Hatimurni wujudkan kembali tradisi Khatam Al-Quran.
Hatimurni wujudkan kembali tradisi Khatam Al-Quran.
Sasar bantu lebih ramai pelajar dalami ilmu agama dan Al-Quran.
Tiada warisan yang lebih berharga buat anak-anak selain Al-Quran, kerana di dalamnya tersimpan petunjuk dan hikmah yang akan membimbing mereka sepanjang hayat. Inilah yang ingin diterapkan Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni menerusi Majlis Khatam Al-Quran & Anugerah Peningkatan Al-Quran Pelajar Tahun 2024 yang baru sahaja berlangsung pada 15 Disember lepas.
Pengasas Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni berkata, majlis ini sebagai pengiktirafan atas usaha luar biasa yang ditunjukkan para pelajar sepanjang tahun. “Hari ini kami adakan majlis Khatam Al-Quran bagi anak-anak Hatimurni di mana seramai 295 orang yang menunjukkan peningkatan dalam bacaan Al-Quran, 45 pelajar berjaya khatam Al-Quran dan yang paling ramai adalah mereka yang menghafal Al-Quran iaitu lebih kurang 177 pelajar.
“Bagi saya ia satu pencapaian yang luar biasa untuk Hatimurni kerana kami ingin memperkasakan bahagian hafazan Al-Quran. Untuk tahun hadapan, ada modul yang akan dipakai di mana sasaran saya ialah pelajar yang masuk dari darjah satu hingga enam di mana sebaik sahaja tamat darjah enam, mereka boleh menghafal juzuk ke-30,” katanya.
Kata Ustazah Siti, kemajuan yang ditunjukkan para pelajar adalah hasil daripada konsep membaca, melihat dan mendengar setiap hari di dalam kelas. “Saya sentuh dahulu mengenai peningkatan Al-Quran daripada Qiraati ke Al-Quran di mana saya dapati ramai pelajar darjah satu.
Mereka bermula awal tahun dan menunjukkan peningkatan Al-Quran. Manakala pelajar darjah empat ke atas, tahap hafazan mereka sudah lebih dari Surah Ad-Dhuha. “Dalam tempoh masa setahun, setiap hari mereka akan menghafal surah dan membaca bersama-sama sebelum kelas bermula. Konsep membaca, melihat dan mendengar setiap hari ini memberikan kesan luar biasa. Malah bacaan dalam solat juga menunjukkan peningkatan,” tambahnya lagi.
Pertama kali menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, namun Ustazah Siti mahu menjadikannya sebagai acara tahunan bagi meraikan pencapaian pelajar. Malah dia mahu kembalikan kembali tradisi dahulu di mana anak-anak akan diraikan dalam majlis kesyukuran beserta dengan pulut kuning. Ini adalah kali pertama kami mengadakan Majlis Khatam Al-Quran secara besarbesaran dan menfokuskan kepada khatam sahaja.
Sebelum ini, majlis Khatam Al-Quran dibuat pada bulan puasa namun kami mahukan suasana di mana anak-anak faham betapa pentingnya suasana meraikan kejayaan apabila dapat mencapai tahap tertentu. Bukan sekadar fokus kepada majlis konvokesyen, namun majlis Khatam ini elok diketengahkan supaya anak-anak boleh merasai bagaimana suasana Khatam Quran seperti zaman kita dahulu.
Hari ini kami ketengahkan tradisi itu dan ia memberi impak yang besar kerana ibu bapa turut terlibat untuk menghargai anak-anak. Ia merapatkan ‘bonding’ anak dan ibu bapa itu sendiri.
Program ini juga bersempena ulangtahun ke-17 penubuhan Hatimurni dan ini cara kami menyampaikan kesyukuran dengan meraikan anak-anak.
Setakat ini Hatimurni yang merupakan sekolah Kafa swasta hanya menfokuskan kepada pelajar tujuh hingga 12 tahun sahaja. Bercerita kembali detik penubuhan Hatimurni, Ustazah Siti berkata pusat pengajian ini berkembang daripada kelas mengaji sehingga tertubuhnya kelas kafa.
Hatimurni di wujudkan pada tahun 2007 dan pada peringkat permulaan, kami fokus kepada kelas mengaji Al-Quran namun mendapati ramai ibu bapa yang bertanyakan mengenai kelas Kafa dan transit. Kami sesuaikan strategi dengan mewujudkan Kafa dan transit. Malah pada tahun 2020 juga, Hatimurni wujudkan kelas Kafa secara online.
Dan pada hari ini, ramai juga pelajar online yang naik ke pentas. Walaupun tidak masuk ke kelas secara fizikal, namun saya bangga kerana mereka berjaya menunjukkan peningkatan dalam pengajian Al-Quran. Sasaran untuk bantu lebih ramai lagi pelajar secara online demi memenuhi keperluan anak bangsa dalam mendalami ilmu agama dan Al-Quran. Selain sedang giat dalam mewujudkan lagi pusat pengajian di bandar utama, Hatimurni juga dalam fasa perancangan untuk sistem francais.
“Kami juga sedang dalam perancangan untuk wujudkan center di bandar besar. Setakat ini kami mempunyai lima center dan rancang untuk sistem francais pada tahun 2025 di mana dalam masa tiga tahun, InsyaAllah kami akan ada 13 cawangan.
Setakat hari ini kami mempunyai 1001 pelajar termasuk kelas dan online. Hatimurni bukan sekadar tempat menuntut ilmu, namun para guru dididik untuk memberikan masa berkualiti anak-anak bersama ibu bapa di rumah. Selalu sarankan ibu bapa agar gunakan masa berkualiti bersama anak-anak selepas mereka balik sekolah. Sebab itu saya minta cikgu-cikgu di Hatimurni supaya tidak beri ‘homework’ untuk anak. Kami terapkan ialah latihan biar sedikit namun mereka faham dan boleh buat anak, latihan selesaikan di dalam kelas", Katanya lagi.
Majlis Khatam AlQuran & Anugerah Peningkatan Al-Quran diserikan dengan kehadiran Quran Pelajar Tahun 2024 turut Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Tuan Kamaldin Mohd Amin. Program yang dianjurkan mampu memberikan kesan positif kepada pelajar.
“Program yang diadakan cukup baik dan memberi kesan positif kepada pelajar dalam usaha kemenjadian pelajar. Kita perlu pastikan pelajar mampu berdikari, terbaik dan corakan diri. “ Jika hanya fokus kepada peperiksaan sahaja untuk melihat nilai, ia seolah-olah satu kerugian kepada kita. Mungkin mereka akan menjadi orang pandai, namun masa mereka hanya padat memikirkan peperiksaan. Jadi matlamat untuk lahirkan pelajar terbaik dan seimbang akan gagal,” bahas Tuan Kamaldin turut berkongsi laporan Bank Dunia di mana Malaysia ketinggalan daripada Vietnam daripada segi Pelajaran, malah pelajar Malaysia juga semakin ramai yang buta huruf.
“Menurut laporan pelajar Malaysia masih ketinggalan sedikit daripada tempoh belajar yang berbeza. Pelajar Vietnam mempunyai masa belajar yang lebih panjang berbanding pelajar Malaysia. Lebih ramai pelajar Malaysia buta huruf. “Disebabkan itu, kami membuat kajian dan akan mengubah silibus dan modul pengajian pada 2027. Kami difahamkan jika hanya fokus kepada isu peperiksaan, kita akan ketinggalan untuk membina pelajar ,” ulasnya lagi.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.hatimurni.com.my dan laman sosial media facebook.