filem dan menyediakan peserta dengan platform untuk melibatkan diri dengan pakar, pengarah, penerbit dan pelakon dari seluruh Rantau Asia Pasifik.




Selain itu, Festival ini juga bertujuan bagi memupuk dan menggalakkan pertukaran budaya, mempamerkan bakat yang pelbagai, dan menggalakkan kerjasama dalam komuniti filem Asia-Pasifik.


Lebih 20 negara yang menghantar penyertaan, walaupun Festival Filem Asia Pacific tapi ada juga negara yang luar dari Asia Pacific menghantar penyertaan. Anugerah ini di lihat sebagai satu platform yang menarik bukan sahaja mengenengahkan bakat tempatan ke luar negara tapi juga mempromosikan negara Malaysia ke mata Dunia.




19 kategori dipertandingkan dengan 2 kategori khas. Antara Bandar yang mengambil bahagian adalah Bangkok, Beijing, Mumbai, Colombo, Dhaka, Hanoi, Jakarta, Karachi, Kathmandu, Kuala Lumpur, Kuwait City, Macau, Manila, Phnom Penh, Riyadh, Seoul, Sydney, Taipei , Tehran, Tokyo, Ulaanbaatar dan Yangon.





Asia-pacific Delegates:
1. Mr Allan Cheung Hing Kwa (Cambodia)
2. Mr Li Jun Bao (China)
3. Mr Nilendra Deshapriya Fernando (Sri Lanka)
4. Ms Siti Kamaluddi (Brunei)
5. Mr Chung Tae Jin (Korea)
6. Mr Chandra Kant JHA (India)
7. Mr Rain (Philippines)
8. Mr Subarna THAPA (Nepal)
9. Mr Mahsood Rahman (Bangladesh)
10. Mr D Hyun (Australia)
11. Mr Somkiat Ruanpraphat (Thailand)
12. Ms Sirawee Keeratichayasit (Thailand)
12. Dato Nancie Foo
13. Mr Pasha







Senarai penuh anugerah dan pemenang:

1. Filem Terbaik - Winner: How To Make Millions before Grand Dies ( Thailand)
2. Pengarah Terbaik - Winner: Anslem Chan Mou Yin - Filem: The Last Dance (Hong Kong)
3. Pelakon Lelaki - Winner: Puthipong Assaratanakul - Filem : How To Make Millions Before Grandma Dies ( Thailand)
4. Pelakon Wanita Terbaik - Winner: Michelle Wai - Filem : The Last Dance (Hong Kong)
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Winner: Fabian Loo - Filem : Rain Town (Malaysia)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Winner: Azira Shafinaz - Filem: Indera (Malaysia)
7. Lakonlayar Terbaik - Winner: Thodsapon Thiptinnakorn, Pat Boonnitipat - Filem : How To Make Millions Before Grandma Dies (Thailand)
8. Sinematografi Terbaik - Winner: Joseph Christoforus Fofid - Filem : Woman From Rote Island ( Indonesia)
9. Suntingan Filem Terbaik - Winner: William Chang Suk Ping/ Curran Pang - Filem : The Last Dance (Hong Kong)
10. Skor Muzik Terbaik - Winner: Indraadip Dasgupta - Filem: Padatik (India)
11. Kesan Bunyi Terbaik - Winner: Book Chien, Sun Sy-Yuan, Thang Hsiang- Chu - Filem : Eye In The Storm (Taiwan)
12. Kesan Visual Terbaik - Winner: Archin Yen - Filem : Eye In The Storm ( Taiwan)
13. Pengarahan Seni Terbaik - Winner: Yiu Hon Man - Filem : The Last Dance (Hong Kong)
14. Solekan/ Rekaan Busana Terbaik - Winner : Somnath Kundu, Sabarni Das - Filem: Padatik (India) 
15. Aksi Kreografi Terbaik - Winner: Blue Room (Philippines)
16. Filem Pendek Terbaik - Winner: The Lonely Piano (Malaysia)
17. Media Baru Terbaik - Winner : Wo Long Feng Chu
18. Anugerah Khas Juri I - Winner : EMP4T (Malaysia)
19. Anugerah Khas Juri II - Winner: Side - Seeing The Movie ( Vietnam/Thailand)
20. FPA Most Outstanding Film Maker Award - Raymond Wong
21. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Sammo Hung





Kemuncak Majlis Anugerah APFF61 memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang dalam perfileman, mengiktiraf filem, persembahan dan sumbangan yang paling luar biasa kepada industri perfileman AsiaPasifik. 

Antaranya Anugerah FPA Most Outstanding Film Maker Award Raymond Wong dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Sammo Hung yang mendapat tepukan paling gemuruh.





Pemilihan Grand Ion Delemen Hotel adalah kerana lokasinya yang menarik dan bersesuaian dengan sebuah acara yang berprestij. Kerjasana yang diberikan oleh kerajaan dan FINAS sekaligus memberi harapan agar acara ini menjadi sebuah acara yang diingati para penggiat seni seluruh Asia.




Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dari Layla Sania, Tay Xue Ying, Ebony & lvory Swans serta penari dan pemain gendang yang hebat.

Acara malam turut di 'stream' secara langsung menerusi Media social Lomo Pictures Sdn Bhd dan juga di laman Youtube Lomo Pictures.



Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi urusetia APFF61 www.lomopictures.my atau hubungi di talian 03-8605 0169.